Multiple Pages

13/04/2011

Papa Gomo Di Soal Siasat Lagi Di Kapit. “Siot betul. Anwar Yang Sedap”


Oleh : HHalem


  
1- Demi perjuangan Papa Gomo rela di soalsiasat sekali lagi. Baca petikan dari AgendaDaily dibawah. Kita tunggu apa kata Papa Gomo, blogger kegemaran ramai, selepas ini.



...Petikan AgendaDaily...

Kalau ada sambungan video seks...aku siar juga kat blog aku

 Siot betul , Anwar yang ‘sedap’, aku pulak kena soal siasat,” itu reaksi blogger Papagomo kepada Agendadaily selepas selesai disoal-siasat buat kali kedua oleh polis berhubung penyiaran di internet klip video seks 1.47 minit yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Papagomo disoal-siasat selama dua jam bermula jam 8.00, Selasa malam di Ibu Pejabat Polis Dearah Kapit.

Menurutnya, beliau dihubungi oleh IPD Kuching untuk disoal-siasat kali kedua bagaimanapun kerana beliau berada di Kapit maka ianya dibuat di balai polis berkenaan. 

Beliau berada di Kapit kerana bergerak dari tempat ke tempat membuat liputan kempen pilihanraya negeri Sarawak.

Sebelum ini, beliau dipanggil dan disoal-siasat selama tiga jam di IPD Kuching.


Blog Papagomo adalah antara paling awal siar patuan youtube klip video 1.47 minit yang memperlihatkan babak ' pemanas badan' dan paras lelaki bertuala yang didakwa Anwar.

“Polis banyak tanya mengenai kesahihan video tersebut, dan apakah aku dibayar untuk menyiarkan cerita tersebut,” katanya.

“Aku jawab untuk lawan orang macam Anwar Ibrahim itu, tak perlu bayar, aku buat percuma sahaja,” katanya.

“Aku tak ada hal dengan polis, aku bagi kerjasama penuh, kalau lepas ini mereka panggil lagi, aku akan pergi, sebab mereka hanya jalankan tugas,”kata beliau.

Ditanya apakah beliau ‘serik’, katanya, “Aku lawan sampai habis, lepas ini kalau ada sambungan (video seks) aku siar juga kat blog aku, apa ada hal, aku yakin kebenaran akan muncul dan aku dipihak yang benar,” ujar beliau.

Papagomo merupakan satu-satunya blogger yang berpeluang melihat versi penuh rakaman video seks tersebut selama 22 minit.

Dalam satu temubual dengan Agendadaily selepas itu , beliau ‘ comfirm ’ 1000 peratus lelaki yang dilihatnya dalam video tersebut adalah Anwar .-13/4/2011


2 comments:

  1. 1000 bro! up sikit 1000000000 %! tiada orang lain melainkan lelaki Y itu je yg layak berlakon dalam filem panasss tu!!

    ReplyDelete
  2. Berapa banyak kosong daa:-)

    P. Ramle pun terkejuit:-)

    ReplyDelete