Multiple Pages

16/04/2011

Ingatkan Anwar Kena HIV-AIDS


Oleh : HHalem
Sumbangan AIDCNews -15/04/11 

Anwar Berpenyakit 'Dissociative Identity Disorder' 

Pendedahan rakan-rakan rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk Raja Petra Kamaruddin, Datuk Shahzryl Eskay Abdullah dan Datuk K.S. Nallakarupan menimbulkan satu persoalan baru, adakah Ketua Umum PKR itu mengidap penyakit ‘dissociative identity disorder‘ (DID) ?


Nallakarupan : Saya boleh katakan beliau ini mempunyai masalah split personality. Berperangai alim pada satu masa namun melakukan perbuatan buruk pada waktu lain. Saya pernah menunjukkan gambar beliau duduk bersebelahan imam di Masjid Negara. Saya secara bergurau berkata, “awak buat jahat semalam tapi esok you pergi masjid duduk sebelah imam.’’ Anwar menjawab itu budak jahat (gambar) tapi ini budak baik (tunjuk dirinya). Anwar mengaku dia rascal (tidak jujur)

Kecelaruan Orientasi Seks 

Eskay mendedahkan kepada Kickdefella bahawa Anwar mengalami kecelaruan orientasi seks. Satu sisi Anwar mengaku dirinya lelaki straight (normal) iaitu lelaki yang hanya sukakan jantina seks berbeza. Tetapi dalam masa sama Anwar menyimpan lelaki jambu, Sukma Darmawan di sebelah bilik tidurnya dan turut menawarkan lelaki itu kepada Eskay yang menggambarkan Sukma Darmawan hanyalah jambu pemuas nafsu untuk golongan homoseksual. 

Kecelaruan di antara straight dengan homoseksual itu dinamakan biseksual. 

Perbualan Kickdefella dengan Eskay : Ketika di rumah tersebut (Anwar), Eskay terlihat Sukma Darmawan di dalam sebuah bilik bersebelahan dengan bilik tidur Anwar. 

“Saya (Eskay) tanya dia, siapa tu ? “… Anwar menjawab, “Oh itu adik angkat saya…” tambah Eskay yang mendakwa beliau curiga kenapa bukan anak-anak Anwar yang tinggal di bilik sebelahnya, sebaliknya, seorang lelaki dewasa yang ‘lembut’ itu untuk diberi bilik betul-betul di sebelah bilik tuan rumah. 

“You like him ?” tanya Anwar. “Please, I am straight” kata Eskay dan menurutnya, Anwar juga segera menepuk tangan ke dadanya dan berkata, ‘I pun straight tau…. 

“Selepas itu, Anwar seolah-olah mahu buktikan bahawa dia memang straight dan ajak saya pergi berhibur…” itulah penjelasan Eskay bagi menceritakan bagaimana Anwar sering memintanya ikut serta dan kemudiannya menjadi pengatur perempuan-perempuan untuk Anwar.
Nallakarupan : Dia (Anwar) boleh tukar watak. Dia boleh jadi jahat. Di luar dia boleh lakukan aktiviti (seks). (Apabila) saya hantar dia balik ke rumahnya, dia menukar wataknya (jadi baik) di depan bininya. Dia ada berapa watak, saya pun tak tahulah. Pagi satu watak, petang watak lain, malam pula watak lain. Saya ingat lidah dia pun ada dua juga


Raja Petra pula menggambarkan Anwar mengalami penyakit narcissistic iaitu satu penyakit yang percaya hanya diri sendiri yang maha hebat berbanding dengan orang. Semua orang lain tidak betul kecuali dirinya sahaja.
Raja Petra Kamaruddin : Dan oleh kerana isu 16 September di mana orang ramai percaya kepada janji Anwar yang lebih kurang menjamin 16 September termasuk saya, ketika itu saya di bawah tahanan ISA di Kamunting, Anwar ada berjumpa saya di mahkamah, Anwar datang ke mahkamah kerana ada dua kes yang berjalan serentak dan beliau bagi tahu jangan susah tak lama lagi awak akan keluar sebab kita akan bentuk kerajaan 16 September.


DID merupakan penyakit yang berkaitan dengan kecelaruan personaliti atau identiti yang terpisah-pisah (split personalitiy). 


Pakar Psikiatri dari Jabatan Perubatan Psikologi Universiti Malaya, Dr. Muhammad Muhsin Ahmad Zahari berkata, DID adalah penyakit mental yang menyebabkan pengidapnya mempunyai sekurang-kurangnya dua identiti jelas (boleh jadi lebih) atau keadaan personaliti yang berubah-ubah dalam waktu yang berlainan. 

Individu yang mengalami penyakit ini didapati mempunyai keadaan personaliti berbeza dari segi penampilan, reaksi, emosi, mimik muka malah nadi dan tekanan darah juga boleh berlainan. 

Antara masalah kecelaruan personaliti yang sering berlaku adalah paranoid (terlalu curiga), skizofrenia (keretakan jiwa), borderline (ketidakstabilan tingkah laku), melingeringue (kepura-puraan) dan narcissistic (perasan diri sendiri hebat). 

MPD-DID


"Tak kena HIV ker"



No comments:

Post a Comment