Oleh: HHalem.
Penghijrahan kepada kebaikan.
Belajar di Universiti of Hard Knocks PAS. - Terasa cukup bijak.
Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengkritik pedas terhadap bekas pelakon dan penyanyi Abby Abadi dan menyifatkan Abby sebagai budak ingusan yang tidak memahami secara mendalam ilmu agama dan tidak dapat membezakan hukum Allah dan pendapat manusia.
Ketika dihubungi Metro Ahad semalam, Dr Asri berkata:-
“Apabila seseorang itu tidak belajar banyak mengenai agama, dia tidak dapat membezakan orang yang mempertikai hukum Tuhan dengan pendapat manusia. Abby menganggap pendapat manusia itu adalah mempertikai hukum Tuhan”
“Apakah seseorang yang ingin menjadi ilmuwan dan ulama hanya mengambil masa sehari untuk belajar agama. Justeru, mereka yang berhijrah seperti artis (Abby) dialu-alukan tetapi jangan lupa, ilmu agama bukan hanya pada semangat tetapi mendalaminya,”
Pada 29 Ogos lalu, Dr Asri yang menulis:-
“Apakah satu keadilan jika dua orang yang terlibat dengan kecurian, seorang dipotong tangan sedangkan seorang lagi dipenjara kerana berbeza agama?”
Abby yang terasa cukup bijak dan mendalam ilmu agama mencelah:-
“Maafkan saya Dr, Hudud hukum Allah. Dr belajar tinggi tetapi kenapa masih persoalkan? Tanggungjawab kita berat di dunia tapi manis di sana.”
Dr Mohd Asri terus menjawap:-
“Seseorang yang kembali kepada agama dan dijemput ceramah tidak bererti dia benar-benar faham Islam. Teliti sebelum komen.”
Abby membidas Dr Asri selepas dihubungi oleh Metro Ahad semalam:-
“Tidak payah cakap soal hudud tapi dalam Islam, apa saja yang tertulis dalam al-Quran dan sunnah tidak boleh dibincang atau dipersoalkan. Saya akui tidak pandai agama, tetapi saya faham maksud dalam twitter dia”
“Sepatutnya, kena dengar suara jemaah apa yang perlu dibuat tanpa mempersoalkan hukum Tuhan. Saya faham komennya secara asas dan terdetik mengapa dia berpelajaran tinggi tetapi mempersoalkannya.”
“Saya hormat dia kerana belajar tinggi dalam bidang agama tetapi saya tetap dengan pendirian saya, apa saja yang tertulis dalam al-Quran dan sunnah tidak boleh dipersoal,”
HHalem:-
Jadi ini lah fahaman Abby setakat ini dari apa yang beliau pelajari dari ilmuan-ilmuan PAS bahawa, “apa saja yang tertulis dalam al-Quran dan sunnah tidak boleh dibincang”. Jika membincangkannya juga bermakna mempersoalkan dan mempertikaikan hukum Allah.
Mungkin Abby perlu mempelajari bagaimana lahirnya pelbagai mazhab-mazhab utama Islam didunia ini.
Hasil perbincangan dan pendapat ilmiah maka lahirlah Ahli Sunnah Wal Jamaah (Syafie, Maliki, Hanafi dan Hanbali) dan Ahli Syiah (Jaafariyyah, Ismailiyyah dan Zaidiyah).
Dr Mohd Asri Zainul Abidin:-
1- Bekas Mufti Perlis,
2- Pensyarah Pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia.
3- Ahli Majlis Agama Islam Perlis dan
4- Fellow OCIS di Universiti Oxford.
Semua rujukan dari Metro Ahad.
Macam mana kita sewenang2 nya boleh membiarkan seseorang yang mempunyai background peribadi yang meragukan untuk memberi ceramah/ motivasi kepada umum?
ReplyDeleteIni menunjukkan taraf penceramah sekarang seperti low-class, sesiapa sahaja boleh berceramah hanya dengan bekata, "saya sudah berhijrah".
Diharap orang2 seperti ini jangan lah terus memalukan profession penceramah yang tulen (sebenar) kerana mereka yang penceramah sebenar ini menghabiskan banyak masa untuk mengkaji dan mendalami sesuatu ilmu itu sebelum sampaikan kepada umum. Diharap rakyat Malaysia buka mata dengan situasi dewasa ini.
Saya sokong pandangan anda...
Deleteinilah yg dikatakan akhir zaman orang yg tidak tahu pasal ugama bercakap pasal agama..dan disebabkan orang lain lagi tak tahu apa..orang2 macam ni yg kita anggap berilmu?
ReplyDeletePatut pun lah si Norman Hakim tinggalkan dia.... Bayangkanlah bini yang cakapnya betul ke, salah ke, dia yang betul....
ReplyDeletesalam, jika sudi pautkan blog hamba,
ReplyDeletehttp://pemikirpolitikjerantut.blogspot.com/
ok :-)
DeleteHahahaha.. lawak jugak ustazah segera ni menjawab begini.. Abby-abby.... alahai..
ReplyDelete