Apabila Tun Dr Mahathir bercakap pasal Bangsa Melayu yang akan tertindas, terainaya dan terhapus melalui evolusi pembangunan dan penjajahan politik ditanah air sendiri, ramai juga orang-orang Melayu sendiri yang enggan mempercayainya atau enggan menerima hakikat. Ada yang tidak ambil kisah atau ‘don’t give a damn’, kerana ia tidak akan berlaku semasa mereka masih hidup didunia ini. Contoh proses kearah penghapusan dan penganiayaan ialah di Pulau Pinang dan contoh kejayaan proses tersebut ialah di Singa Pura.
Melayu Kampong
Majoriti Melayu masih lagi mengenali penghidupan dikampong atau pernah mengharunginya. Ada yang masih menetap dikampong atau ada yang telah berhijrah ke pekan. Ada kampong yang telah di bandarkan. Rata-rata Melayu ini masih kekal atau mengingati kampong dalam erti kata yang sebenarnya.
Melayu Pekan
Melayu yang diperanakan dan dibesarkan di Bandar, yang tidak tahu membezakan diantara pokok padi atau pokok lalang. Kurang mahir membezakan diantara Tajak, Tanjak dan Tengkolok. Membesar dengan ayam Tesco dan KFC. Yang tidak pernah memijak kaki di lumpur tetapi cukup mahir dengan Kuala Lumpur. Adat resam dan penghidupan adalah dari keluarga Melayu beragama Islam yang masih kuat.
Pada Hari Raya Haji dan Puasa , emak bapak akan membawa anak-anak Melayu Pekan ini berjumpa Melayu Kampong melawat sanak saudara dan datuk nenek. Yang tidak berkampong disebabkan emak bapak juga tidak berkampong, tidak akan berpeluang berlumpur. Melayu Pekan inilah yang beransur-ansur tidak akan memahami maksud Melayu mundur, Melayu tercicir atau Melayu ditindas kerana telah dikatagorikan berjaya dalam taraf sosio ekonomi.
Melayu Cair
Proses tidak memahami dan sengaja tidak mahu memahami tentang Melayu tercicir, Melayu mundur dan Melayu ditindas akan lengkap dan sebati diperingkat disini. Yang sebati difikiran dek doktrin-doktrin Barat hanyalah perkataan ‘survival of the fittest’. Kurang mengamal adat resam kebudayaan Melayu yang tulin, tetapi berugama Islam. Jika ada pun cuma adat yang telah bercampur baur dan berjaya di-barat-kan atau di-cina-kan atau di-india-kan. Maka lahirlah PanAsian, Eurosian atau Melayu Cindia (bukan Gelombang Rakyat!). Mereka ini ada yang masih mahu bergelar Melayu kerana keistimewaan yang diperolehi dari Kerajaan. Ramai golongan ini terdapat di Singa Pura.
Apabila di bicang bab Melayu tercicir, dihina, dianaktirikan dan terhapus, maka masing-masing memberi persepsi dalam lingkungan kacamata penghidupan diri sendiri yang pernah dialami.
Jadi apabila Tun bercakap Melayu Malaysia akan kesudahannya ketinggalan seperti Melayu Singa Pura, masing-masing melompat bengis bersilat Melayu ala Kung Fu, melompat Vadi-Vel dan bercampur aduk ala Boxing. Rakyat Singa Pura terus bertukar suis menjadi ‘denial mode’. Telah tidak mempercayai, enggan mempercayai, mustahil dipercayai bahawa diri mereka telah tercicir, terpinggir dan ketingalan di tanah air datuk nenek yang telah dirampas oleh 'orang asal-pendatang' secara amat halus. Melihat diri mereka sendiri, bukannya memandang kehadapan merenung nasib anak dan cucu cicit.
Jadi apabila bercakap hal subsidi dan tercicir, Melayu Singa Pura tidak akan memahami langsung kerana Melayu Kampong Singa Pura telah terpupus berkurun dahulu. Contohnya Kampong Baru Melayu Geylang dan Pasir Panjang. Tinggal Melayu Pekan Singa Pura yang berpura-pura bermegah dan tinggal di Flat-Flat yang di sisih secara terancang. Mereka sedang menunggu masa akan lenyap dari bumi Singa Pura melalui proses evolusi adat resam dan evolusi bangsa seterusnya.
Yang hipo-nya Kampong Baru Melayu dirobohkan atas nama pembangunan, tetapi rumah kolonial tua berkedudukan strategik kepunyaan Kuan Yew dipertahankan. Malah Kuan Yew mengambarkan supaya rumahnya dirobohkan ‘over my dead body >”
Kita lihat nama-nama mereka yang mengkritik Tun dari Singa Pura.
Haji Sallim Haji Ahmad
Hajjah Kamariah Lim Li Hwa
Eusope Musawa
Walid Jumblatt bin Abdullah
Mereka mungkin beragama Islam, tetapi adakah mereka beradaban, beradat resam Melayu. Jika demikian mereka bukanlah Melayu jika ditafsir di Malaysia. Mereka mungkin telah di-cina-kan, di-india-kan atau di-eropah-kan adat resam mereka. Jadi mereka tidak memahami apabila bercakap mengenai Melayu sejati. Bahkan Walid Jumblatt hanya memuji Tun sebagai seorang Islam yang unggul.
Didalam hal ini, Kuan Yew cukup takut dengan Tun Mahathir yang mampu menyedari orang-orang Melayu, bukan sahaja di Malaysia, malah di Singa Pura juga.
Malah Kuan Yew pernah menyatakan dalam bentuk bertulis bahawa dia amat takut dan bimbang dengan Tun.
Kita menunggu seorang General Melayu menjadi Perdana Menteri Malaysia dan menunggu hasil ‘Mahathir Grand Master Plan’, mengikut yang mana terawal berlaku.
Kalau betul Melayu Singapura tidak ditindas, kenapa ramai juga Melayu Singapura berhijrah dan menjadi warganegara Malaysia?
ReplyDeletePatut ditanya kepada mereka apa yang menyebabkan mereka lari ke Malaysia.
Sebenarnya bukan Melayu sahaja tertindas,malah semua kaum termasuk Cina, India dan kaum lain juga, asalkan tidak menyokong PAP, pasti ditindas dan digertak dengan saman, bankrupsi dan masuk jel.Jika tidak percaya, masuk lah ke Singapura, tanya rakyat jelata, hidup mereka sangat susah, kos sara hidup di Singapura amat tinggi. Pemandu-pemandu teksi, baik Cina atau Melayu, adalah golongan yang paling jujur untuk berkongsi pengalaman pahit maung hidup di sana menyara keluarga dan diri sendiri. Ramai yang terpaksa membuat dua pekerjaan. Yang berpendapatan rendah dan kurang mampu akan kekal bermastautin di bumi Temasik Sang Nila Utama ini.Yang mampu berduyun-duyun berhijrah ke luar negara, semua bangsa, India, Melayu dan Cina. Yang tidak tahan stress ramai mengambil nyawa sendiri.Suku sakat keluarga pemerintah republik itu sendiri pernah memohon PR negara benua terkecil dunia, namun Camberra sendiri menolak. Polisi 'buang Melayu dahulu dan ambil terakhir' dalam pekerjaan, amat benar semasa kegawatan ekonomi di sana Singapura. Apa tidaknya, salah satu syarat memohon banyak kerja perlu fasih berbahasa Mandrin!
ReplyDeleteSetakat ini hanya 1 sahaja juruterbang Melayu di dalam tentera udara Singapura, itu pun memandu pesawat pengangkut sahaja. Tiada seorang pun orang Melayu berkhidmat di dalam pasukan Komando mereka. Ini adalah hakikat. Kalau bukan penindasan mahu disebut apa, perkauman?
Namun, semua rakyat jelata Singapura hanyalah manusia biasa. Yang membuat mereka tertindas ialah polisi pemerintah. Islam masih hidup di sana, masjid tetap banyak dan mencukupi. Semasa pembinaan masjid baru di satu kawasan, penduduk Islam di situ bersolat hari raya di padang terbuka buat beberapa tahun. Ini lah bukti tahap keimanan tinggi kaum Islam di sana. Tak perlu saya sebut kawasan dan tahunnya, tapi saya ada di sana ketika itu, walau pun saya bukan rakyat Singapura. Solat terawih di bulan Ramandan tetap penuh hingga ke hujung bulan berkenaan.
Kenyataan Tun Dr Mahathir itu betul tetapi mungkin terlalu pahit untuk diterima pihak berkenaan.Walau bagaimana pun saya tetap mengkagumi 'will for survival' kaum Melayu Islam Singapura, rata-rata mereka peramah dan punya jati diri yang tinggi. Pasti ada pengajaran untuk rakyat Malaysia semua kaum,untuk dipelajari dari keadaandi Singapura, ternyata kita yang hanya sibuk bertelagah sesama sendiri di Malaysia, tidak kira bangsa, termasuk Melayu sesama Melayu, sedarah dan keturunan serta seagama.
Salam dari perantauan,
WestAussieMalay
saya org singapura, melayu di tindas cara tersembunyi atau perlahan. ramai org melayu sedar tapi cuma apa yg org melayu singapura boleh buat, kita serah kepada allah. asalkan apa yg kita buat direhda allah dan perkejeaan kita halal. anak bini kita ada makan. kalau lah apa2 terjadi org malaysia aje lah harap org melayu singapura. bukan kita tak nak luahkan peraassan tapi tak mahu buat kerosakkan yg buruk pada negara singapura. ingat org malaysia kita adalah saudara dlm islam. tu tak boleh dipisahkan. kalau si tua tu kacau agama org kita islam baru. semua org melayu atau islam akan buat sesuatu.
ReplyDelete