Multiple Pages

08/02/2011

Mati Dalam Seksaan – Surat Bukti Dari Kementerian Kewangan Tentang Kelemahan Pentadbir PAS


Slow and Painfull Death
 1 - Teman se-blog Kedah Bangkit telah sekian lama menunggu dan meronta-ronta meminta Kedah La Nie mengulas dan menjawap surat dari Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) mengenai kepincangan dan kelemahan tadbir syarikat didalam bentuk ‘Lapuran Penilaian Tender.’ Surat tersebut dihantar kepada Kulim Technology Park Corporation (KTPC) dibawah jagaan Dato’ Azizan MB Kedah.


2 - Ia mungkin tidak menarik bagi orang luar dari Kedah dan kebiasaannya setiap ‘Lapuran Penilaian Tender’ tidak mungkin terdapat kecacatan jika pentadbirnya berpengalaman dan mahir.

3 - Tetapi bagi orang yang cintakan kebenaran berita ini amat menarik kerana Presiden KTPC Mohd Sobri Osman, didokong oleh Dato’Azizan, yang beriya-iya mengatakan mereka adalah lebih baik dan bijak mentadbir negeri Kedah mahupun syarikat berbanding dengan pentadbiran UMNO. PAS tidak akan mencampuri urusan tadbir harian syarikat dengan mengunakan kuasa politik. PAS merayu-rayu kepada Rakyat supaya diberi peluang mentadbir negeri untuk membuktikannya.

4 – Kepada Rakyat Kedah yang telah memberi kepercayaan kepada PAS, macam mana sekarang? Puas hati sekarang? Kepada mereka saya katakan buatlah pilihan bijak selepas ini. Masih ada cahaya dihujung terowong yang gelap.

5 - Bertambah menarik lagi berita KTPC ini kerana Mohd Sobri  berkelulusan MBA dan Dato’ Azizan mempunyai MA tetapi pentadbiranya berkecamuk dan caca marba. Budak nakal Store Keeper yang diberi kepercayaan mengurus Kedah Sato telah lari lintang pukang meletak jawatan dan pulang kepada apa yang beliau mahir lakukan, ia itu berceramah dan membising. (Ada MBA dan MA sama juga seperti ada Sijil Storekeeper)

6 – Kita lihat Rumusan Surat Kementerian Kewangan yang boleh dikatagorikan amat memalukan Presiden Kulim Tech Park. Lapuran Penilaian Tender CCTV bukan sahaja tidak lengkap tetapi lapuran sokongan langsung tidak ada. Amat memalukan.

a.     Tiada Rumusan Jawatankuasa Penilaian Teknikal
b.     Tiada Rumusan Jawatankuasa Penilaian Kewangan
c.     Tiada Perakuan Ketua Jabatan (Presiden)
d.     Tidak Sah - Lapuran Pemberatan Penilaian Kewangan
(Pandangan mengenai perincian lapuran teknikal tidak akan disentuh disini)

7 – Jika lapuran sokongan tidak dibuat dan dihantar kepada Kementerian bermakna peringkat Pengurusan Kulim Tech Park sehingga ke Presidennya amat lemah selemahnya.

8 - Bermaknanya Unit Kontrak dan Bekalan Kulim Tech Park telah kosong atau tidak berfungsi langsung.

9 - Bermakna juga disini bahawa kontrak dan bekalan yang tidak melibatkan Kementerian Kewangan, maka Naib Presiden (Kewangan) wakil PAS telah bermaharaja lela dengan duit sewenang-wenangnya tanpa aturan sebutharga atau tender yang mengikut procedure.

10 – Nampak gayanya Kulim Tech Park Corp akan hancur bersama hancurnya Negeri Kedah.

11 - Muka yang akan menghancurkan Kulim Tech Park Corp.
 Tuan Hj Mohammad Sobri Osman - Presiden Kulim T P C
- Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Sungai Petani
- Pengarah Majlis Tindakan DUN Bakar Arang
- AJK PAS Negeri (Lantikan)

 Hj Awang Hashim - Naib Presiden/Vice President (Kewangan)
- Bergambar bersama mesin yang akan dibeli dari German

 YB Gobalakrishnan - Ahli Parlimen Padang Serai
- Ahli Lembaga Pengarah KTPC
- Bekas sampah PKR – Parlimen BEBAS – Dah hilang.


12 - Rujukan menarik

13 - Lihat perincian Kertas Taklimat Tender Untuk Pertimbangan oleh Kementerian Kewangan dan Surat dari Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) .












1 comment:

  1. Rakyat KEDAH sekalian, kami nak mintak tolong jangan bagi pembangkang (Pakatan Rakyat) menang PRU 13,kami warga ktpc & anak syarikat dah cukup terseksa dengan pemerintahan PAS yang menggunakan pengaruh politik dalam pentadbiran.Tiada satu pun yang boleh dibanggakan.Mereka lagi kejam dari BN. TOLONG SELAMATKAN KAMI WARGA YANG TERTINDAS.

    ReplyDelete