Multiple Pages

18/01/2011

Ummi Tidak Memberahikan & Memberansangkan Langsung – Potong Stim


Ummi dan Penasihat Undang2 akan diratah hidup-hidup.

Akhirnya Ummi melalui Penasihat Undang-undang beliau telah mengeluarkan kenyataan akhbar menempis serangan setelah Karpal Menganas Gila> dan setelah Karpal Gempar Keling>
Antaranya kata Mohd Khairul Azam,


“menasihatkan Karpal Singh agar menunjukkan contoh yang baik kepada peguam-peguam muda agar tidak terlalu kerap memainkan isu teknikal...”

“..membantu memartabatkan profesion perundangan agar menjaga etika dan amalan sebagai peguam..”

 “..Beliau harus memilih untuk menjadi Peguam atau ahli politik”

Nampak gayanya Penasihat Ummi telah mengambil langkah bertahan (defensive) daripada membuat langkah menyerang (offensive) didalam pusingan pertama aksi serang menyerang melalui media. Berbanding dengan Karpal yang mana awal-awal lagi telah menyerang dengan ganas seperti Singa dan memakan mangsanya hidup-hidup seperti Biawak.

Kepada Peguam-peguam Ummi,

1- Semenjak bilakah mereka menunjukkan contoh yang baik-baik?
2- Bila masakah mereka memartabatkan profession & menjaga etika?
3- Karpal harus memilih samada menjadi Penguam atau Ahli Politik?

Kepada sesiapa yang pernah berurusan dan ditipu oleh Peguam tahu jawapannya? Naik loya muntah mendengarnya.

Ummi ! Mana Ummi dapat Peguam-peguam ni? 
Dari bulan ker? Atau gua?
Tidak tahu kah mereka bahawa kes Ummi adalah berprofile tinggi yang dipolitikan. Ummi pun berjumpa Karpal pada awalnya. Anwar adalah ahli politik. Samdol-vadigol !!

Pada pusingan pertama ‘psychological warfare tactics’ dan ‘media warfare tactics’ pun dah dengar macam kecut teloq, belum masuk mahkamah lagi. Ummi sahaja berhati waja dan ia tidak mencukupi. Semua akan diratah hidup-hidup! Memang potong stim!

Kalau Mohd Khairul takut pada Peguam cum Ahli Politik, lebih baik Ummi bersepakat dengan YB Zulkifli Noordin untuk mendapat bantuan. Atau Ummi masih berdendam kesumat dengan YB Zul disebabkan kes 1997? Kan kah YB dah insaf dan telah mendapat Nur.  Karpal memang nampaknya bergerun nak menyebut nama YB Zul.

Tunggu apa kata Ayahanda Tun dan YB Zul selepas ini

......Rujukan............................................................

Kenyataan Media Penasihat Undang-Undang Ummi Hafilda Ali

Saya merujuk kepada “nasihat” yang di berikan oleh Karpal Singh kepada Peguam Ummi Hafilda yang di terbitkan di beberapa akhbar utama bertarikh 17 hb Januari 2011.

“Nasihat” tersebut adalah cubaan beliau mengingatkan kami tentang batasan masa perundangan seperti yang terkandung di dalam Akta Pembatasan 1953. Beliau di laporkan berkata “Apabila sesuatu kes itu telah melampaui enam tahun…hadnya enam tahun dan mahkamah boleh menolak tanpa mendengarnya…dan dalam kes Ummi Hafilda ini, dia hendak menyaman perkara yang telah berlaku selama lebih 13 tahun lepas…”

Saya amat menghargai nasihat yang diberikan oleh Karpal Singh berkenaan dan berasa amat terharu kerana inilah kali pertama dalam sejarah, Karpal Singh memberikan “nasihat” kepada bakal Plaintif yang mungkin akan memulakan tindakan mahkamah terhadap rakan-rakan beliau dan mungkin juga beliau sendiri.

Karpal Singh sebenarnya tidak perlu menunjukkan perasaan cemas beliau dengan membangkitkan isu masa ini kerana jika benar itulah kandungan tuntutan Ummi Hafilda nanti, beliau pasti akan dapat menyediakan Penyata Pembelaan yang terbaik. Sememangnya semua pengamal perundangan di Malaysia mengetahui tentang isu pembatasan masa yang dibimbangkan oleh Karpal Singh.

Namun, mahkamah juga tidak boleh terus menolak sebarang Penyataan Tuntutan kerana isu pembatasan masa ini dan isu menentukan bilakah bermulanya kausa tindakan seorang Plaintif terhadap defendan adalah satu isu panjang yang boleh dihujahkan di mahkamah. Terdapat banyak kes sivil, dalam dan luar Negara yang boleh di rujuk oleh Karpal Singh yang menunjukkan bahawa penetapan had masa bermulanya sesuatu kausa tindakan adalah bergantung kepada fakta kes itu sendiri.

Saya percaya mahkamah akan membuat keputusan seadil mungkin , samada menerima atau menolak sebarang permohonan daripada pihak-pihak hanya selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menasihatkan Karpal Singh agar menunjukkan contoh yang baik kepada peguam-peguam muda agar tidak terlalu kerap memainkan isu teknikal untuk menghadapi sesebuah perbicaraan. Tumpuan seorang peguam perlu lebih kepada aspek fakta kes dan bukannya menjadikan alasan teknikal sebagai hujah menutup sebuah kebenaran.

Saya juga mengambil peluang ini untuk menasihatkan Karpal Singh agar merujuk semula kepada Aturan Profesion Perundangan (Amalan & Etika) 1978, agar turut sama membantu memartabatkan profesion perundangan agar menjaga etika dan amalan sebagai peguam. Peguam harus berhujah di mahkamah, bukannya di media massa untuk di politikkan. Beliau harus memilih untuk menjadi Peguam atau ahli politik. Jangan terus mencemarkan integriti profesion guaman yang pernah di pandang tinggi oleh masyarakat suatu ketika dahulu.

Sekian dan terima kasih.

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Penasihat Undang-undang Ummi Hafilda Ali
Tarikh:17 hb Januari 2011
 

3 comments:

  1. salam mohon link /banner
    http://wicararumi.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Bro, eja Peguam tu baik2 bro. agak annoying baca sebagai 'penguam'

    ReplyDelete
  3. Tqs a lot Anon 18:35,

    My kids alway said that my spelling is terrible.
    I have to admit that thou'.

    Nice of you to drop by.

    Tqs again.

    ReplyDelete