Multiple Pages

21/04/2011

National Union:- Pendapatan Tak Bermoral CEO Maybank RM391,416.67 Sebulan. Jagan Jelous

Oleh : HHalem

  
1- National Union ni pun satu hal. Kenapalah nak dibandingkan dengan pendapatan CEO Abdul Wahid Omar tu. Biar pi ke dia ler! Pendapatan CEO mananya nak sama dengan pendapatan kerani bank. Ikut gaji dan pendapatan di pasaran udah ler.


2- Kemudiannya National Union memanggilnya pulak “Pendapatan Tidak Bermoral”

3- Ini jawapan DS Najib kepada mereka-mereka yang ragu-ragu dengan gaji CEO-CEO yang menguruskan kewangan yang berbillion-billion, bukannya State Link Company yang ciput-ciput celah gigi seperti di Kedah dan Kelantan.
  • “Jumlah ganjaran yang diberikan adalah berpandukan kepada garis panduan di bawah ‘Buku Biru-Meningkatkan Prestasi Pengurusan’ terbitan Jawatankuasa Putrajaya bagi Prestasi Tinggi GLC (PCG). 
  • “Ganjaran yang diberikan CEO GLC dikira setimpal dengan sasaran yang diberikan kepada mereka dalam bentuk KPI (Petunjuk Prestasi Utama) serta pelbagai sasaran lain yang telah ditetapkan untuk mentransformasi GLC-GLC ini menjadi syarikat yang berprestasi tinggi,” kata Najib dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat.

...Petikan Umno-online....................
6 April 2011 – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata KetuaPegawai Eksekutif (CEO) syarikat berkaitan kerajaan (GLC) secara keseluruhannya menerima ganjaran dan pendapatan yang lebih rendah atau setara dengan rakan sejawatan mereka di syarikat-syarikat swasta lain.
Perdana Menteri berkata pakej ganjaran yang diberikan kepada pegawai kanan GLC ditetapkan berdasarkan kepada pengalaman serta kepakaran masing-masing, di samping prestasi yang ditunjukkan.
“Jumlah ganjaran yang diberikan adalah berpandukan kepada garis panduan di bawah ‘Buku Biru-Meningkatkan Prestasi Pengurusan’ terbitan Jawatankuasa Putrajaya bagi Prestasi Tinggi GLC (PCG).
“Ganjaran yang diberikan CEO GLC dikira setimpal dengan sasaran yang diberikan kepada mereka dalam bentuk KPI (Petunjuk Prestasi Utama) serta pelbagai sasaran lain yang telah ditetapkan untuk mentransformasi GLC-GLC ini menjadi syarikat yang berprestasi tinggi,” katanya dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang ingin tahu senarai pegawai kanan termasuk CEO dalam syarikat GLC yang menerima elaun tahunan paling tinggi mengikut gaji dan bonus sejak tahun 2006.
Najib berkata Buku Biru itu antara lain menggariskan beberapa perkara bagi membantu GLC menetapkan rangka kerja ganjaran masing-masing seperti memastikan gaji asas adalah kompetitif dengan pasaran;  memastikan gaji asas mencerminkan prestasi individu dan menghubungkan bayaran bonus dan ganjaran lain kepada pencapaian atau penarafan masing-masing.
Selain itu, memastikan keseluruhan ganjaran adalah kompetitif dengan pasaran dan memberikan ganjaran dalam bentuk wang tunai dan atau saham, katanya.
Beliau berkata julat pendapatan tahunan CEO Maybank Banking Bhd (GLC) bagi tahun 2006 hingga 2009 adalah antara RM1.4 juta hingga RM4.9 juta, berbanding CEO Public Bank Bhd (bukan GLC) yang menerima di antara RM4.7 juta hingga RM6.1juta bagi tempoh yang sama.
Julat pendapatan tahunan CEO Tenaga Nasional Bhd (GLC) adalah antara RM0.8juta hingga RM1.4 juta berbanding CEO YTL Corporation Bhd (bukan GLC) yang menerima antara RM3.6 juta hingga RM10.2 juta, katanya.
Najib berkata CEO Malaysian Airlines System Bhd (GLC) menerima julat pendapatan tahunan antara RM0.9 juta hingga RM1.5 juta berbanding RM1.0 juta hingga RM6.0 juta yang diterima CEO Air Asia Bhd (bukan GLC).
“Bagi industri automotif, julat pendapatan tahunan CEO Proton Holdings Bhd(GLC) adalah antara RM0.5 juta hingga RM1.0 juta berbanding CEO Tan ChongMotor Holdings Bhd (bukan GLC) yang menerima antara RM4.5 juta hingga RM4.95juta,” katanya.
.....Umno-online

No comments:

Post a Comment