Multiple Pages

27/02/2011

Nurul Izzah Akan Tewas Di Lembah Pantai. Ahli Cabut Lari Lintang Pukang!

Mabuk-mabuk dan Loya-loya Lagi ka?

1-  Nampak gayanya Nurul akan tewas di Lembah Pantai, kerana kuncu-kuncu yang terdahulunya menyokong beliau telah keluar parti beramai-ramai. Kumpulan inilah yang suka mencetus huru hara jalanan dan gurka suruhan kepada Nurul sebelum ini.


2- Setelah kecewa kerana tidak lagi boleh merusuh dan tidak tercapai cita-cita dalam sekelip mata, mereka menubuhkan NGO Gerakan Semangat.

3- Sebelum ini mereka juga adalah juga kumpulan yang kecewa didalam perjuangan UMNO, PAS, Komunis DAP, MCA dan MIC.

4- Kumpulan ini sentiasa ada Semangat dan bersedia untuk Bergerak dan mencari platform terbaru. Hendak menjadi ahli semula kepada parti-parti lama mereka terasa kemaluan besar. Jalan terbaik ialah menubuhkan NGO sendiri.

5- Ini merupakan petanda-petanda besar yang PKR sudah tidak Bersemangat.

6- Rate of Going Out Is More Than The Rate of Coming In.
Kadar ahli cabut lari keluar parti lebih banyak dari Kadar yang masuk parti.

Pertanda besar PKR akan hancur dan tutup kedai!

7- Kepada saki-baki ahli Pkr, cabut lari sebelum Anwar Banduan menjadi Banduan semula.

Insaf lah! Kawan-kawan masih menerima anda!


...........Petikan...........
250 anggota PKR Lembah Pantai keluar parti

Utusan.com.my 27 Feb>. - Lebih 200 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Lembah Pantai, hari ini, keluar dari parti berkenaan dan menubuhkan Persatuan Gerakan Semangat 1Malaysia (SESAMA), sebuah pertubuhan bukan kerajaan pelbagai kaum, yang menyokong Barisan Nasional (BN).

Bekas Naib Ketua Penerangan PKR cabang Lembah Pantai Raymond Suppiah, yang mewakili semua anggota berkenaan berkata, keputusan itu dibuat setelah tidak berpuas hati dengan kepimpinan Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar serta kepimpinan tertinggi PKR. - Bernama

No comments:

Post a Comment