Multiple Pages

23/02/2011

Pengakuan Iklas Penganut PAS-Mereka Akan Kalah Di Merlimau, Kerdau, Sabah dan Selangor.


 Kepala Reformis Pas-Pkr-Dap Semakin Hampir Ke Penjara

Mahfuz Mengaku Kalah Di Merlimau dan Kerdau.
1 – Jika Mahfuz Samdol telah meramalkan Pas akan kalah di PRKecil di Merlimau dan di Kerdau> dan beliau telah menyediakan pelbagai alasan-alasan kukuh mengapa Pas akan kalah dikedua-dua kawasan kubu kuat UMNO itu, maka kita sekali lagi dikejutkan oleh pengakuan jujur oleh penganut-penganut Pas bahawa mereka juga akan kalah di Selangor dan di Sabah.


2 – Alasan yang Pakatan Rakyat akan kalah di Sabah dan di Selangor kali ini datang dari gurka-gurka Pas dan balaci-balaci PKR. Angin bertiup kecang dan diheboh-hebohkan yang mereka akan kalah disebabkan UMNO BN mengunakan pendatang-pendatang tanpa izin terutama Filipina pada pilihan raya akan datang.

Sifat Suka Serang Menyerang Pas-Pkr
3 – Pakatan Rakyat terutama PAS akan mengunakan kaedah serbu, serang, huru hara dan takutkan orang ramai untuk mencapai objektif mereka. Tidak hairanlah mereka menggunakan kaedah yang sama untuk menyerbu Pejabat SPR Shah Alam baru-baru ini.

4 - Lihat kenyataan Yang Dipertua Pas Kawasan Pandan, Iskandar Samad yang juga Adun Chempaka>,

“Selain itu, beliau juga amat kesal kerana pegawai-pegawai SPR di Shah Alam bertindak kasar dan tidak profesional ketika mereka mengadakan bantahan itu baru-baru ini yang ternyata mahu menolak bantahan-bantahan itu tanpa alasan kukuh.

Hanya setelah didesak dengan keras oleh mereka sehingga menimbulkan suasana kurang baik, jelasnya, barulah SPR telah menerima bantahan-bantahan itu.

5 – Pegawai SPR bertindak kasar dan tidak professional?
Penganut Pas nampaknya semakin mahir menimbulkan huru hara setelah mempelajari teknik dari penganut Pkr, kemudian menunding jaring kearah orang lain.

6 – Lihat apa kata Gurka Penganut Pas berfahaman Yahudi dan Balachi PKR apabila mereka merasa gentar kekalahan semakin hampir.

“Malahan,  yang diberitahu kepada Tulang Besi> adalah pendatang2 Filipina akan digunakan bagi memenangkan UMNO dan BN terutama untuk menawan Selangor”

7 – Nada-nada ketakutan akan kalah ditangan UMNO BN pada pilihanraya akan datang jelas dari alasan-alasan yang diberi oleh pemimpin dan penganut Pas.

Reformis Semakin Hampir Ke Penjara
8 – Inilah yang di maksudkan Pakatan Rakyat didalam Buku Jingga Agenda 1, apabila didalam 100 hari akan,

“Mereformasikan insititusi SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan”

9 – Kita tunggu dan lihat bilakah Pakatan Rakyat akan menyerbu dan huru harakan Pejabat SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM.

Silap haribulan, silap langkah semua kena tahan, terus masuk jail.
Reformasi sepuas-puas hati dalam lokap.
Semua kena ISA.

1 comment: