Multiple Pages

20/02/2011

Penjenamaan - PAS Melancarkan ‘Penipuan Semula’


 
 Dua Orang Penipu Teragung Malaysia.

1 - Pas sekali lagi telah berubah arah didalam perjuangan setelah menemui jalan buntu didalam resolusi-resolusi yang lepas dimana kebanyakan perjuangannya mempergunakan nama Islam sebagai asas. Penjenamaan semula atau rebranding Pas atau U-turn lebih merupakan ‘penipuan semula’


2 - Kali ini Pas telah meniru dasar perjuangan UMNO dan mengujudkan 12 resolusi baru didalam Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa, pada 19hb February 2011. Setelah puas menuduh UMNO menakut-nakutkan orang-orang Melayu untuk membangkitkan semangat perjuangan, Pas akhirnya akur bertapa mustahaknya Bangsa Melayu dan Islam diperjuangankan nasib di Tanah Melayu sendiri.

3 - Tajuk kovensyen pun berteraskan nasionalisma dan bangsa, dimana sebelum ini ia adalah taboo dan menjadi satu sumpahan bagi orang-orang Pas untuk menyebutnya.

4 - Di dalam resolusi terkini PAS, perkataaan ‘Bangsa Melayu dan Bumiputra’ disebut acapkali di hampir kesemua 12 resolusi mereka, juga sebelum ini seolah-olah haram disebut oleh setiap ahli Pas.

5 – Contohnya di dalam resolusi ke 2, PAS menyebut akan terus ‘mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu dan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia’. Ini jelas sekali Pas turut meminjam dasar yang ditegakkan UMNO selama ini sebagai asas mereka. Pemikiran Pas amat diragui kerana sebelum ini rakyat mengetahui bahawa PAS hanya mahu menegakan negera yang di pimpin oleh ‘Ayatolla’

6 – Juga jelas Pas masih lagi tercari-cari dasar perjuangan sehingga kini. Apa yang dijumpai semuanya mirip perjuangan UMNO/BN selama ini. Mahukah kita memilih PAS yang tercari-cari asas perjuangan didalam kegelapan sebagai pemimpin negeri dan negara pada PRU 13 nanti !

7 - Sila teliti resolusi-resolusi PAS di bawah yang jelas menunjukan Pas adalah parti putar belit yang hidup mereka hanya mengelirukan rakyat tentang hala tuju mereka. Sanggup menjanjikan langit dan bintang, kali ini dengan menjual nama Bangsa Melayu.

8 - Kita tunggu apa respond dari Komunis DAP, selepas ini.
Adakah mereka akan menentang atau membiarkannya sahaja?
Atau mereka memang telah mengetahui putar-belit PAS untuk menipu sesama Melayu, asalkan matlamat menjadikan Malaysia sebuah Republik tercapai?

........Petikan.........

Harakah Daily, 19 Feb2011: PAS dalam usahanya mewujudkan sebuah Malaysia Baru yang mengangkat martabat kaum Melayu dan Islam, hari ini memberikan jaminan istimewa terhadap dua belas perkara untuk rakyat Malaysia.

Dua belas jaminan ini terkandung dalam resolusi Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa; Jaminan PAS yang berlangsung sehari di Auditorium MBSA, dekat sini.

Berikut adalah dua belas resolusi yang dibentangkan oleh Naib Presiden PAS selaku Pengarah Konvensyen, Datuk Mahfuz Omar.

PAS sebagai sebuah parti politik yang berteraskan Islam memberi jaminan bahawa:

1. PAS tetap komited untuk melaksanakan agenda pengupayaan bangsa Melayu dan Bumiputera berteraskan prinsip-prinsip di atas;

2. PAS akan terus mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu dan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia;

3. PAS tetap beristiqamah untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup sesuai dengan kerangka perlembagaan Malaysia sebagai teras terpenting usaha mengupayakan Melayu;

4. PAS akan sentiasa memastikan seluruh kegiatan pembangunan bangsa Melayu berkiblatkan akhirat demi mencapai keredhaan Allah;

5. PAS tetap mengutamakan perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapat rendah yang sebahagian besarnya adalah kaum Melayu dan Bumiputera;

6.  PAS akan terus mempertahankan konsep ketuanan rakyat yang berpaksikan keadilan Islam dengan jaminan saksama kepada kaum-kaum lain;

7.  PAS tetap memperjuangkan dasar-dasar affirmative yang berasaskan siapa yang berkeperluan (need based) sesuai dengan matlamat keadilan Islam;

8. PAS akan terus komited untuk menampilkan kepimpinan Melayu yang bebas rasuah dan penyelewengan di semua peringkat kepimpinan bermula dari kepimpinan Negara sehingga kepimpinan komuniti;

9. PAS tetap mempertahankan tanah-tanah rizab Melayu, tanah-tanah adat, kampung-kampung tradisi dan penempatan-penempatan yang mempunyai kepentingan Melayu dan Bumiputera seperti Felda, malah berusaha menjadikannya sebagai penyumbang terpenting kekuatan ekonomi Melayu;

10. PAS akan terus mempertahankan warisan Melayu selagi mana tidak bertentangan dengan syarak, sebagai khazanah penting kepada generasi Melayu akan datang;

11. PAS tetap mempertahankan pendidikan vernakular yang telah memberi ruang kepada kewujudan sekolah agama rakyat, madrasah dan sekolah pondok, di samping tidak menolak kepentingan elemen integrasi nasional diterapkan dalam sistem pendidikan dan;

12. PAS akan terus berusaha memasakkan jatidiri berteraskan Islam kepada generasi muda Melayu kerana mereka merupakan teras kepada pengupayaan bangsa Melayu dan waris kepimpinan akan datang.   

...............................................................

Sementara itu dalam ucapannya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, dasar dan pendekatan Pengupayaan Bangsa - Jaminan PAS telah dibentangkannya untuk tatapan semua.

"Masa telah sampai untuk kita menggemblengkan seluruh tenaga dan sumber bagi mengangkat martabat umat Islam, mendayakan bangsa Melayu dan melahirkan Politik Lita'arafu  yakni Politik Saling Menghormati.

"Semua usaha ini adalah bagi melahirkan sebuah Malaysia baru yang menjunjung tinggi tuntutan Keadilan dan Kesejahteraan Untuk Semua yang bebas rasuuah, kezaliman dan penyelewengan kuasa.

Mursyidul Am PAS, Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat turut berucap merasmikan konvensyen dengan memberikan penekanan terhadap peri pentingnya masyarakat negara ini diberi kefahaman paling tepat dan memudahkan.

Semua wakil PAS kawasan daripada seluruh negara hadir dalam konvensyen sehari yang turut menampilkan ramai tokoh antaranya; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Budayawan dan Cendikiawan terkenal, Prof Emiritus Dr Abu Bakar Abdul Hamid dan Presiden Teras, Haji Mohd Azmi Abdul Hamid.

Turut mendapat perhatian adalah ucapan dan pandangan daripada Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail termasuk AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar dan Pakar Sains Politik dan Aktivis Sosial, Dr Wong Chin Huat.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat mengemukakan Buku Jingga mengandungi sepuluh perkara jaminan terdiri daripada mereformasikan institusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM, pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.

Jaminan itu juga meliputi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengarahkan Khazanah Berhad, KWSP dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol;

Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta seperti gas sebanyak RM19 bilion kepada penjanan bebas dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat;

Mengiktiraf peranan dan jasa awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru mendidik bangsa;

Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan;

Menyediakan perkhidmatan internet wi-fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa rakyat;

Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda dan;

Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20 peratus dan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di Negeri Sabah.

4 comments:

  1. Pas mendapat arahan daripada DAP supaya segera memainkan sentimen bangsa Melayu untuk kembali menyokong Pas. Tujuannya supaya undi Melayu terus pecah dan UMNO-BN tetap tidak mampu mendapatkan 2/3 kuasa di Parlimen.

    DAP tahu Pas tak mungkin dapat memerintah sebagai menggantikan peranan UMNO.

    Dalam masa yg sama, DAP telah berjaya memainkan sentimen bangsa China dengan membakar emosi melalui pengedaran risalah sejarah palsu di Pulau Pinang. Akibatnya kaum China semakin bersatu di belakamg DAP dan kaum Melayu terus berpecah-belah.

    ReplyDelete
  2. best betul dengar.. 'melahirkan malaysia baru'... padahal copycat UMNO dan BN..

    apa yg dicakap tak selari dikota.. lihat Penang, apa dasar pentadbiran yg mempunyai ciri2 afirmatif bumiputera? adakah lebih 100 peniaga baru yg ditidakkan haknya juga adalah diluar 'needed base' Pakatan Rakyat?

    cara pentadbiran mereka mudah shj.. yg tak mampu, dihalau jauh2.. so tak wujud lagi lah kumpulan tak mampu itu.. tupun penganut PAS tak faham? ada model dah utk dikaji, dilihat dan di ambil pengajaran (seperti Singapura)

    sedangkan BN masih realistik dlm agendanya, iaitu mewujudkan peluang pendidikan yg luas pd kelompok majoriti (Bumiputera) supaya tdk tercicir akibat kerakusan meritokrasi kapitalis

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Aku tak faham dengan PASPISPUS nie, depa dah ubah tagline, polisi dan visi, macam IKS BUMIPUTERA PULAK.. Macam U kata tu memang betoi, I sokong U, depa buat rebranding dalam sakelip mata. Dulu mati-matian depa tak boleh dengak perkataan "Ketuanan Melayu, Raja Melayu, Rizab Melayu" tapi lanie pusing U turn 24 jam.

    Memang sah dah pati nie kena hantak pi batu dua pada PRU13 nanti.

    DINO

    ReplyDelete
  4. pecah dan perintah oleh Dapig Malaysia

    ReplyDelete