Multiple Pages

28/02/2011

Penganut Pas Terang-Terang Di Tipu Pemimpin Mereka. Tuan Ibrahim Pula Dah Mangaku Kalah Di Kerdau



 Hari Pilihan Raya. Namanya Pun Hari Raya kan! Tuan Ibrahim macam tak ader anak bini.

Hari Raya
1 – Pilihanraya kecil dah hampir iaitu pada 6hb March 2011 akan datang di Merlimau(Melaka) dan Kerdau(Pahang), selepas penamaan calun pada  26hb February 2011.



2 – Kebiasaannya apabila menjelang Hari Raya, tidak kira Raya Aidil Fitri, Raya Kristmas, Raya Depavali atau Raya China, apa-apa permintaan anak-anak kepada kedua ibubapa mereka akan cuba dipenuhi jika berkemampuan. Telah menjadi adat resam, terutama untuk membeli baju dan kasut baru. Pada ketibaan hari raya inilah masanya untuk memohon dan memberi.

3 - Ibubapa berkerwajiban memberi makanan, pakian dan pendidikan asas kepada anak-anak mereka sehinggakan anak-anak menjadi cerdik pandai. Jika salah seorang anak itu menderhaka dan mencemoh kedua-dua ibubapanya, apakah dia masih wajib diberi bantuan oleh ibu bapa mereka?

Simple! Mudah difahami!

3 - Mungkin agak berat untuk penganut-penganut Pas memahaminya kerana mereka berada dalam keadaan ‘denial mode’ dan tidak mahu memahami atau buat buat buta pekak tidak mahu memahami sesuatu itu.

Hari Pilihan Raya
4 – Hari Pilihan Raya di Merlimau dan di Kerdau tidak terkecuali dengan adat dan budaya memberi dan meminta ini. Rakyat sebagai anak-anak meminta kepada pemerintah sebagai ibubapa. Apa salahnya memberi dan meminta, jika UMNO BN berkemampuan?  Ibubapa (umpama sebuah parti Pas) yang miskin dan tidak berkemampuan janganlah berhasat dengki dan cemburu beririhati kerana ia adalah perbuatan terlarang.

5 – Naib Presiden PAS, Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Krau dan Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, sangat-sangat memahami hakikat bahawa UMNO BN sahaja yang berduit untuk menunaikan permintaan rakyat, hatta sungai sekali pun. Pas tidak mampu berbuat demikian dan sebaliknya mereka asyik meminta kepada rakyat atas nama Derma Jihat. Duit-duit tambang dan wang saku perbelanjaan penceramah pun di minta daripada rakyat.

6 – Tuan Ibrahim mengakui dengan berkata,

Harakah Daily 23 Feb:>  PAS yakin semua permintaan rakyat di Kerdau dan Merlimau akan ditunaikan oleh Barisan Nasional (BN) sempena dengan pilihan raya kecil kedua-dua kawasan itu sekarang.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau yakin, jika rakyat minta sungai atau betulkan jalan yang bengkang bengkok pun akan ditunaikan oleh kerajaan BN sekarang.

7 - Nampak benar Tuan Ibrahim, seperti juga Mahfuz>, tidak confident langsung akan menang di Kerdau!

Pas Buat-buat Pekak Tak Faham
8 – Tuan Ibrahim kemudian bertukar switch kepada ‘denial mode’ dan tidak mahu menerima hakikat apabila menuduh yang kerajaan tidak tunaikan janji pada piliharaya kecil di Sanggang Termerloh tidak beberapa lama dahulu.

9 – Mengenai kenaikan gaji guru-guru pula (bukan setakat elaun seperti yang dijanji oleh Pas) dan juga penurunan kadar tol baru-baru ini, Tuan Ibrahim menyatakan UMNO BN meniru dari Resolusi Pakatan Rakyat.

10 – Untuk maklumat kepada penganut-penganut Pakatan, Kerajaan telah mengubal dasar-dasar tersebut pada 15 Oktober 2010  Jumaat di Dewan Rakyat iaitu ketika pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan (2011) di Parlimen.

11 – Padahalnya, bilakah tarikh Buku Jingga 100 Hari, Resolusi Pakatan Rakyat digubal? Siapakah pakar Pakatan yang mengubalnya didalam masa 24 jam, jika tidak mereka meniru dari kerajaan bulat-bulat?

Sekarang siapa meniru siapa?
Banyak sungguh Samdol-Samdol> dalam Pas!

12 – Mengenai tarikh perlaksanannya pula, Nicky tidak mahu tergesa-gesa dan menjadi samseng apabila disoal pemberita. Beliau akan menunggu dan akan  laksanakannya apabila memerintah Kerajaan Pusat, bukan sekarang semasa memerintah kerajaan negeri.

Nampak tak penipuan secara sistematik pemimpin penganut Pas.
Nak tunggu sampai bila? Memang dah kena tipu hidup-hidup lagi!

Aduhai. Asyik kena tipuuuuu ajer!

No comments:

Post a Comment