Multiple Pages

23/02/2011

Akuan Benar-HHalem Memang Di Bayar Kerajaan Melebihi RM 5,000.00 Sebulan


 Ingat Pesanan Ayahanda Tun Yang Macho and 'At His Best' Ini

1 - Ini adalah akuan sebenar penulis blog ini yang beliau dibayar oleh Kerajaan didalam pelbagai bentuk atas usaha penat lelah beliau termasuk berblog menentang musuh-musuh UMNO BN yang memegang tampok pemerintahan Negeri sekarang.


2 - Sebahagian bayaran adalah dalam bentuk wang perundingan (Consultant Fee) yang mana didalam kontrak perjanjian tidak ditulis tujuan pembayaran asal iaitu mengujudkan satu laman web pro-Kerajaan, tetapi sebaliknya ditulis sebagai bayaran perkhidmatan menghantar barang-barang bekalan dan perkhidmatan perundingan. Bayarannya mencecah ratusan ribu ringgit, bukannya setakat RM 5,000.00

3 - Penulis juga mengenali beberapa bloggers dari Jabatan dan Kementerian di Putrajaya yang menerima upah dari kerajaan dalam bentuk bayaran gaji bulanan, tetapi telah belot dan mengujudkan laman web yang anti-establishment dan pro kepada PAS-PKR-DAP. Terutamanya yang datang dari Kelantan, Kedah dan Selangor yang amat tegarnya anutan mereka kepada Pas dan PKR. Yang datang dari Pulau Pinang pula terutama dari Flat Tanjong Tokong mereka merupakan penganut Komunis DAP.

4 – Mereka yang dari Jabatan Kerajaan yang menganut fahaman Pas-Pkr-Dap membuat kerja berbelog ini secara diam-diam dan di waktu pejabat. Ada yang melayari laman web politik sahaja terutamanya pada awal pagi dan waktu hendak pulang. Ini termasuklah Ketua-ketua Jabatan yang penulis kenali. Kontrak dan akad perjanjian mereka dengan kerajaan ialah berkhidmat kepada rakyat dan negara dan akur dengan General Order/Perintah Am yang menjadi nadi dan tunjang kepada pemerintah terkini (government of the day). Mereka ini diberi upah dalam bentuk gaji bulanan tetapi telah menjadi pembelot. Ada yang mencecah RM 10,000.00 sebulan.

5 – Jadi kepada pembelog-pembelog yang menerima upah dari Kerajaan setiap bulan, fikir-fikirlah dimana kedudukan anda.

6 – Kepada pembelog-pembelog yang pro-Kerajaan bolehlah terus berbelog tanpa ragu-ragu.

7 – Tetapi kepada yang masih ragu-ragu dan masih was-was kedudukan mereka, maka jalan penyelesaiannya ialah tutup blog politik anda dan buka blog tajuk baru. Berbeloglah mengenai ‘Kucing Saya’, atau ‘Tanaman Serai’, atau ‘Mari Membuat Kek’.

8 – Selamat berfikir habis-habisan dan maju jaya dalam segala bidang berbelog.



2 comments:

  1. betul ke mejoriti kakitangan kerajaan berasal dari kelantan lebih menyokong PAS dan PR dari menyokong kerajaan yang membayar gaji mereka??? emmm.... dasar tak tahu dek untung dan tak tahu malu!

    ReplyDelete
  2. teruskan usaha anda HHalem..tegakkan kebenaran...

    ReplyDelete