Multiple Pages

09/04/2011

PANAS:- Tempat MB Datuk Azizan Di Bom Molotov. Berkat Doa Mahfuz.


Oleh : HHalem

1- Pentadbiran Datuk Azizan sebagai Pengerusi Kolej Universiti Insaniah nampaknya semakin parah. Tidak disangka ia menjadi begitu teruk sekali sehingga membawa kepada peristiwa bom mengebom.


2- Belum pernah lagi dalam sejarah kedengaran peristiwa mengebom di Kolej di Alor Setar sebelum ini. Pas di Kedah, terutama Datuk Azizan, harus berfikir bahawa mereka dibenci sebilangan besar rakyat Kedah. Tidak disangka begitu teruk sekali pentadbiran Pas di Kedah dan mereka dibenci teramat sangat.

3- Pas Kedah terutama Datuk Mahfuz teringin benar rusuhan ala-ala Timur Tengah akan berlaku di Malaysia. Maka lihatlah apa yang telah berlaku di KUIN, negara Jelapang Padi.

4- Berhati-hati lah jika meminta sesuatu doa atau sembahyang hajat atau meminta bala diturunkan. Ia mungkin terjadi kepada diri anda.

“ADAKAH INI BERKAT DOA DATUK MAHFUZ”




.....Petikan Bernama....

Pejabat KUIN Terbakar Dilontar Bom Molotov

ALOR SETAR, 7 April (Bernama) -- Pejabat bahagian Hal Ehwal Pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di sini mengalami kebakaran kecil akibat perbuatan khianat individu tidak bertanggungjawab yang telah melontar bom molotov dan batu sungai pagi Khamis. 


Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian yang berlaku antara 3 dan 5 pagi tadi.


"Hanya kebakaran kecil yang berlaku dan kerugian dianggarkan kira-kira RM5,000," katanya.


Jurucakap Kuin berkata individu yang melontar bom molotov itu dipercayai memasuki kawasan kolej melalui pintu belakang dan ketika kejadian, hanya seorang pengawal yang bertugas.

"Kami menyerahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan terhadap kes ini," katanya.

Jumaat lepas, 200 tenaga pengajar dan pelajar tahfiz Kuin mengadakan demonstrasi bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pengurusan Kuin dan membantah tindakan pengurusan kolej itu mengambil alih sebahagian besar bangunan Maahad Tahfiz di sini untuk dijadikan Sekolah Insan Bestari.

-Bernama


4 comments:

  1. kite bakor.. kita bakor.. kita bakoor! makin galak laungan ini bergema....

    ReplyDelete
  2. kita bakaq, kita bakaq, kita bakaq, yani bakaq, yani bakaq, yani bakaq

    ReplyDelete
  3. Tuan Helang,

    Yani ka yg bakaq tu:-)

    ReplyDelete
  4. Cuba hangpa tanya Zul Botak sapa yg bakaq..dia mesti tau punya.....dia tu munafiq besaq woooo

    ReplyDelete