Oleh : HHalem
1- Cadangan dibuat supaya Eskay dan Wan Azizah dibuat ujian pembohongan untuk menentukan siapakah yang berbohong atau tidak didalam isu video skandal seks Anwar.
2- Soalannya berapa % kah ketepatan ujian pembohongan ini? Kita tunggu pakar-pakar lie detector membuat ulasan teknikal mereka. Ujian ini bukanlah muktamat penentu salah benar, ia merupakan salah satu ujian yang boleh membantu, diantara-antara banyak lagi ujian-ujian yang boleh dilakukan. Terdapat bukti-bukti berekod bahawa Penjenayah Agung dan Pembohong Agung lulus dan terlepas dari Ujian Lie Detector ini. Ia mungkin membawa kepada satu perkembangan menarik jika Wan Azizah ‘lulus’ ujian tersebut.
3- Cadangan tersebut cukup menarik, tetapi yang lebih menarik lagi ialah apabila pakar-pakar dan ulama-ulama Islam memberi ulasan mereka nanti. Kita tunggu nas-nas dan hadith-hadith dari mereka sebagai ilmu untuk kita pelajari. Paktua Kakak Tua Pok Nick juga kita nanti-nantikan. Kita tunggu ulasan-ulasan standard seperti, “ia tidak tercatit didalam Al-Quran dan tidak pernah digunakan oleh Rasullallah” dari pakar dan alim ulama Pkr dan Pas.
Dokumentari Lie Detector
No comments:
Post a Comment