Multiple Pages

10/03/2011

URGENT ‘Pas Media’ :- Tun Faisal Perlu Jelas Dengan Segera

Oleh: HHalem


Kepada Yang Mulia Tun Faisal Ismail Aziz

1 – Berita terkini yang agak menarik mengenai perkembangan Unit Media Baru (UMB) yang di pimpin oleh Tuan Exco Pemuda, Tun Faisal Ismail Aziz ialah mengenai ‘Pas Media’ yang dipertanggung jawabkan kepada UMB untuk di edar-edarkan.


Petikan berita dari Papa Gomo
“Mesti ada yang bertanya kenapa kami** tidak mempunyai PAS MEDIA. Itu lah yang sebenarnya Gomo nak sampaikan kepada semua bahawa isu Pas Media lah yang sebenarnya membuatkan Gomo dan juga rakan rakan Blogger Meluat dan menyampah dengan UMB ini.

UMB sudah Wujud sejak tahun 2009 lagi namun sehingga kini sekeping Pas Media pun mereka di bawah Pengerusi Tun Faisal tidak mampu membuatnya. Gomo dan rakan rakan Blogger berbuih memaklumkan hal PAS Media ini dan jawapan yang sama di berikan. UMB masih dalam Proses..masih dalam Proses...masih dalam Proses....

Siapa yang tak kecewa bila kita yang nak buat liputan ni Sebarang Pas pun takda? Macam macam yang UMB berikan alasan sampaikan di salahkan pula Kementerian yang bertanggungjawap kerana tak meluluskan Pas Media UMB. Gomo sebenarnya pun tak tahu apakah mereka di dalam Struktur Organisasi UMB ini ada memohon ataupun tidak PAS Media buat kami para Blogger.” ( Di sini >)

2 – Membaca berita Gomo timbul perasaan kagum diatas kegigihan sahabat-sahabat bloggers yang memberi berita alternatif yang memerlukan pemikiran terbuka untuk membacanya. Walau bagaimanapun pendedahan Gomo bertepatan dengan waktu kerana PRU 13 sudah hampir tiba.

3 – Kepada Tun Faisal, jika benar apa yang diperkatakan oleh Gomo itu tentang ketiadaan ‘Pas Media’, maka pembantu-pembantu Tuan hendaklah bertindak dengan segera untuk mengatasi kepincangan yang ada. Dan jika Tuan menganggap ini sebagai satu lagi fitnah dan tidak betul, maka diminta tolong perbetulkanm dimana-mana bahagian yang dianggap palsu.

4 – Untuk makluman Tun Faisal, diminta janganlah memandang serong terhadap kesemua bloggers. Jika dikumpulkan kesemua pembaca-pembaca bloggers, dimana Tuan sendiri anggap mereka sebagai blogger hero dan saya menyetujuinya, maka ia akan mampu mempengaruhi minda dan persepsi pemuda diatas kewibawaan Tuan. (c.f. Ingat siapa Beruk Google?) Didalam sehari beribu-ribu orang awam membaca weblog mereka.

“Menunggu jawapan dari Tun Faisal sendiri, kerana jawapan standard ialah masih dalam proses”

“Blogger Meluat dan menyampah dengan UMB ini"
Bukan bermakna buang UMB terus. Masih lagi memerlukan antara satu sama lain

** ‘Kami’ mungkin terdiri dari
Gomo, Gelombang Rakyat, Blogger GAP, Pisau, Medan Info, Media Permatang Pauh,  DET,  Pejuang Bangsa, Minda Intelek, Empayar Melaya, Keris Putra dan Gerakan Timur.

1 comment:

  1. tlh link bro, blot paut maut boleh tak.

    thanks.

    mat eel

    ReplyDelete