Multiple Pages

11/03/2011

Peristiwa Penting Kelantan :- Rakyat Dah Mula Bersuara Dan Tak Puas Hati Dengan Pok Nick


Oleh : HHalem
 Pok Nick Tersipu Malu Apabila Di Soal Masalah oleh Lim Kitsiang

1– Terbukalah lembaran baru dalam sejarah Kelantan apabila rakyat Kelantan mula menyoal kewibaan Pok Nicky malah membidas pedas terhadap kepincangan pentadbiran Kelantan, di dalam soal masalah perpindahan peniaga ke Bazar Tok Guru. Pendedahan skandal mula di dedahkan oleh Kickdefella sebelum ini.



2– Rakyat Kelantan terang-terangan ditipu oleh Pas. Rakyat telah menyuarakan dan menuduh yang wakil rakyat Pas adalah penakut.

3– Pok Nicky berkata tindakan seumpama itu adalah tidak wajar kerana ia memalukan wakil-wakil rakyatnya.

4-  Jika perkara ini berlarutan, kita percayai bahawa rakyat negeri Kelantan akan bergolak dan akan tumbang.

5- Penganut-penganut Pas, seperti Mahfuz Samdol asyik menyuarakan keadilan dan kesamarataan di merata dunia, tetapi di negeri sendiri mula berlaku porak peranda.

6- Bloggers-bloggers pakar dan vateran kita perlu ke Kelantan dan bergabung mendedahkan kepincangan pentadbiran dan terus menjatuhkan Kelantan pada PRU 13 nanti.

“Inilah Kesan Pengaruh Komunis DAP Penang Yang Kita Tidak Sedari”


----Petikan-----
Nik Aziz Dibidas Wakil Peniaga Di Majlis Umum
KOTA BAHARU, 10 Mac (Bernama) -- Buat pertama kali dalam tempoh 21 tahun mentadbir Kelantan, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dibidas "pedas" oleh dua wakil peniaga berhubung masalah perpindahan 415 peniaga ke Bazar Tok Guru dalam majlis anjuran kerajaan negeri.

Pada majlis Maulidur Rasul Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan di Bazar Arked Uda di sini Khamis, dua wakil peniaga membidas kelemahan kerajaan negeri dalam menyelesaikan nasib para peniaga itu.

Pengerusi Peniaga Arked Uda, Burhan Mohd Noor berkata pihaknya kesal dengan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), yang menguruskan Bazar Tok Guru itu, kerana mempunyai pelbagai alasan terhadap peniaga mengenai tuntutan mereka yang tidak ditunaikan.

"Dulu janji dengan keluasan yang ditetapkan oleh para peniaga sekarang keadaan bazar itu sempit yang tidak langsung mengikut perjanjian," katanya ketika berucap pada majlis itu.

Peniaga itu mendakwa mereka dijanjikan lot kedai berkeluasan 3.04 x 3.65 meter persegi pada harga RM40,000, tetapi kini harganya dikatakan naik sekali ganda antara RM80,000 hingga RM90,000 sementara keluasan lot kedai pula lebih kecil iaitu 1.82 x 2.4 meter persegi.

Sebelum ini Nik Abdul Aziz mengakui kerajaan negeri menanggung kerugian akibat masalah teknikal kerana terpaksa membeli semula Bazar Tok Guru itu daripada sebuah syarikat swasta setelah bazar itu dijual oleh PMBK.

Bazar Tok Guru merupakan sebuah kompleks perniagaan yang dirancang di atas tapak lama Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu membabitkan kawasan tanah seluas kira-kira dua hektar.

Pengerusi Peniaga Pasar Lama Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) Abdul Salim Ahmad pula berkata pihaknya mendapati sukar untuk bertemu dengan Menteri Besar bagi membincangkan isu berkenaan secara bersemuka sehinggakan ada pihak cuba menghalang pertemuan beliau dengan Nik Abdul Aziz.

"Kita sudah 20 kali berbincang dengan PMBK tetapi tiada hasilnya. Saya tak percaya pada orang lain...hanya Tok Guru boleh selesaikan," katanya.

Dalam reaksinya, Nik Abdul Aziz mengingatkan wakil 415 peniaga Arked Uda dan Peniaga Pasar Lama MPKB agar tidak membuat tuduhan yang wakil rakyat Pas penakut.

Nik Aziz, juga Mursyidul Am Pas, berkata tindakan seumpama itu adalah tidak wajar kerana ia memalukan wakil-wakil rakyatnya.

-- Bernama

1 comment:

  1. mmg patut dimalukan pun kalau tak boleh sesesaikan hal ini. kerajaan pas menganiaya peniaga...

    ReplyDelete