Multiple Pages

15/04/2011

2 Waran Tangkap Di Keluarkan


Oleh : HHalem

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap pasangan  artis Norman Hakim dan Memey Suhaiza kerana gagal hadir perbicaraan kes khalwat yang dihadapi mereka.

Waran tangkap berkenaan diperintahkan oleh Hakim Syarie Salehan Yatim selepas membenarkan permohonan Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Selangor  (JAIS), Hasrul Hafiszi Ahmad Kamal supaya pasangan berkenaan dikenakan waran tangkap kerana gagal hadir tanpa bukti kukuh.

Hasrul Hafiszi berkata, walaupun peguam syarie kedua-dua tertuduh memberitahu bahawa Norman memberi alasan sakit dan  Memey ada urusan di luar kawasan, tetapi  mereka tidak mengemukakan sebarang notis atau surat kepada mahkamah.

“Alasan yang dikemukakan oleh peguam tadi tidak boleh diterima, oleh itu pendakwaan memohon waran tangkap dikeluarkan terhadap kedua-dua tertuduh berkenaan,” tegas beliau.



3 comments:

  1. Jabatan agama jika gagal membawa 4 saksi yg layak dlm kes ini maka hukum qazaf wajar dikenakan kpd pihak yg menuduh. Pihak jabatan agama telah mengaibkan pasangan ini dgn mendedahkan perkakuan khalwat kpd umum yg belum tahu betul atau tidak mereka melakukannya....qazaf ala qazaf.... Pkr dan pas tidak boleh memandang enteng tentang pendedahan yg mengaibkan ni...

    ReplyDelete
  2. :-) Pening memikior.

    Yop kena tanya YB Zul. Teman dah x boleh pikior.

    ReplyDelete
  3. Salam... kepada anom 00:34 dah tuntut ilmu habis dah ke pasal hukum hudud dan qisas... zaman nabi dulu pun sabit hukuman zina atas sebab iqrar penzina..pengakuan.. nak cari saksi adil yg lihat.. cukup payah.. sebab itu mahkamah guna hukum ta'zir.. denda..penjara.. tuntutlah ilmu banyak sikit... mana ada saksi yg adil nak biarkan maksiat berlaku didepan mata jika tidak dicegahnya... nah ..cuba ke link ini.. baca tentang hukum hudud ..jangan dok bodoh sombong sangat.. org cakap hudud..kamu pun nak cakap hudud.. tanya ustaz yg ajar kamu pasal ta'zir pulok.. jangan biar ustaz tu ajar separuh jalan je...
    http://amir-legacy.blogspot.com/2009/03/memahami-keperluan-dan-perlaksanaan.html

    harap luaslah pengetahuan tu sikit.. mana pernah mahkamah syariah buat pertuduhan zina.. hanya percubaan untuk melakukan zina atau khalwat sahaja.. tolong baca dan cari dalam google pasal hukum Islam.. nie..

    ReplyDelete