Multiple Pages

21/02/2011

Hadi Awang Di Kedah Menghasut dan Mendedah Rahsia Kelemahan PAS Pimpinan Ostaz Azizan



1 - Dari Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa ” oleh Pas, kita telah merumuskan bahawa Pas tidak tetap pendirian seperti air pasang surut dan membuat re-branding didalam bentuk ‘Penipuan Semula’ untuk mengelirukan rakyat. Pas telah berani menyebut perkataan ‘membela orang Melayu Bumiputra’, perkataan ‘memperjuangkan Bangsa dan Nasionalisma’ sehingga ketahap ‘mempertahankan Raja-raja Melayu’. Dahulunya perkataan ini semua adalah taboo, menjadi sumpahan dan haram disebut langsung didalam prinsip perjuangan Pas hanya kerana semata-mata ia merupakan prinsip perjuangan UMNO yang kekal sejak 53 tahun dahulu. Penjenamaan dan “Pembohongan Semula> Pas adalah sangat jelas. Akhirnya Pas telah sedar dari lena dan berubah pendirian.


2 – Berlainan sekali di Perhimpunan Pemuda di Simpang Empat Kedah dimana Datuk Seri Hadi Awang telah memberi amaran dalam bentuk ungutan kepada kerajaan bahawa rakyat akan mencetuskan pemborontakan ala Mesir dan Tunisia.

3 – Jika lapuran Polis dibuat terhadap Datuk Hadi dan Dato Azizan MB Kedah, mereka berdua boleh disiasat dan di-ISA-kan demi keselamatan negara.

4 – Oleh kerana risau bahawa Pas Kedah  akan diperjatuhkan pada PRU 13 nanti, maka Datuk Hadi telah meminta ahli Pas Kedah supaya mempertahankan Kedah, memperkuatkan Kedah, jangan hanya bercakap (berceramah)  sahaja tetapi kerja malas. Secara halus Hadi Awang telah mempersoalkan Pas dibawah pimpinan Ustaz Azizan.

5 – Iktibar dari ucapan dan pembongkaran Datuk Hadi ialah Pas Kedah amat gusar ketika ini. Pas Kedah dalam keadaan lemah dan telah tewas didalam perang saikologi. Pas Kedah dalam keadaan ‘kecut teloq’. Segala harta dan kekayaan negeri akan disapu habis-habisan sebelum tewas pada PRU 13 nanti. Segala surat-surat sulit dan bukti penyelewangan telah dibawa balik kerumah atau telah sedia untuk dibakar.

6 – Oleh kerana kekurangan dan kelemahan Pas sekarang, maka ia telah menjadi kelebihan dan kekuatan kepada UMNO Kedah. Itupun jika UMNO Kedah telah bersedia dan segera menyelesaikan masalah dalaman mereka.

8 - UMNO Kedah akan bangkit dan menakluki semula Kedah. Lanyak dan kuburkan Pas Kedah habis-habisan pada PRU 13 nanti.



......Petikan Ringkas dari Harakah Daily......

BN tindas, rakyat Malaysia boleh bangkit

ALOR SETAR, 20 Feb: PAS mengingatkan Umno agar mengambil iktibar dengan kejatuhan pemerintah Tunisia dan Mesir akibat kebangkitan rakyat yang ditindas pemerintah.

Dengan nada memberi amaran, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, rakyat Malaysia juga boleh bangkit sedemikian jika pemimpin Umno BN terus menindas rakyat.

"Pertahankan Kedah ini, kalau Kedah kamu tak perkuat, nak pergi Putrajaya macam mana.

"Jangan cakap sahaja nak Putrajaya, kerja malas, daftar pengundi tak buat, ceramah datang berbatu-batu, tapi nama bila nak mengundi tak ade," tegasnya.

Petikan penuh di sini>

No comments:

Post a Comment