Multiple Pages

14/05/2011

Datuk Azizan Cukup Terhina. Pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar Kena Sita. Pekak Buta Bisu (PBB) Tahap Maksimum

Oleh : HHalem

  
1- Berita hangat menunjukan kebodohan yang paling ultimate sekali pentadbiran Datuk Azizan apabila Pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar di sita kerana tidak dapat membayar hutang.

2- Baca dibawah, dah tak sempat nak review kerana keghairahan yang memuncak. Teramat melucukan.

3- Tahniah kawan-kawan aku kat Aloq Setaq. Yang bestnya ada orang PKR didalam syarikat yang menyaman MBAS. Tentu PKR tidak akan akui.

“PKR Saman PAS”


...Sumber Berita Harian....

ALOR SETAR: Akibat gagal menjelaskan bayaran RM749,355 kepada sebuah syarikat pembekal peralatan penjimatan tenaga elektrik yang tertunggak sejak 2008, pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di Jalan Kolam Air, di sini, disita, hari ini.

Tindakan menyita premis MBAS yang turut menempatkan pejabat Datuk Bandar, Datuk Khazali Din, itu dilakukan kira-kira jam 1 tengah hari tadi selepas plaintif,  syarikat Veecan Management Sdn Bhd (Veecan) mendapat perintah Mahkamah Tinggi Alor Setar bertarikh 24 Mac lalu untuk menyita dan menjual harta MBAS.

Bagaimanapun, pelaksanaan writ sitaan dan penjualan harta MBAS itu disempurnakan hari ini.

Terdahulu, writ berkenaan diserahkan plantif yang diwakili Pengarah Urusannya, Datuk Ismail Said bersama peguamnya, Judy Toh serta bailif Mahkamah Tinggi Alor Setar, Hamid Man kepada Khazali.

Hamid kemudian melaksanakan perintah sitaan itu dengan merantai pintu masuk utama pejabat MBAS itu serta meletakkan pita halangan dan menampal notis sitaan yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi.

Mengikut writ tuntutan yang difailkan bertarikh 27 Julai 2010, plaintif menuntut bayaran tertunggak sebanyak RM672,992.47 serta faedah lapan peratus bermula daripada 30 September 2009.

Pada 14 Februari lalu, plaintif mendapat perintah penghakiman engkar pembelaan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi berikutan MBAS gagal memberi maklum balas terhadap tuntutan syarikat itu.
Ismail, ketika ditemui, berkata Veecan menandatangani kontrak dengan MBAS untuk memasang alat penjimatan tenaga elektrik di tiang lampu seluruh kawasan pentadbiran bandaraya ini pada 2008.

Mengikut perjanjian, MBAS perlu membayar jumlah penjimatan bil yang perolehi daripada pemasangan alat penjimatan tenaga elektrik itu kepada plaintif sepanjang tempoh lima tahun sebagai pulangan terhadap pelaburan yang dikeluarkan syarikat itu.

Bagaimanapun, katanya, defendan melanggar syarat kontrak apabila gagal membuat bayaran kepada plaintif bermula September 2008 hingga tahun lalu menyebabkan syarikat itu memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini.

Plaintif juga mendakwa sejak tuntutan itu difailkan defendan gagal menjawab tuntutan yang dikemukakan dan berikutan itu pihaknya mendapatkan perintah mahkamah untuk menyita harta pihak berkuasa berkenaan.

Sementara itu, Khazali berkata MBAS akur dengan keputusan mahkamah dan membayar jumlah keseluruhan yang diarahkan mahkamah.

Katanya, MBAS lewat membuat pembayaran kepada syarikat itu disebabkan beliau perlu mengambil masa untuk meneliti tuntutan berkenaan kerana ia membabitkan wang rakyat yang jumlahnya agak besar.

"Tambahan pula, plaintif tidak memenuhi beberapa terma dalam syarat kontrak apabila gagal menghantar invois dan laporan teknikal mengenai peralatan penjimatan tenaga itu setiap tujuh hari bulan pada setiap bulan kepada MBAS," katanya.
“Samy Vellu - Orang Gila Punya Kerja”

10 comments:

  1. Kalau tanya orang tua tu sahih dia akan jawab TAK TAU, TAK TAU, hangpa pi tanya depa.

    ReplyDelete
  2. org kedah panggil MB...MB...MOHONG BESAQ rupanya.

    ReplyDelete
  3. Mai cek oi mai cek maiiii... kaitaa ke negheghi kedah... Mai cek oi mai cek maiiii... azizan suudah gelabaaaahhh.... Kah Kah...

    ReplyDelete
  4. Lepas ni msti ada solat hajat menolak fitnah sita plak..ni mesti angkara najib gan rosmah kata pakcik jijan..

    ReplyDelete
  5. Konspirasi Najib dan Rosmah.

    Peringkat negeri.
    Mastermind oleh Mukhriz.
    Bashah tukang hantaq saman.

    ReplyDelete
  6. yang biasa di dengar alasan dari PR: Konspirasi Mahadzir,Najib,UMNO,Perkasa,Utusan dan TV 3.
    Jawapan objekfif.

    ReplyDelete
  7. Tok Li Tilong, awat jadi cam tuuuu...?

    ReplyDelete
  8. Hahahahahaha... Azizan mesti buka taichi mentadak dia lepas ni untuk putar alasan...

    ReplyDelete
  9. tula.. sita penjaja kecil sangat.. rasakan..

    ReplyDelete