Oleh: HHalem.
1- Masih kah kita ingat “Amanat Hadi” di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981; yang telah diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1984 kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam?
Amanat Hadi beriktikad bahawa orang UMNO kafir dan sesiapa yang keluar dari PAS jatuh murtad. Masa itu gelaran ‘Ustaz Murtad’ cukup popular kepada sesiapa yang lari keluar dari PAS.
Ini semua diceritakan kembali oleh Bekas anggota Dewan Ulama Pas, Prof. Madya Mohd. Noor Deris sambil menekankan bahawa Hadi tidak boleh lepas tangan dengan mengistiharkan tidak bertanding pada PRU 13 dan Hadi wajib memperbetulkan kembali akidah pengikut Pas yang terpesong disebabkan amanat beliau mengkafirkan UMNO dan menganggap mati syahid berperang dengan Umno.
“Tidak cukup dengan Abdul Hadi berundur, beliau mesti bertaubat dengan dosa-dosanya melalui Amanat Hadi yang membawa malapetaka, ini termasuk tercetuskan Peristiwa Memali, gerakan bawah tanah merekrut pelajar pusat pengajian tinggi untuk menentang kerajaan dan akidah pengikut Pas yang rosak kerana beriktikad dengan amanat tersebut,” - Noor Deris kepada Utusan Malaysia.
2- Jika Hadi dipertanggungjawab dan perlu mencuci dosa-dosa yang lalu seperti disaran oleh Noor Deris, dimanakah kedudukan Noor Deris itu sendiri kerana beliau juga turut terlibat dalam gerakan merekrut pelajar pusat pengajian tinggi untuk menentang kerajaan disebabkan beriktikad kepada Amanat Hadi itu.
“Saya sendiri terlibat sebab itu saya tahu. Begitu juga dengan peristiwa berdarah Memali berlaku kerana mereka menganggap menentang UMNO adalah jihad dan mati syahid” – Noor Deris mengaku.
Begini lah sikap dan mentaliti pemimpin PAS, samaada bekas atau tidak. Dosa-dosa kepada rakyat boleh dicuci dengan menunjuk baik dengan cara tidak mahu bertanding pada PRU13 atau dengan hanya memihak kepada pemerintah sekarang.
Bekas anggota Dewan Ulama Pas, Prof. Madya Mohd. Noor Deris, turut menganayai penduduk Memali kerana beliau “sendiri terlibat sebab itu beliau tahu”. Oleh itu beliau juga tidak boleh lepas tangan seperti Hadi Awang.
......Sedutan ucapan “Amanat Hadi”....

