Multiple Pages

17/03/2011

Birthmark Ummi Terdapat Di Bontot, Tunggu Pendedahan Baginda.

Oleh: HHalem


1- Anwar Banduan telah teruk dihentam kiri kanan oleh Ummi Hafilda di Pilihan Raya kecil di Kerdau dan Merlimau; dimaki hamun oleh pengikut beliau sendiri di laman-laman Twitters dan akhir sekali dibelasah diserata Malaysia dengan demo-demo mendesak beliau menyerahkan DNA untuk tujuan pengesahan lelaki Y.


2- Oleh kerana tidak tahan dilanyak, Anwar telah mengatur strategi baru untuk melindungi diri beliau daripada terus diburu oleh mereka yang dulunya adalah penyokong-penyokong kuat beliau.

3- Strategi yang pertama ialah bagaimana hendak menangkis segala serangan-serangan Ummi Hafilda, lalu beliau melantik Baginda Minda untuk tujuan benteng pertahanan. Apabila Ummi sebuk bertelagah melawan Baginda Minda, maka Anwar dapatlah tidur lena dan menumpu hal-hal bersangkutan Yahudi diluar negara. Kepada pengikut-pengikut PKR, lihatlah betapa liciknya Anwar mempergunakan manusia-manusia disekeliling beliau untuk kepentingan nyawa politik beliau.

4- Strategi yang kedua ialah bagaimana hendak menangkis segala serangan demo-demo diserata Malaysia yang mendesak penyerahan DNA beliau, lalu beliau melantik Setiausaha Agung Keadilan, Saiffudin Nasution untuk menyemarakan kempen “DNA Najib-Altantuya”. Kita lihat disini bagaimana Saiffudin diperkudakan dan bagaimana janggalnya kempen tersebut yang tidak ada sangkut paut dengan mana-mana kes mahkamah pun buat ketika ini. Saiffudin boleh di-ISA-kan.


5- Masalah Twitter, Anwar tidak dapat berbuat apa-apa selain dari menutup terus account Twitter beliau .

6- Kepada Ummi berhati-hatilah dengan permainan Anwar yang menonjolkan Baginda Minda bagi pihak beliau. Kelemahan Ummi yang agak menonjol ialah meminta Baginda Minda memaklumkan ‘birthmark’ yang terdapat di tubuh Ummi jika Baginda Minda pernah berasmara dengan beliau.

7- Ini adalah satu kesilapan yang agak ketara kerana ‘birthmark’ ini selalunya diketahui oleh adik-abang-kakak ketika kita masih lagi kecil. Bayangkan jika Azwan celupar itu mendapat upahan dari Azmin atau pun Azmin sendiri yang memecah tembelang tentang ‘birthmark’ di tubuh Ummi. Apa kata melalui Azmin/Azwan, Baginda Minda mengatakan ‘birthmark’ Ummi di bontot.

8- Maka terpaksalah Ummi membawa bontot ke hospital untuk diperiksa oleh doktor.

9- Walaubagaimana pun jangan risau kerana disetiap kelemahan itu terdapat kekuatan. Kelemahan Baginda Minda pula ialah apabila beliau meminta ketahap merayu kepada Ummi supaya,
“Ummi tidak mengenakan sebarang tindakan (mahkamah) berhubung tindakannya nanti memandangkan Anwar dan Azmin tidak berbuat apa-apa berhubung sebaran fitnah yang dilakukannya itu” 

10-  Ummi mungkin berniat hendak menyaman Baginda Minda, tetapi berhati-hati supaya tidak mudah masuk perangkap Anwar. Di mahkamah nanti mungkin bontot Ummi akan didedahkan.

11- Jika ini berlaku maka inilah yang dinanti-nantikan oleh Anwar dan cita-cita beliau tercapai, iaitu supaya Baginda Minda bertarung dengan Ummi. Maka kes Ummi menyaman tiga KAAA pula akan terus dilupakan.


“Bontot Ummi akan didedahkan oleh Baginda Minda di mahkamah”

1 comment: