Multiple Pages

28/05/2011

Nik Aziz Restu Orang Kelantan Sahaja Pada Pemilihan Pas


Oleh : HHalem

1- Nik Aziz menyuarakan keperluan pemimpin dari negeri Kelantan supaya bertanding dan memegang jawatan di peringkat pusat pada pemilihan Pas nanti.

2- Ini menimbulkan pelbagai reaksi negatif dari kalangan ahli-ahli Pas kerana ini menunjuk terang-terangan orang yang Nik Aziz restu dan memberi sokongan. Nik Aziz berkata beliau menyokong penuh dua Exco Kerajaan Negeri Kelantan bertanding jawatan Naib Presiden, iaitu,

a- Datuk Husam Musa - Exco Kerajaan Negeri Kelantan
b- Datuk Mohd Amar Nik Abdullah - Exco Kerajaan Negeri Kelantan
c- Salahuddin Ayub - Ahli Parlimen Kelantan tetapi anak Johor.

3- Terang-terangan sifat kenegerian Nik Aziz amat menebal. Pejabat-pejabat kerajaan di Putrajaya akan dibanjiri oleh anak-anak Kelantan jika beliau berjaya menakluki Putrajaya.

4- Sehubungan dengan itu Nik Aziz menerima tempelakan dari Pengerusi JKuasa Pemilihan PAS,  Datuk Abdul Halim Abdul Rahman,

“Saya tidak rasa kenyataan Mursyidul Am PAS itu akan mempengaruhi pengundian. Ahli PAS ini bijak dan boleh berfikir,  jadi tidak mungkin mereka akan angkat dua wakil dari Kelantan untuk jawatan itu ”

5- Nampak benar dengan kenyataan Nik Aziz dan Datuk Halim ini membayangkan seolah-olah ahli-ahli Pas “selama ini tidak bijak dan tidak boleh berfikir dan mudah dipengaruhi oleh Nik Aziz”.

6- Pada pemilihan kali ini seramai 1 100 perwakilan akan memilih barisan kepimpinan PAS pusat manakala 750 perwakilan untuk sayap-sayap parti Islam. Keputusan pemilihan PAS pusat akan diumumkan pada 4 Jun manakala untuk sayap-sayap lain pada 2 Jun.

....Sumber utama The Malaysian Insider .......





2 comments:

  1. Kata tak melaungkan bangsa,!ini dah kira lebeh..agama di gadaikan,bangsa di pinggirkan,taksub kenegerian di dahulukan...memang dari dulu..macam tu.

    ReplyDelete
  2. orang kelantan mmg kuat semangat kenegeriaan tu yang nik aziz nak orang kelantan menang..kalau bole nak anak beranak dia pun menang

    ReplyDelete