Multiple Pages

21/03/2011

Video :- Budak Islam Makan Babi Pun Pas Sokong. Inikan Arak dan Judi, Perkara Kecil Sahaja.


Oleh: HHalem


Nik Aziz Wajib Di Undurkan Terus. Maka Hancurlah Pakatan.



.....Baca Text Di Bawah.....


"Daripada Nik Aziz berundur, bagi saya Tok Guru Nik Aziz patut bawa Pas berundur dari Anwar (Ibrahim)...jadi parti sendiri. Itu pandangan saya", kata bekas Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zulkifli Nordin. 



Ini kerana kata beliau selagi Pas terus bersama Pakatan maka parti itu akan dirosakan Anwar Ibrahim.


"Kita tengok gelagat ahli parlimen Pas langsung tidak menggambarkan mereka sebagai parti Islam.

"Isu dia...seorang budak Islam bawa babi (makanan) ke sekolah....mereka boleh bantah, mereka boleh sokong. Ini maksud saya Anwar merosakkan Pas", katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.
 


Beliau merujuk pendedahannya di parlimen Rabu lalu bagaimana seorang budak bernama Basil Anak Beginda yang beragama Islam membawa sosej babi ke sekolahnya St. Thomas.

Tambahnya apabila beliau mendedahkan bahawa budak itu adalah anak seorang Islam yang bapanya ialah Nor Azman Bin Abdullah, maka mengikut hukum syara' jelas budak itu beragama Islam, DAP cuba memesongkan isu ini dengan mengeluarkan sijil kelahiran budak tersebut yang kononnya dicatat sebagai bukan Islam.

Dan yang paling menyedihkan, segelintir Ahli Parlimen Pas telah menyokong tindakan DAP; PKR ini.

Justeru tegasnya adalah satu tindakan yang bijak sekiranya Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat membawa parti itu keluar dari pakatan pembangkang.

"Pada saya tok guru akan bertindak bijak jika dia bawa berundur bawa Pas dari pakatan dan bergerak sendiri.

"Insyaallah dia boleh jadi suara ketiga dalam arena politik negara", ujarnya.

12 November 2010

No comments:

Post a Comment