Oleh : HHalem
1- Berita menarik yang dipetik dari AgendaDaily mengenai komplot Kristain di Pulau Pinang ialah;
“SKMM (Suruhanjaya Komunikasi) sedang
menjalankan siasatan ke atas dua penulis blog yang dilaporkan memaparkan
artikel yang mendakwa ada ura-ura ingin menjadikan Kristian agama rasmi negara....SKMM
dijangka akan menghantar kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara untuk
tindakan lanjut selepas siasatan selesai” AgendaDaily>
2- Jelas dan
terang bahawa kemungkinan besar kedua-dua penulis blog tersebut yang
dimaksudkan ialah BigDog> dan Marahku>.
Mereka sedang disiasat dan laporan lengkap akan dihantar kepada Pejabat
Peguam Negara. Jika terdapat kes, Seksyen 233 Akta SKMM akan dikenakan
berdasarkan “jenayah siber dan yang
berkaitan dengan hasutan” kepada mereka berdua.
3- Adakah ini satu
tindakan yang wajar kepada mereka yang mendedahkan kerja-kerja bawah tanah yang mungkin mengugatkan keselamatan negara.
4- Ia lebih wajar
dilakukan berdasarkan nasihat dan titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah seperti yang yang dinyatakan oleh PerakToday,
‘Sebarang pengucapan yang
mahu mempertikaikan status agama Islam dan bidang kuasa Raja dalam hal ehwal Islam
perlu ditangani secara tegas dan pantas...kerana kerukunan hubungan di kalangan
rakyat pelbagai agama di negara ini boleh terjejas sekiranya status agama Islam
dipertikaikan’ PerakToday>
5-
Website-website yang dibawah perhatian SKMM ialah 503 portal. Adakah anda sebahagian daripadanya? >
No comments:
Post a Comment