Multiple Pages

17/03/2011

Bible Melayu:- Barah Aqidah Sudah Merebak


Oleh: HHalem
 Pendedahan Awal Persekitaran Alam Gereja-
Ramai Menganggap Ia Perkara Biasa-
Alah Bisa Tegal Biasa

1- Akan bertambah rosak lah masyarakat, terutamanya anak-anak Melayu, apabila Bible Melayu berlempahan dan mudah diperolehi di kedai-kedai buku.

2- Apabila Bible Melayu dicop dengan tag “Untuk Penganut Agama Kristian Sahaja’, apakah beza nya dengan rokok yang dicop dengan “Amaran Kerajaan Malaysia” atau “ merokok membawa barah”


3- Merokok tetap dicuba dan merosakan kesihatan walaupun gambar tengkorak dan bayi cacat di cetak diatas kotak rokok.

4- Apa bezanya Bible Melayu walaupun dicop dengan tag “Untuk Penganut Agama Kristian Sahaja”, sesiapa pun tetap akan cuba membacanya kerana ia boleh didapati dengan mudah dikedai-kedai. Lambat laun ia akan merosakan aqidah.

5- Adakah kedai penjual buku akan bertanyakan pembeli samada berugama Islam atau Kristain sebelum menjual Bible tersebut.

6- Dengan mencetak Bible kedalam Bahasa Melayu, maka banyak lagilah kumpulan pembaca dan pasaran untuk orang-orang Melayu.


“ Mana Lebih Parah. Rokok Merosak Kesihatan atau Bible Merosak Aqidah”

Perkataan “Gereja Melayu” Akan Berkembang Selepas Ini Di Semenanjung


.....Di petik dari Rocky Bru>....

KENYATAAN MEDIA

Untuk Terbitan Segera

Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk mengeluarkan Kitab Injil yang diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia di Kuching dan Pelabuhan Klang. Ini adalah selaras dengan warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah membenarkan pengeluaran serta penyebaran  Kitab Injil dalam Bahasa Malaysia secara terhad dan terkawal, di mana buku-buku tersebut mesti dicop dengan tag “Untuk Penganut Agama Kristian sahaja.”

Sejak tahun 1982, dengan akta tersebut, laporan menunjukkan bahawa tiada sebarang isu atau masalah yang dihadapi dalam pelaksanaannya. Dengan merujuk kepada fakta tersebut, Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk menggunakan warta 1982 yang sama dalam pengeluaran Kitab Injil.

Setelah pemerhatian serta analisa yang teliti, Peguam Negara (AG) juga telah menetapkan bahawa pengeluaran Kitab Injil yang telah diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia tidak akan memberi kesan dalam kes mahkamah yang berkaitan isu Kalimah Allah. Oleh itu, dalam konteks berikut Kerajaan telah dapat secara amnya mengeluarkan buku Kitab Injil tersebut.

Kerajaan sangat komited dan akan memberikan komitmen yang berterusan untuk menyelesaikan masalah atau isu-isu berkaitan agama dengan penuh adil dan saksama demi kebaikan negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Oleh itu, Kerajaan akan terus mengadakan dialog khas untuk membincangkan jalan penyelesaian isu-isu tertentu dengan melibatkan semua penganut pelbagai agama.

Kerajaan Sarawak juga bersetuju dan berpendapat bahawa penahanan buku Kitab Injil yang telah sekian lama ditahan seharusnya dikeluarkan. Dato’ Sri Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang merupakan penganut agama Kristian yang berasal dari Sarawak telah berhubung dengan Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) bagi pihak Kerajaan. Menurut beliau, “Ini adalah satu kompromisi yang memanfaatkan kedua-dua belah pihak dalam menangani perbezaan pendapat antara penganut agama Kristian dan Islam di negara ini.

Bagi penganut agama Kristian, Kerajaan telah bersetuju untuk mengeluarkan Kitab Injil di Kuching mahupun di Pelabuhan Klang. Dari perspektif penganut agama Islam pula, seperti yang telah ditetapkan oleh Peguam Negara, pelaksaan ini tidak akan memberi kesan dalam kes mahkamah yang berkaitan isu Kalimah Allah. Kerajaan jelas sangat komited dalam menyelesaikan masalah berkaitan agama sejajar dengan konsep 1Malaysia.”

No comments:

Post a Comment