Multiple Pages

17/05/2011

Sultan Telah Di Tahan Polis. Di Hadap Ke Mahkamah


Oleh : HHalem


1- Begini lah contohnya seorang Sultan yang telah kehilangan tahta kerajaan pemerintah setelah hilang kedaulatan dan tanah air untuk memerintah. Beliau menjadi buruan pihak polis kerana membentuk kerajaan tidak berdaulat di dalam buangan.

2- Beliau yang dimaksudkan ialah Datu Mohd Akjan Datu Ali Muhammad
yang ditabalkan sebagai Sultan Shariful-Hashim II, keturunan Paduka Mahasari Maulana Al-Marhum Sultan Shariful-Hashim yang memerintah di Daerah Sulu di Selatan Philipina. Beliau ditabalkan pada 2hb February 2011 dan keturunan Kesultanan Sulu yang ke 33, merupakan seorang rakyat Malaysia.

3- Kepada yang masih tidak faham apakah bersangkutan dengan Pakatan Rakyat dan Umno-BN; inilah contoh yang jelas bagaimana seorang Sultan atau Raja yang kehilangan kedaulatan untuk memerintah setelah disingkirkan melalui penjajahan atau di singkirkan oleh rakyat sendiri.

4- Ia berkemungkinan besar akan berlaku jika Pas-Pkr berubah haluan dengan meracuni fikiran rakyat supaya Republik Rakyat Islam Malaysia di bentuk. Atau Pkr-Dap mendesak supaya Republik Rakyat Malaysia di bentuk. Kita lihat sekarang bagaimana haluan tuju dan dasar pihak Pas-Pkr senantiasa berubah-ubah ikut sedap hati dan cita rasa pemimpin mereka. Apakah mereka tidak akan berubah di dalam masa 10 atau 20 tahun lagi?
  
“Renung-renung dan fikir-fikirkan lah”









Sumber berita MyNewsHub

6 comments:

  1. Salam bro..
    Penderhakaan terhadap sultan telah direncanakan dengan cukup bijak oleh DAP dalam pasca PRU12 dan dilaksanakan dengan begitu taat oleh PAS-PKR.COntoh terbaik adalah rentetan kejadian yang berlaku selepas tumbangnya kerajaan Pakatan di Perak. Begitu juga berlaku di Selangor yang beberapa kali cuba mmpertikaian kedaulatan titah Sultannya. Perkara ini cukup serius sebenarnya dan memberikan indikasi jelas bahawa DAP bukan sahaja ingin memiliki sepenuhnya Malaysia malah akan cuba menghapuskan kedaulatan raja raja Melayu. Dan perancangan mereka ini dilakukan oleh orang Melayu sendiri atas nama demokrasi dan hak rakyat. Namun kenyataannya,orang Melayu masakini sebenarnya hanya bergantung kepada Raja-rajanya utk mmpertahankan hak keistimewaan Melayu dan Islam..! Kerajaan yang ada sebenarnya hanya nyawa-nyawa ikan dan mampu ditumbangkan bila-bila masa kerana demi kuasa dan wang,segalanya mungkin. Kita mungkin bakal menyaksikan episod paksaan terhadap Raja-Raja Melayu untuk menandatangani perisytiharan Malayan Union berdekad-dekad lalu bakal berulang semula! Apakah selepas itu bakal tertubuhnya republik Malaysia? Dan akhirnya bergabung semula dengan republik Singapura..? Itulah objektif jangka panjang DAP & PAP.. Dimanakah melayu ketika itu?

    ReplyDelete
  2. Tuan Putra,

    Kenyataan Tuan memang tepat berdasarkan apa yg telah berlaku terhadap Sultan Melaka dan Sultan Temasik dimana kedua-duanya di guling oleh penjajahan British.

    Yang berbeza kali ini ialah ia akan dilakukan oleh DAP dengan pertolongan Melayu Pkr-Pas di atas tiket kehendak rakyat.

    Yang kita hairannya kenapa kah rakyat Pkr-Pas tidak nampak perkara ini.

    Zaman dahulu pun dikatakan Raja-Sultan tidak adil dan zalim oleh adik kpd sultan yang merebut tahta. Maka diminta bantuan British, Gee Hin dan Hai San untuk menolong berperang.

    Seperti zaman sekarang dimana Pkr-Pas meminta bantuan DAP untuk berperang dengan Umno yang dikatakan zalim memerintah rakyat.

    Akhirnya semua Melayu yg rugi. Kenapa rakyat Pas-Pkr tidak belajar dari sejarah?. Mungkin jawapannya mudah. Perlunya WAJIB BELAJAR MATAPELAJARAN SEJARAH di sekolah.

    Di harap belum terlambat lagi.

    ReplyDelete
  3. Bro..terima kasih atas ulasan terhadap komen hamba.. Cuma Mohon jangan dipangil 'Tuan Putra' lagi..Kita berdua sesama adalah hambaNya.Bersama menghamba diri dalam perjuangan agama dan bangsa melalui medium maya..
    Tahniah..Blog anda sarat dengan informasi dan meriah dengan cerita sensasi namun tetap berkualiti. Syabas!

    ReplyDelete
  4. Salam HHalim,

    I agak u terlepas satu perkara..

    Perintah tentera ala MAGERAN sahaja jawapanya.

    Lepas tu, kita pakai baju baru, seluar baru dan

    semua serba baru. Tutup cerita

    DINO Kedah

    ReplyDelete
  5. Tuan DINO Kedah (bukan Dino Kelang)

    Sebenaq nya paling sesuai sekali ialah
    cara IDI AMIN. Baru padan muka depa.

    Cara MAGERAN ni depa melampau.

    Majlis Gerakan Negara (Mageran) merupakan badan pentadbiran negara pada zaman darurat berikutan peristiwa 13 Mei.

    Mageran dipengerusi oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein. Jabatan Perpaduan Negara di bawah Mageran telah diwujudkan bagi menangani isu-isu pembinaan semula perpaduan masyarakat pada masa itu.

    Semasa pentadbirannya, Mageran telah membentuk prinsip Rukun Negara yang menjadi ideologi kebangsaa Malaysia sehingga hari ini. Mageran dibubarkan pada 1971 dengan pemulihan Parlimen.

    ReplyDelete
  6. Tepat dan padat ulasan2 diatas dan saya amat lega dan gembira dengan cadangan diatas untuk menubuhkan mageran sebagaimana Tun Razak laksanakan dulu...kalu berlaku perkara yang dibimbangkan itu dah tiada cara lain melainkan dengan cara itu saja basgi menyelamatkan bangsa kita dari hancur dan lebur....

    ReplyDelete