Multiple Pages

27/01/2011

Tan Malaka Rupanya Seorang Komunis Buruan Kerajaan Belanda


Tan Malaka atau Sutan Ibrahim gelar Datuk Tan Malaka
Apabila Ayahanda Tun Mahathir menjawab tulisan Tan Malaka> dan menyebut didalam weblog> beliau bahawa nama Tan Malaka adalah terkenal dizaman Sukarno, saya tidak berapa ambil pusing disebabkan mungkin Tan Malaka masih hidup setelah lebih 117 tahun dan tinggal pulak di Putrajaya, Malaysia, pada hari ini.


Minat terhadap nama Tan Malaka timbul semula setelah saya dapati Pak Tuan Out Syed The Box> memberi penekanan yang agak tinggi ketahap yang agak ganjil juga kepada penulis yang bernama Tan Malaka ini. Artikal utama Tan Malaka, Pak Syed letakan dimuka utama dan Pak Syed pula menjawabnya sebagai komentar. (Mungkin nak berubah stail kot. Dah tak syok dok diatas, nak dok dibawah pulak :-)). Pak Syed turut juga mem-bapak-kan Tan Malaka.

Ini menimbulkan minat saya semula dan terus bertanyakan Pakcik Google, siapakah Tan Malaka ini. Ini jawapan Pakcik Google yang serba tahu. Orang nya dah lama pergi pada tahun 21 February 1949.

“Tan Malaka atau Sutan Ibrahim gelar Datuk Tan Malaka (lahir di Nagari Pandan Gadang, Suliki, Sumatera Barat, 2 Juni 1897 – wafat di Jawa Timur, 21 Februari 1949 pada umur 51 tahun  adalah seorang aktivis pejuang nasionalis Indonesia, seorang pemimpin komunis, dan politisi yang mendirikan Partai Murba. Pejuang yang militan, radikal dan revolusioner ini banyak melahirkan pemikiran-pemikiran yang berbobot dan berperan besar dalam sejarah perjuangan kemerdekaan Indonesia. Dengan perjuangan yang gigih maka ia dikenal sebagai tokoh revolusioner yang legendaris” (ada  lagi >)

Jika Tan Malaka Putrajaya, sanggup ber-pena-kan nama seorang pemimpin komunis, maka saya ber-persepsi-kan bahawa beliau juga adalah seorang berfahaman komunis, sekutu kepada Parti Komunis DAP, musuh ketat saya. Beliau menulis,

“Singapura bukan tidak mempunyai pemimpin-pemimpin Islam yang progresif dan dinamik di kalangan pemerintah dan juga golongan profesional tetapi bilangan mereka terlalu kecil dibandingkan dengan jumlah masyarakat Islam. Inilah yang harus disedari oleh Mahathir daripada cuba membangunkan sentimen Melayu lama di Singapura”

Kenapa golongan Islam (Melayu!) yang progresif, dinamik dan profesional di Singa Pura bilangannya terlalu kecil melibatkan diri memperjuangkan nasib Melayu? Jawapan nya seperti yang diterangkan oleh Tun,

“Parti pemerintah Singapura tidak takut kepada rakyat. Jika rakyat pilih bukan calon PAP, dia akan diheret ke mahkamah, didenda dan dijadikan bankrap. Selepas itu dia tidak dapat ke Parlimen untuk membantah perlakuan pemerintah.”

Tan Malaka sendiri mengakui hakikat ini apabila menyatakan,

‘Ini membayangkan sebuah masyarakat Islam yang berdisiplin sekalipun hidup dalam keadaan yang agak tertekan”

Disiplin! Orang-orang Tanah Melayu zaman pemerintahan Jepun pun lebih berdiplin apabila tertekan dengan pedang Samurai!

Tan Malaka menuduh Tun membangunkan sentiment Melayu Lama (saya gelarnya Melayu Kampong didalam Melayu Singa Pura Dah Pupus>) di Singa Pura.

Tan Malaka harus baca semula artikle Tun (disini>).
Tun memberi contoh kepada pelajar-pelajar UiTM mengenai sejarah penindasan kaum Melayu dan penaklukan kuasa politik oleh Orang-Asal-Pendatang. Kepada pelajar-pelajar Universiti, apabila memberi contoh hendaklah yang ‘true life story as a case study.’

Adakah orang-orang Melayu Singa Pura yang dikatakan tersangat canggih permikiran, berpendidikan tinggi, tidak mudah dipesongkan dan adat resam yang telah berjaya di-barat-kan, di-india-kan atau di-cina-kan; tersangat amat takut dengan kenyataan Tun yang cuba menasihati anak-anak muda di UiTM yang diketahui mudah dipengaruhi dan selalu anti-establishment dan mempunyai kuasa mengundi yang tinggi.

Nasihat Tun sebagai seorang Tok Wan kepada cucu-cucunya supaya tidak terlambat dan jangan gemarkan sangat dengan nama “Republik Rakyat Malaysia” dan berani mempertahankan hak-hak orang Melayu.

No comments:

Post a Comment