Multiple Pages

09/02/2011

Alahai PAS! Doktor Pun Sama Juga Macam Mahfuz Samdol



Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad berkata melalui Harakah Daily 8 Feb 2011 dibawah tajuk , “PAS gesa Mubarak berundur, AS henti campur tangan”

Kita akan meneruskan desakan agar Presiden Mesir, Hosni Mubarak berundur dan Amerika Syarikat berhenti campur tangan dalam urusan negara yang sedang bergolak itu. Pihaknya akan meneruskan desakan itu dengan pelbagai cara sekiranya masih tidak ada perubahan yang dilakukan.

Program yang telah kita lakukan adalah berterusan seperti himpunan yang telah kita adakan, hantar memorandum kepada Kedutaan Mesir dan Amerika Syarikat, hari ini kita buat wacana.”


1 – Dr Syed Azman mengesa Amerika berhenti campur tangan di Mesir. Di waktu yang sama beliau campur tangan dengan mendesak Hosni Mubarak meletak jawatan. Lihatlah perbezaannya.

2 – Di waktu yang sama juga Dr Syed Azman akan menghantar memorandum ke Kedutaan Mesir, walaupun Mahfuz dah buat dasar, keputusan dan gesaan bahawa hubungan Diplomatik Mesir di hentikan. Maka pejabat Duta dan Konsul akan di ditutup. Kosong. Gate berkunci. Dalam hal ini, Dr Syed Azman dinasihatkan berjumpa Mahfuz dan berbincang bagaimana hendak courier memorandum tersebut. Dr Syed Azman harus berbincang terlebih dahulu dengan Mahfuz, kerana Mahfuz telah membuat dasar, ‘kita tutup dulu Duta, lain-lain fikir kemudian’

3 - Jika Mahfuz dan Dr Azman tidak dapat menyelesaikan masalah berjumpalah Tok Guru untuk mendapat nasihat. Mungkin Tok Guru menasihati seperti berikut,
“Kita niat dan lafaz tutup Kedutaan, sudah cukup. Memorandum tu janji niat nak hantar, cubaan kita telah ada, kira sah. Kita tak tipu rakyat”.

4 – Atau mungkin Tok Guru akan mengeluarkan fatwa berdasarkan perkembangan semasa,
“Kamu berdua Mahfuz dan Dr memang celako-celako-celako. Kedutaan tu sapa? Tak setaraf. Kamu gi jumpa Obama dan Hosni terus, bagi memorandum kat depa”

5 - Nampak gayanya dari Mahfuz Samdol (sijil LCE-SRP), kepada MB Ustaz Azizan (MA), kepada Ustaz Sobri Osman Kulim Presiden Tech Park Corp (MBA) sehingga kepada Dr Syed Azman (PhD-MBBS) Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS; mempunyai pemikiran yang sama dan bercelaru.

6 - Belum diambil kira buah fikiran Tok Guru Nicky Aziz, kerana semenjak akhir-akhir ini nampak sungguh kesongsangan beliau. Beliau boleh diambil tindakan ISA kerana songsang dan menghasut. Oleh kerana beliau maka PAS mungkin diharamkan. Oleh itu lebih baik Nicky Aziz di-ISA-kan terlebih dahulu sebelum PAS diharamkan oleh pemerintah. Mungkin ‘The BN Bloggers’ boleh tolong berkempen selamatkan PAS akibat buatan Nicky Aziz.

‘Hapuskan Nicky sebelum PAS dihapuskan’
‘Selamatkan PAS dari Nik Aziz’

7 – Jika terhapusnya Nicky Aziz, maka PAS akan diwakili oleh Ostat-ostat yang lebih moderate yang berminat kepada penyatuan Orang Melayu Islam di Malaysia.

8 – Semua ini lahir adalah kerana dasar PAS yang tidak seragam dan mengelirukan. Dasar dan pandangan PAS di gubal semasa mereka sedang berjalan-jalan atau mungkin semasa terjaga dari tidur. Dari Tok Guru sehingga ke Storekeeper. Dasar ‘cakap dulu, akibatnya dan masalah fikir kemudian’  .

9 – Mahfuz Samdol, Nicky Aziz dan Dr Syed Azman (semua orang-orang PAS lah, senang cerita), belum lagi memikirkan bahawa dengan menghapuskan  Hosni Mubarak dan diganti dengan Presiden baru dokongan Amerika, maka Mesir akan menjadi lebih Yahudi dari Negara Yahudi.

10 – Terdapat banyak persamaan, apa yang berlaku di Mesir mempunyai persamaan yang jelas di Malaysia dan negara-negara Islam yang lain. Orang Melayu dan Islam harus sedar.
Komunis DAP menunggu dengan gembira sambil melihat hasil kerja tangan Melayu UMNO-PAS-PKR.

1 comment:

  1. awatlah bengong2 sangat bangsa PAS ni...itulah akibat makan duit kerajaan UMNO...dalam darah n daging depa ada unsur2 haram...sbb tu jd pakat tak berapa betul wp yg bijak pandai..yang IQ setakat SRP tu tak kata lah nak uat mcm mana otak dia boleh pi takat tu shj!!!!

    ReplyDelete