Multiple Pages

20/03/2011

Sistem Blok. Apa maksud?

Oleh: HHalem


1- Tujuan mengenalpasti masalah pengundi, sebelum/selepas.

2- Wakil blok memastikan pengundi keluar buang undi.


3- Apa maksud Sistem Blok?

4- Satu Bahagian Langkawi ada berapa blok?

5- Siapa wakil disetiap blok? Adakah Ketua Umno Cawangan?

6- Jika bukan Ketua Cawangan siapa yang layak? Krateria?

7- Adakah untuk menjelang pilihan raya sahaja?

"Syabas Datuk Bashah & Datuk Mukriz"

“Semoga berjaya”


UMNO Kedah Laksana Sistem Blok Untuk Kukuhkan Jentera Parti

LANGKAWI, 20 Mac – Umno Kedah akan melaksanakan sistem blok di semua bahagian di negeri itu bagi memperkukuhkan jentera parti pada peringkat akar umbi menjelang pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata menerusi sistem itu, wakil akan dilantik menjaga setiap blok yang diwujudkan dan mereka berperanan mengenal pasti masalah pengundi dalam blok masing-masing sebelum dan selepas pilihan raya.

“Hasilnya terbukti apabila diperkenal sistem ini pada pilihan raya kecil di Kerdau, Tenang dan Merlimau baru-baru ini sebagai pendekatan baru,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Mengulas lanjut, Ahmad Bashah berkata wakil itu juga bertanggung jawab memastikan pengundi di blok mereka keluar membuang undi pada hari pemilihan.

Beliau juga yakin sistem itu dapat membantu Barisan Nasional mencapai kemenangan jika dilaksana dengan baik.

Ahmad Bashah sebelum itu merasmikan pelancaran sistem blok untuk Umno Bahagian Langkawi. Pada majlis itu turut diumumkan 10 cawangan Umno di sini yang berjaya mendaftarkan pemilih teramai dengan jumlah keseluruhan 2,227 orang.
...MediaUmno..

No comments:

Post a Comment