Multiple Pages

14/05/2011

Video Bogel Anwar:- Setelah Di Hantar Ke Amerika. Sah Pelaku Adalah Anwar

Oleh : HHalem

Polis Negara -  “kalau dah video itu sahih, lain-lain tuan-tuan boleh buat andaian lah,"

Dalam makhamah nanti Polis jangan main andai-andai. Tak laku.


1- Nampak gayanya Pejabat Peguam Negara masih lagi tidak berpuas hati dengan Polis Diraja Malaysia dengan laporan yang mereka hantar terhadap pelakon utama di dalam video bogel Anwar Pandi Kutty dan mahu ia di uji sekali lagi di Amerika.

2- Ujian biometrik yang dilakukan di Korea Selatan dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia SKMM hanya mendedahkan bahawa pelakon “sepadan dengan Anwar berdasarkan perincian saiz tubuh”, tetapi tidak pada wajah Anwar.

3- Perkara sebegini jika di bawa ke makhmah akan di ratah hidup-hidup oleh Karpal Singh;  kerana perincian saiz tubuh Anwar boleh dibandingkan dengan berjuta-juta lagi tubuh badan di Malaysia.

4- Untuk mengelakan perkara tersebut dari berlaku, Ketua Polis Negara di nasihatkan oleh Ketua Peguam Negara supaya menghantar video tersebut ke Amerika untuk dibuat pengecaman muka dan ketulinan seterusnya. Ia juga sebagai pengukuhan bukti yang sedia ada. Pengecaman muka lebih mustahak dan pengecaman badan juga perlu sebagai sokongan.

5- Hari ini (13/05/2011), satu lagi berita susulan dikeluarkan oleh pihak polis menyatakan bahawa video yang di buat pengimejan di Amerika itu adalah tulin. Walaupun polis berdiam diri mengenai ‘wajah pelakon video’, tetapi memberi bayang-bayangan yang amat jelas.

6- Ini kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar,

“..polis telah kenal pasti siapa dia, tetapi later on  jika ada keperluan undang-undang untuk mendedahkannya, kita akan hebah, kita akan review..”

"Apa yang saya boleh katakan, kalau dah video itu sahih, lain-lain tuan-tuan boleh buat andaianlah,"

7- Suka pulak pak polisi ni dan disuruhnya dan digalakan kita membuat macam-macam andaian pula. Harap-harap pihak polis jangan main pakaian andaian sahaja di dalam makhmah nanti. Dengan hanya berdasarkan ketulinan video, maka andian dibuat oleh pihak polis bahawa itu adalah muka Anwar. Terus kes di tendang oleh hakim kerana tidak ada prima facie untuk membawa kes tersebut ke perbicaraan sepenuhnya atau perbicaraan sebenarnya.

“ Terjawab Segala Misteri...”
“Pelakon Video Bogel Adalah Anwar Pandi Kutty”

 

No comments:

Post a Comment