Multiple Pages

09/04/2011

Anwar Kena Menerima Sebat 100 Rotan atau Datuk Trio 80 Rotan.


Oleh : HHalem

Tiada Harapan Bagi Datuk Trio.
1- Mengenai video seks Anwar, telah berlaku perkembangan menarik apabila Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) berkata,
“video itu dikategorikan sebagai bukti bayynah iaitu keterangan yang boleh diperolehi dalam pelbagai bentuk antaranya dokumen, percakapan dan video.”

“klip video boleh dijadikan sebagai bahan bukti untuk mendakwa seseorang melakukan zina sekiranya pihak pendakwa tidak boleh membawa empat orang saksi lelaki.” (Rujukan 1>)


2- Apa yang berlaku sebelum ini seolah-olah Datuk Trio menemui jalan buntu apabila diserang bertubi-tubi oleh pakar-pakar ugama seperti Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Dr Mohd Roslan Md Nor. Pihak PUM kesal dengan tindakan Datuk Trio dan menyifatkan langkah tersebut berniat jahat dan melampaui batasan akhlak moral dan budaya.
“Atas nama apa alasan sekalipun penyebaran ini adalah satu tindakan jahat fitnah dan melampaui batasan akhlak moral dan budaya malah menyalahi etika kewartawanan yang serius”

3- Dalam pada itu Presidennya Rangkaian Memacu Arus Perjuangan MAP, Mustafsa Kamil,  memandang serius pendedahan video seks di YouTube membabitkan nama Anwar.
“Ia amat keterlaluan dan mencemarkan nilai budaya politik Malaysia Sama ada video tersebut tulen atau tidak bukanlah menjadi persoalan pada tahap ini tetapi yang lebih penting adalah mengawal penyebarannya agar tidak menimbulkan keresahan di kalangan rakyat ”  (Rujukan 2>)


4- Lebih parah lagi apabila Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata bahawa negara Malaysia kini seolah-olah sudah menjadi negara yang “tidak berakhlak dan tidak bermoral” apabila ada pihak yang sanggup membenarkan rakaman dan gambar pelakuan aksi seks didedahkan kepada umum menerusi media.
 “Tapi ia belum pasti boleh buktikan kerana orang yang buat pertuduhan kena bawa empat orang saksi kalau tidak dia boleh dikenakan hukuman qazaf iaitu sebat 80 kali. Benda ini tidak jelas. Saya dah tengok akhbar hari ini,  gambar lelaki dalam video itu tidak jelas dan tiada siapa yang boleh buktikan ia adalah Anwar ” (Rujukan 3>)

5- Dr Asri awal-awal lagi menghentam Datuk Trio. Ku Li juga turut menghentam Datuk Trio dengan kenyataan ‘politik longkang’ beliau. Pok Nicky berkata, Video itu sengaja nak dedah aurat orang lain ke seluruh dunia langsung tidak bermoral.” (Rujukan 4> )

6- Pemuda AMK PKR pula turut menyeru supaya Datuk Trio juga dikenakan hukuman Qazaf dan membuat lapuran terhadap sahabat-sahabat blogers Papa Gomo, Pisau dan GAP kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). (Rujukan 5>)
  
7- Malahan Karpal bukan sahaja mahu trio Datuk T ditahan kerana melanggar Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 serta Seksyen 292 Kanun Keseksaan tetapi juga menolak cadangan penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat video berkenaan serta menyifatkan pendedahan itu bertentangan dengan nilai moral. (Singh ni ada nilai moral ka !) (Rujukan 6>)

8- Rata-rata hentaman demi hentaman oleh para alim ulama dan PKR terhadap Datuk Trio memberi gambaran bahawa Anwar akan terlepas lagi sekali ini dan orang yang dipandang hina dan menjadi jahat ialah Datuk Trio. NGO-NGO Melayu yang menyokong Datuk Trio yang ingin menegak kebenaran dan ingin membasmikan Anwar dari muka bumi ini langsung kelu apabila hendak bersuara menentang para alim ulama yang handal-handal belaka. Jika tersilap haribulan melayang akhidahnya. Semuanya hilang arah dan tidak berani bersuara selepas diasak sehingga lembik oleh pihak pembangkang dengan disokong oleh para alim ulama. PERKASA terus membisu. Jaringan Melayu Malaysia keletihan. NGO Ayahanda telah pencen dan tidak bertaring dan hanya berani membuat kenyataan mengenai Interlok sahaja. (Rujukan 7>)
  
Peluang Terakhir Datuk Trio
9- Hanya terdapat dua peluang terakhir bagi Datuk Trio iaitu membawa perkara video seks Anwar ke Mahkamah Syariah berbanding dengan Mahkamah Konventional setelah mendapat sokongan Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan ia perlu dihalusi terlebih dahulu. Jika cadangan PPMM diterimapakai Karpal Singh akan mengigil. Disini jika terhapusnya Karpal maka hapuslah Anwar.

10- Datuk Eskay pula jika sanggup menerima Hukuman Qazaf, 80 sebatan jika didapati bersalah dan Anwar 100 sebatan jika bersabit tuduhan; ianya akan menyelesai masalah Anwar secara muktamat.  Itu pun jika kedua-duanya mempercayai perundangan dan hukum Islam.  Ini adalah ujian perlaksanaan hukum Islam untuk dilihat oleh orang-orang bukan Islam di Malaysia. Anwar pada umur 63 tahun, jika didapati bersalah, maka 100 kali sebatan akan menerima penangan Technical Knock Out (TKO). (Rujukan 8>)

 11- Jika Datuk Eskay berani menyatakan bahawa beliau terdapat didalam video itu bersama Anwar, memanglah beliau yakin itu adalah benar-benar Anwar. Adalah tidak siuman jika beliau mengaku didalam video itu adalah beliau, jika ia tidak benar. Dari teaser video yang dipertontonkan, Datuk Eskay juga kelihatan buncit (boroi). Lihat pengakuan Eskay pada Mark ke 04:20



12- Datuk Eskay juga telah berani memberi 5 soalan bocor cepu emas kepada umum dan lebih merupakan sebagai amaran kepada Anwar bahawa beliau (Eskay) boleh mendedahkan segala-galanya berserta jawapan dan rekod-rekodnya sekali. Kita lihat soalan amaran keras berikut oleh Eskay (Rujukan 9>)

Soalan 1- Sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand?
Jawapan 1– Eskay tahu sebab dia yang urus Anwar keluar masuk Thailand dengan mudah. Kerajaan Thai mempercayai Eskay dan beliau banyak kawan-kawan disana. Lengkap dengan rekod keluar masuk. Rekod lengkap ada.

Soalan 2- Siapa yang menyambut Anwar di Thailand?
Jawapan 2- Eskay yang uruskan paper keluar masuk maka dia sahaja berkuasa menyambut Anwar. Rekod lengkap ada.

Soalan 3- Di hotel mana Anwar menginap?
Jawapan 3- Eskay tahu hotel mana sebab dia uruskan booking. Rekod booking lengkap ada.

Soalan 4- Apa Anwar buat di bilik hotel tersebut?
Jawapan 4- Eskay tahu sebab dia ‘bapak ayam’ kelas atas ketika itu selain dari Datuk Nalla. Rekod lengkap, silap-silap haribulan video pun ada juga di hotel-hotel tersebut.

Soalan 5- Siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?
Jawapan 5- Mestilah Eskay menyelesaikan bayaran berserta resit sebab dia menguruskan China Doll, dia mengenali mereka dan mengambil balik jam Rolex (ooops Omega!)

Soalan 6 (Tambahan)- Berapa orangkah China Doll kegemaran Anwar?
Jawapan 6- Lebih dari 10 dan SEMUA SANGGUP JADI SAKSI. Berserta rekod langganan.

13- Dengan pengakuan-pengakuan di atas oleh Datuk Eskay berserta dengan pengakuan pihak polis bahawa video tersebut adalah tulin, maka Datuk Trio berada dilandasan yang benar. Kita yakin kebenaran akan muncul tidak lama lagi dan tamatlah riwayat Brader Anwar Bin Ibrahim (BABI). (Rujukan 10>)

14- Peluang kedua yang masih ada untuk Datuk Trio ialah apabila Nazri mencadangkan di Parlimen pada hari Jumaat (8hb April 2011) supaya ditubuhkan Suruhanjaya Di Raja. Walau apa pun keputusan dari Parlimen nanti, peluang adalah cerah bagi kedudukan Datuk Trio. (Rujukan 11>) 

15- Pada 6hb April, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyerahkan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk menentukan tidakan terhadap Datuk Trio. Ini juga sebagai langkah berjaga-jaga jika usul penubuhan Suruhanjaya di Parlimen gagal (Rujukan 12>)

16- Percaturan kiri kanan iaitu samada diserahkan kepada Mahkamah Syariah atau siasatan polis atau Suruhanjaya Di Raja; kedudukan Datuk Trio amatlah cerah dan berada di landasan yang betul. Kita hanya menunggu pengakuan Press Conference Datuk Trio untuk bersetuju ke Mahkamah Syariah berserta Hukum Qazaf. Apabila pengakuan menerima Hukum Qazaf dibuat oleh Datuk Trio, maka “checkmate” lah percaturan hidup Anwar.

17- Bagi Anwar dan Karpal pula, mereka akan menolak mentah-mentah Hukum Qazaf seperti mana beliau menolak pembentukan Suruhanjaya DiRaja atas alasan konspirasi Umno-BN-Kerajaan dan tidak mempercayai apa bentuk sekali pun perundangan di Malaysia. Tetapi sekali sekala beliau membuat lapuran dan meminta bantuan polis untuk menolong beliau.



“TAMAT RIWAYAT ANWAR”


“AWAS-KERAJAAN JUGA HARUS BERHATI-HATI KERANA MUNGKIN UJUD KONPIRASI BERSAMA ESKAY-ANWAR. KEBARANGKALIAN NYA JUGA TIDAKLAH MUSTAHIL”

“TEKNOLOGI MEMBETULKAN IMAGE HEROT ADA DI MANA?”

2 comments:

  1. Jam OMEGA bukan Rolex, sedikit kesilapan teknikal.

    ReplyDelete