Multiple Pages

21/04/2011

Video Seks Anwar:- Pakar Korea SAH Pelakon Adalah Anwar


Oleh : HHalem

Video Sumber Dari PadiJantan
Teks Sumber Dari Aidc > dan Berita Harian>

Sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan yang menganalisis rakaman video seks seorang lelaki didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan wanita dipercayai warga asing, mendapati pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Ketua Pembangkang berkenaan berdasarkan perincian saiz tubuh beliau dalam rekod polis.

Keputusan analisis visual dan teknikal video berkenaan diperoleh oleh pasukan penyiasat khas yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani pada 10 April lalu selepas menghantar sampel rakaman berkenaan kepada agensi itu pada 4 April.

Difahamkan antara kaedah yang digunakan bagi membantu siasatan dan pengecaman individu dalam rakaman itu ialah melalui sistem biometrik (mesin imbasan diri berkomputer)

“Polis hanya menjalankan siasatan bagi mengenal pasti keshahihan sama ada lelaki dalam rakaman itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim atau bukan”, katanya semalam.

Katanya, siasatan polis tidak terlalu memfokuskan pada isu jam tangan Omega, dipercayai milik Anwar yang ditemui dalam bilik video berkenaan dirakam, tetapi setakat ini ia dikesan dibeli di Taiwan pada tahun 2004.

“Isu jam itu tidak begitu penting. Namun berdasarkan pemeriksaan dengan wakil pengedar di Taiwan, ia hanya mula merekodkan identiti pemilik pada 2008. Justeru, jika ia dibeli pada 2004, amat sukar untuk polis mengenal pasti pemiliknya, kecuali pemilik sendiri secara sukarela mendaftarkan jam itu,” katanya.

"Patut lah Anwar Cabut Keluar Negara Selepas Pilihanraya Sarawak. Dapat Maklumat Dalaman Rupanya"


No comments:

Post a Comment