Multiple Pages

22/12/2010

Perosak UMNO-Melayu Pulau Pinang adalah Dato’ Mohd Fadzill Hassan.

 "HERO MAMAK PENANG"
Saya amat mengenali Dato Fadzill dan pernah semeja bersama beliau didalam beberapa “Construction Progress Meeting”

Dato’ Mohamed Fadzill Hassan sekarang adalah Yang Di Pertua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (Cawangan Pulau Pinang) dan Timbalan Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) dan beliau naik atas nama perjuangan dan perkudaan orang-orang Melayu Pulau Pinang.


Saya ada terbaca sekali lagi tulisan didalam blog The Unspinner (Rujuk 1) yang dipetik dari Suara 1UMNO (Rujuk 2) yang dikait dari Utusan Malaysia.  Dato’ Fadzill Hassan menyatakan,

“Kerajaan DAP Pulau Pinang didakwa melanggar syarat sistem tender terbuka apabila meluluskan beberapa projek kepada syarikat-syarikat yang hanya berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)”.  (Rujuk 3)

Sikap Dato’ Fadzill amat dibenci oleh ramai orang-orang Melayu Pulau Pinang terutama golongan kontraktor-kontraktor semenjak beliau masih lagi berlesenkan Kelas “F” dan belum bergelar Dato’.

Dato’ Fadzill adalah perosak UMNO dan orang Melayu Pulau Pinang yang sebenarnya. Beliau suka menuduh membuta tuli tanpa mengemukakan bukti-bukti dan ini adalah kegemarannya disetiap mesyuarat. Ini amat memalukan client-client seperti JKR, SPN, PERDA. Diluar mesyuarat ia amat memalukan orang-orang Melayu.

Jika benar Lim Guan Eng Komunis memberi projek kepada syarikat yang tanpa Lesen CIDB, sila berikan nama syarikat atau nama projek yang terlibat supaya mudah orang ramai membuat pengukuran dan penilaiannya.

Saya pasti dan yakin pihak CIDB sedang membuat siasatan dan Dato’ Fadzill mungkin telah dihubungi mengenai kenyataan beliau.

Jika beliau benar-benar memperjuangkan nasib orang-orang Melayu Pulau Pinang dan bukan untuk tujuan jawatan Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), amat cantik dan molek jika beliau berani membuat laporan rasmi terhadap DAP Komunis yang telah melanggar akta dan “kita kasi taruk itu Guan Eng kaw-kaw punya”. Itu lah baru dinamakan “Hero Mamak Penang”. 

Mengenali Dato’ Fadzill saya yakin beliau menyalak Bukit Bendera (ishh lama tak balik jogging),  dan habis beruk-beruk, kera-kera, monyet-monyet bertempiran terjun masuk kolam. 

Mungkin juga saya tersilap buat kesekian kali mengenai Dato’ Fadzill.

Laporan Utusan Malaysia 13hb December 2010.  Hari ini dah 22hb December 2010, dah 10 hari, kita tunggu Dato’ Fadzil dengan bukti-buktinya.

Saya pernah menulis perkara tabiat pijak memijak dan cantas mencantas Dato’ Fadzill bertajuk “Perosak UMNO-Melayu Pulau Pinang adalah Dato’ Mohd Fadzill Hassan”  di sini >>.

(Rujuk 1) - Kontraktar tidak berdaftar diberi kontrak oleh Guan Eng. The Unspinner >> 


(Rujuk 2) - Kerajaan Guan Eng langgar syarat tender terbuka!. Suara 1UMNO >> 


(Rujuk 3) – Pulau Pinang langgar syarat tender terbuka.  >>

1 comment:

  1. Fadhill..masa Pak Lah,masa Hilmi ada, depa dasyat laa..la ni? Ada la kot sikit-sikit lagi belen-belen yang dapat setahun dua dulu dari Federal...

    ReplyDelete