Multiple Pages

10/02/2011

Kebangkitan Rakyat Mesir Sama Seperti Hasutan Amerika di Malaysia.


Salah dia ler. Dia nak sangat geleran dari Amerika. Bukan salah aku.
Didalam tulisan yang lepas> saya ada menyebut bahawa terdapat banyak persamaan tentang apa yang berlaku di Mesir dan di Malaysia dan negara-negara Islam yang lain. Orang Melayu dan Islam harus sedar. Komunis DAP menunggu dengan gembira sambil melihat hasil kerja tangan Melayu UMNO-PAS-PKR.


Pergolakan di Mesir
1 – Sebahagian dari penyebab atau catalyses (pemankin) kenapa berlakunya pergolakan di Mesir adalah berdasarkan beberapa perkara berikut;
a – Kenaikan harga barangan asas yang melonjak naik ketahap membebankan rakyat. Perkara ini banyak ditulis oleh Syed Akhbar Ali didalam blog beliau. (Ingat di zaman Pak Lah Slumberjack Kaki Tidor)

b – Rekod kadar pengganguran anak muda yang tidak terkawal.
(Ingat peluang-peluang pekerjaan di ujudkan di Malaysia)

c – Kadar dan jurang kekayaan dan kemiskinan yang melampaui batas. (Ingat Dasar Ekonomi Baru di Malaysia)

2 - Mesir adalah sekutu kuat Amerika dan merupakan pusat kawalan pintu masuk perdagangan melalui Terusan Suez. Ia juga sebagai pintu pertahanan terhadap ancaman yang mungkin berlaku terhadap Isreal.
Berkurun-kurun lamanya Mesir dipengaruhi oleh Yahudi Amerika.

3 - Oleh kerana terlalu lama dan leka memerintah sehingga Hosni Mubarak merasakan kedudukan beliau tidak akan tergugat disebabkan bantuan Amerika. Beliau memandangan ringan terhadap pemankin-pemankin tadi yang mencetuskan kemarahan rakyat.

4 - Pengubal dasar di White House menyedari hakikat ini dan mengambil peluang keemasan untuk menakluki Mesir secara total dan tidak perlu bersusah payah berperang. Tujuan utama hanyalah untuk menjaga dan mengawal keselamatan Israel dan perdagangan mereka di rantau Telok.

5 – Di peringkat bawahan dan di belakang Rakyat, pihak CIA Amerika dan MOSSAD Israel, didalam pelbagai bentuk memberi bantuan kepada pembangkang dan menghasut dan menimbulkan huru hara, rusuhan untuk melumpuhkan negara.

6 – Di peringkat atasan pula dan di depan pemimpin Negara, Amerika menyebelahi Hosni Mubarak dan kononnya ingin menyelamat beliau. Apabila rusuhan menampakan jalan cerah dan peluang penaklukan secara total akan berjaya, terus Amerika beralih arah menipu Hosni meminta beliau turun, kononnya atas desakan rakyat.

7 – Di kedua-dua peringkat bawahan dan atasan, Yahudi Amerika dan Israel tetap menang.

Pergolakan Yang Sama Di Malaysia
8 – Persamaan operasi Yahudi Amerika adalah sama diserata dunia, selain dari menyerang dan berperang sebagai proxy Israel, mereka melakukan penaklukan secara ekonomi dan pergolakan politik.

9 – Di Malaysia kerajaan cukup berjaga-jaga dan menyedari pemankin-pemankin yang akan menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia dan menjurus kepada pemberontakan. Di zaman pemerintahan Pak Lah, kebangkitan rakyat cukup kuat. Mujurlah dengan sokongan dan desakan Tun Dr Mahathir, akhirnya Pak Lah dipaksa turun. Sekali lagi Tun telah menyelamatkan rakyat Malaysia.

10 – Di peringkat bawahan dan di belakang Rakyat, Yahudi Amerika nampak peluang keemasan tentang pemberontakan rakyat Malaysia dan terus menghasut pemikiran rakyat melalui kepala pemberontak Anwar Banduan. Wang-wang bantuan disalur melalui pelbagai Institusi dan Foundation yang telah banyak didedahkan. Lihat contoh terkini disini> dan disini> dilaman AnwarAidc.com

11 – Komunis DAP pula mendapat saluran bantuan kewangan melalui saudara kandong mereka dari Singapura, People’s Action Party (PAP). Umum mengetahui bahawa ia adalah dari Israel yang datang dari Yahudi Amerika.

12 - Di peringkat atasan pula dan di depan pemimpin Negara, Yahudi berdansa dan memuji DS Najib dan menganugerah Rosmah dengan pelbagai gelaran. DS Najib dengan bantuan Rosmah berlumba-lumba mengambil hati Amerika untuk mendahului dan memintas Anwar Banduan. Akhirnya Amerika telah berjaya setelah menunggu sekian lama.

13 – Sila bandingkan dasar Tun Dr Mahathir dengan dasar DS Najib sekarang. Manakah pilihan anda?

14 – Yahudi Amerika sedang menunggu dengan tekun kelekaan dan kealpaan DS Najib tentang pemankin-pemankin yang akan menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia.

15 – Di peringkat atasan pemimpin negara dan di peringkat bawahan rakyat Malaysia, Yahudi Amerika telah cukup bersedia untuk bertindak.

16 – Jelaslah banyak persamaan tentang apa yang berlaku di Mesir dan di Malaysia dan juga di dunia Islam yang lain .

17 -  Adakah rakyat Malaysia bersedia? Adakah Ayahanda Tun dapat menyelamatkan Malaysia sekali ini?

18 – The BN Bloggers, adakah anda bersedia?

No comments:

Post a Comment