Multiple Pages

22/12/2010

Perosak UMNO-Melayu Pulau Pinang adalah Dato’ Mohd Fadzill Hassan

P. Pinang langgar syarat tender terbuka

PULAU PINANG 13 Dis 2010. – Kerajaan DAP Pulau Pinang didakwa melanggar syarat sistem tender terbuka apabila meluluskan beberapa projek kepada syarikat-syarikat yang hanya berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).


Timbalan Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mohamed Fadzill Hassan berkata, tindakan itu bertentangan dengan dasar Kerajaan Pusat yang menetapkan setiap kontraktor juga perlu berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) jika mahu memohon tender.

Menurutnya, syarat berkenaan terkandung dalam Akta 520 Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan 1994 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 kepada mereka yang gagal berbuat demikian jika sabit kesalahan.

‘‘Amat bahaya mereka (kerajaan DAP Pulau Pinang) buat begini kerana sudah tentu sesiapa saja yang tidak mempunyai pengalaman, tenaga pakar dan pelbagai lagi syarat ditetapkan CIDB boleh memohon tender,” katanya merangkap Yang Dipertua PKMM Pulau Pinang di sini hari ini.


Ulasan mengenainya sila baca di sini :-

1.  Melayu Pulau Pinang - Di Tindas DAP dan Buatan Buruk Dato' Mohd Fadzill (YDP KMM) Sendiri >>



No comments:

Post a Comment