Multiple Pages

25/04/2011

Pokok Pisang Rebutan:- Datuk Azizan-Datuk Bashah Pakat Berebut ‘Buah’


Oleh : HHalem
  “Lepas ni pakat lawan berebut Teloq Peliaq”

1- Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Datuk Ahmad Bashah Hanipah berkata, kerajaan negeri seolah-olah cuba menumpang nama atas usaha yang dilakukan oleh kerajaan Pusat menerusi agensi-agensi berkaitan.

“Kerajaan negeri mahu menjadi Belanda Timur tetapi tidak pernah pun terlibat dalam memacu pertanian sebaliknya hanya menumpang kejayaan petani yang dibantu agensi Pusat,”

2- Datuk MB Azizan pula berkata,

“..beliau mahu melawat projek-projek pertanian yang berjaya atas usaha kerajaan negeri Kedah.”

3- Itulah perangai onak, dengki dan muslihat Datuk Azizan yang hendak menutup kemaluan dan pekong kerana gagal memerintah Kedah. Gagal menunjukan prestasi menerajui Kedah, beliau membuat onak dan ranjau keatas hak kerajaan pusat supaya terus jahanam.

a- Setelah Kolej Islam (KUIN) gagal sehinggakan di Bom Molatov beliau kacau bilaukan Universiti Utara dengan helah Tanah dan Air. Bom Molotov>

b- Setelah Rumah Rakyat Termiskin gagal di penuhi, beliau kacau bilaukan KEDA>.

c- Sekarang setelah gagal jadikan Kedah seperti Belanda Timur, beliau berebut buah pisang dengan Bashah.

d- Agak-agak apa yang akan direbutkan oleh Azizan selepas ini?


“Pakat lawan berebut. Rakyat apa dapat? 

Padan muka sapa undi Pas!

“Aku teringat kawan taksub Pas, akhir 80an dulu. Lebuhraya, Titi Penang pakai duit haram. Buka sahaja lebuhraya di Gurun dan Titi Penang, dia yang pi masuk dulu dengan penuh bangga”


...Petikan sumber...


Kerajaan negeri cuba tumpang nama

Ahmad Bashah Hanipah (tengah) bersama Abdul Azeez Abdul Rahim (dua dari kiri) mendengar penjelasan Suraidi Ahmad (kanan) mengenai Projek Tanaman Pisang Berangan di Kampung Ulu Legong, Baling, kelmarin.



BALING 23 April – Kerajaan Pas Kedah diselar kerana beria-ia mahu menjadikan Kedah sebagai Belanda Timur tetapi hakikatnya ia tidak berbuat apa-apa untuk meningkatkan sektor pertanian di negeri ini.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Datuk Ahmad Bashah Hanipah berkata, kerajaan negeri seolah-olah cuba menumpang nama atas usaha yang dilakukan oleh kerajaan Pusat menerusi agensi-agensi berkaitan.

“Kerajaan negeri mahu menjadi Belanda Timur tetapi tidak pernah pun terlibat dalam memacu pertanian sebaliknya hanya menumpang kejayaan petani yang dibantu agensi Pusat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas usaha Menteri Besar Kedah yang mahu melawat projek-projek pertanian yang berjaya kononnya atas usaha kerajaan negeri Kedah.

Ahmad Bashah ditemui selepas melawat Projek berkelompok Tanaman Pisang Berangan oleh penduduk Ulu Legong dekat sini semalam.

Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bayu, Azmi Che Hussin.

Tambahnya, semua bantuan untuk projek pertanian disediakan oleh agensi Pusat seperti Jabatan Pertanian tetapi apabila sesuatu projek itu berjaya, kerajaan negeri tanpa segan-silu mengaku ia disumbangkan oleh mereka.

Beliau turut mendedahkan langkah kerajaan negeri mengadakan bancian mengenai jumlah pokok yang mampu mengeluarkan hasil.

“Apakah tujuan bancian ini? Adakah semata-mata mahu mengumumkan negeri ini mempunyai jumlah pokok buah-buahan yang banyak sebagai membuktikan Kedah kini memiliki pengeluaran yang besar?” ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Projek Kelompok Tanaman Pisang, Suraidi Ahmad, 40, mengakui ada usaha pihak tertentu yang mahu mengakui projek itu satu kejayaan kerajaan negeri.

“Sedangkan apa yang diusahakan ini atas usaha kami sendiri dengan bantuan agensi kerajaan Pusat,” katanya.

Kata Suraidi, adalah tidak adil untuk pihak berkenaan mengakui projek itu adalah usaha sama dengan kerajaan negeri, sedangkan peserta bersusah payah mengusahakannya.

1 comment:

  1. Kemahiran berceramah adalah penting semasa untuk menambat hati pendengar tetapi sesudah pendengar tertambat mereka perlukan kemahiran pelbagai yang dimiliki oleh penceramah yang apabila dipraktikkan mampu memakmurkan para pendengar berkenaan.

    Apa yang melata tidak begitu. Sesudah para pendengar ditambat hatinya mereka terus disuap dengan kempen-kempen seolah-olah itu saja keperluan asasi mereka. Tanpa adanya kesedaran bahawa kemakmuran tidak datang bergolek maka selagi itulah politikus mukmin melebihkan upaya oratori berbanding upaya menyeluruh.

    ReplyDelete