Oleh : HHalem
1- Semalam Pengerusi
KITA Kedah, Zamil Ibrahim membuat tawaran kereta Rolls-Royce beliau sendiri berplet
KCJ 67, kepada sesiapa sahaja yang berani muncul dan membuktikan bahawa pelakon
video bogel Anwar adalah diri beliau sendiri dan bukannya Anwar. Cabaran ini
adalah untuk membuktikan bahawa Anwar adalah penipu dan bersandiwara apabila
mengatakan ‘ada-tanduk-dua-serupa’ beliau yang berlakon. Tawaran tamat pada 10hb June 2011>
2- Hari ini sekumpulan
Bloggers Bebas Kamikaze pula membuat tawaran susulan yang lebih berani mati dengan
menyatakan sanggup “berlari bogel sekeliling KLCC”. Mereka terdiri dari oleh Blogers
Kamakaze seperti berikut,
Gomo,
GAP, RBF, Parpu Kari, Pisau, Keris Putra, Gerakan Timur, Gelombang Rakyat,
Gelombang Wangsa Maju, Badut Rakyat, Malay Delima, Panglima Perang Cyber,
Bravehart, Padi Jantan dan ramai lagi.
“Kami Blogger sepakat bahawa jika ada yang tampil dengan membawa
lelaki lain selain dari Anwar Ibrahim maka kami semua akan "BERLARI BOGEL KELILING KLCC" Papa Gomo >
3- ‘Lafaz-niat dan aqat
kontrak secara bertulis’ mereka di catit oleh Papa Gomo di dalam blog beliau dan
ia tidak mempunyai time-frame. Oleh itu jangka waktu tawaran difahamkan akan
tamat apabila pihak Ketua Peguam Negara membuat pengumuman samada pelakon video
itu adalah Anwar atau tidak. Jika pelakon video didapati bukan Anwar, bermakna
Blogers Bebas Kamikaze tersebut akan menunaikan janji dan berlari bogel
sekeliling KLCC.
4- Penulis akan
menyambut seruan dan akan mewakili Blog HHalem, dengan berlari didalam katagori "ber-track short dengan tidak memakai bra dan ber-topless”.
“Masuk
didalam Guiness Book of Malaysia Records”
No comments:
Post a Comment