Multiple Pages

06/04/2011

PAS Perlis Mengaku Dan Memohon Maaf Atas Kematian. Adakah ia kes Membunuh oleh Pas?


Oleh : HHalem
 Allahyarham Adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee 7 tahun - Al Fatihah

1- Peristiwa kematian pelajar 7 tahun di Sekolah Rendah Islam Al-Furqan kelolaan Parti PAS di Jejawi Perlis telah dipolitikan oleh pihak Pas setelah memohon maaf kepada rakyat Malaysia diatas kapasiti Pas Perlis.


2- Sepatutnya Pas Perlis tidak harus langsung mempolitikan isu tersebut dengan meminta maaf atas nama Pas.

3- Memohon maaf atas kapasiti sebagai Guru Warden dirasakan lebih elok kerana ia berlaku di sekolah, bukannya mati di markas Pas. Lain lah jika sekolah ini adalah markas Pas. Adakah sekolah telah dijadikan markas untuk melatih kanak-kanak dari peringkat awal lagi? Latihan untuk apa?  

4- Kerajaan wajib siasat sekolah tersebut yang berkemungkinan mendera kanak-kanak atau lain-lain aktiviti yang bercangahan dengan undang-undang, mana kita tahu!

5- Dengan itu maka akan tamatlah riwayat sesiapa yang akan dikambinghitamkan oleh Pas atau mungkin juga Pesuruhjaya Pas Perlis merangkap ADUN Sanglang, Hashim Jasin, yang akan tersungkur kerana tersilap langkah mempolitikan isu tersebut dan mendedahkan bahawa Sekolah Rendah Islam Al-Furqan adalah markas operasi Pas untuk melatih kanak-kanak.

6- Kita turut simpati atas apa yang berlaku dan mudahan Allah mencucuri rahmat terhadap Saiful Syazani.

"Keadilan Harus Di Cari"

"Jagan Hanya Di Istihar Tidak Siuman, Maka Guru Pembunuh Tersebut Di Bebaskan. Malaysia Bukan Seperti Amerika"

....Petikan Bernama...
Pas Mohon Maaf Kematian Saiful Syazani


KANGAR, 5 April (Bernama) -- PAS Perlis memohon maaf kepada rakyat Malaysia ekoran kematian seorang pelajar tujuh tahun dua hari lepas yang dikaitkan dengan tindakan hukuman seorang ustaz yang berlaku di Sekolah Rendah Islam Al Furqan kelolaan parti itu di Jejawi dekat sini.



Pesuruhjaya PAS Perlis Hashim Jasin berkata pihaknya juga memohon maaf kepada kaum guru berhubung peristiwa yang telah mencalar imej dan persepsi umum terhadap warga pendidik.

Saiful Syazani Saiful Sopfidee meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar pada Ahad selepas dipercayai dipukul seorang ustaz yang juga warden asrama sekolah itu pada Khamis ketika menyiasat kes kecurian.

"Kejadian ini sesuatu yang amat memeranjatkan setelah lebih 25 tahun mengelola institusi pendidikan milik parti," katanya selepas menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis di sini Rabu.

Hashim, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sanglang berkata PAS Perlis berharap proses siasatan dan perbicaraan dilaksana secara rapi dan mendalam bagi menegakkan keadilan kepada semua pihak terbabit.

Pengerusi Lembaga Tadbir sekolah itu, Rus'sele Eizan berkata, pihaknya telah mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan semua institusi pendidikan milik parti itu beroperasi dalam suasana pembelajaran yang selamat dan lancar.

Ketua Umno Bahagian Arau Datuk Seri Shahidan Kassim berharap sekolah agama rakyat seperti itu melantik hanya guru-guru bertauliah bagi mengelak kejadian seumpama itu daripada berulang.

"Setiap guru yang dilantik perlu melalui proses latihan perguruan meskipun mereka memiliki kelayakan akademik yang tinggi," katanya.

1 comment:

  1. latih apa lagi.latih supaya benci kerajaan la ni.

    ReplyDelete