Multiple Pages

06/04/2011

Mufti Harussani:- Menerang Asas Pengharaman Poco-poco Di Perak


Oleh : HHalem


Mufti Akidah lebih penting antara sembilan asas Perak haram poco-poco

1- Mufti Tan Sri Harussani Zakaria berkata,  
“Jawatankuasa Fatwa Perak telah mengambil kira sembilan asas antaranya soal akidah dan kepercayaan umat Islam lebih penting daripada penjagaan kesihatan apabila memutuskan tarian poco-poco sebagai haram “


2- Justeru itu dalam kenyataan sembilan halaman petang ini Harussani menegaskan sebarang amalan dan perlakuan yang meragukan sewajarnya dibendung dan ditinggalkan.
“Adalah lebih selamat dan lebih berhati-hati dengan cara menjauhkan diri daripada menyerupai mereka lebih-lebih lagi setelah mengetahui asal usul poco-poco yang mempunyai unsur keagamaan dan pemujaan roh sebagai beramal dengan hadis ”
“Islam juga telah melarang tegas sebarang penyerupaan dengan golongan kafir walaupun hanya dari segi rupa dan bentuk”

3- Menurut beliau pihaknya turut menjadikan dalil surah Al-An’am ayat 153 yang bermaksud,
“janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain kerana jalan-jalan itu menceraiberaikan kamu dari jalan-Nya”  


4- Harussani berkata,
“Dalil al-Quran yang menjelaskan bahawa sesuatu perbuatan yang dilakukan mestilah dengan pengetahuan untuk mengelakkan diri daripada meniru-niru lebih-lebih lagi jika ia menyerupai acara penyembahan agama lain ”

5- Asas-asas lain digunakan Jawatankuasa Fatwa Perak ialah;

a- Setiap orang Islam diwajibkan meninggalkan setiap perkataan dan perbuatan yang mempunyai kesamaan dan penyerupaan terhadap amalan agama lain biarpun seseorang Muslim itu berniat baik untuk melakukan amalan tersebut atau ketika melakukannya

b- Nabi s a w memperingatkan umat Islam sentiasa mengelakkan diri dari melakukan perbuatan tindakan dan perlakuan yang menyerupai orang kafir

c- Kendati pun pelbagai nama panggilan atau sebagainya diberi kepada tarian dan senaman poco-poco dengan penjenamaan yang lain walhal pada hakikatnya ia sebenarnya tarian dan senaman poco-poco itu sendiri maka tetap diharamkan sepertimana sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah

d- Pengharaman berasaskan kaedah Saddu al-Dzarai’e - bermaksud menegah melakukan perkara yang harus kerana bimbang perkara itu membawa kepada yang haram Pelbagai kerosakan akhlak meliputi pergaulan bebas hiburan melampau peniruan budaya barat yang merosakkan telah menimpa kebanyakan umat Islam termasuk golongan wanita dan belia dan

e- Pengharaman berlandaskan alasan teliti dan cerma.

6- Harussani berkata,
“adalah lebih menyelamatkan keadaan sekiranya umat Islam menggunakan tarian atau senaman yang jelas cocok dengan agama budaya dan warisan bangsa sendiri daripada meniru dan memperlakukan sesuatu perbuatan yang boleh menimbulkan keraguan dan kecelaruan dengan syarat kita memelihara diri dari percampuran yang diharamkan batasan aurat dan larangan-larangan yang telah ditetapkan oleh syarak

“Sekiranya kita merasakan keperluan menonjolkan kesenian tarian dan senaman kepada generasi kita adalah lebih layak kita memperkenalkan semula tarian Melayu yang jelas tiada kaitan dengan sebarang unsur pemujaan dan keagamaan

7- Murtamatnya
“Atas asas yang demikian maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memutuskan bahawa tarian dan senaman poco-poco adalah haram ”

April 05 2011 KUALA LUMPUR  —
Di petik dari Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment