Multiple Pages

23/05/2011

Pendedahan:- MB Azizan Seleweng Duit Pusat. PAS Akui Kebenaran Dan Terperangkap


Oleh : HHalem

1- Utusan Malaysia melapurkan bahawa Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor mendedahkan bahawa Kerajaan Kedah menyalahgunakan dana untuk membaiki jalan negeri yang disalurkan Kerajaan Pusat.

Dana tersebut sepatutnya digunakan untuk menyelenggara jalan negeri tetapi telah diselewengkan untuk membiayai kos membina jalan-jalan baru di kampung-kampung.

"Di Kedah saya pasti perkara sebegini ada berlaku namun, saya masih belum menerima laporan lengkap mengenai perkara ini,"

“Kementerian akan mengkaji mekanisme baru yang akan digunakan untuk menyalurkan dana berkenaan bagi memastikan ia tidak disalahgunakan pada masa depan”

2- Kemudian bercakap selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Jerlun di Dewan SM Sains Kubang Pasu, Shaziman berkata,

"Rakyat tidak nampak perkara ini sebab ia tidak diterangkan dengan betul kepada mereka, jadi saya harap ahli-ahli UMNO dapat menerangkan perkara ini kepada rakyat,"

"Kita tidak mahu rakyat keliru mengenai hal ini kerana mereka akan anggap kerajaan negeri yang buat jalan baru untuk mereka sedangkan dana tersebut diberi oleh Kerajaan Pusat,"

“Kerajaan negeri Kedah yang ditadbir pembangkang jelas tidak berkemampuan untuk mentadbir negeri ini setanding dengan Barisan Nasional (BN)”

"Apa-apa hal mereka (kerajaan pembangkang) akan tuding jari kepada Pusat apabila ada masalah”

"Sampai sekarang kita tidak nampak apa pembangunan yang telah dibuat dan semuanya mereka harap kepada Kerajaan Pusat sahaja,"

3- Di bawah ini pengakuan benar oleh Pas Kedah mengenai peyelewangan dan salahguna duit Kerajaan Pusat yang dipetik dari lidah rasmi Kerajaan Pas Kedah.

Penulis berpendapat, Pas yang telah berpusing-pusing memberi alasan dan tidak mengaku kebenaran, akhirnya terperangkap dengan kata-kata mereka sendiri.

Pengerusi JKuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Dato Phahrolrazi Zawawi menafikan tuduhan Shaziman, tetapi mengakui wang yang diterima dari Pusat akan dimasukan ke dalam satu akaun, seperti amalan kerajaan BN terdahulu.

Phahrolrazi terlupa bahawa Kerajaan Kedah terdahulu adalah mesra—kerajaan-pusat, dan wang dari saku kanan dimasukan ke saku kiri dan dibelanjakan untuk kepentingan rakyat . Ia tidak akan menjadi masalah besar dan tidak berlaku tuduh menuduh seperti sekarang. Siapa punya wang, samada wang Pusat atau Negeri tidak akan dipertikaikan.

“Apabila akaun kerajaan negeri menerima peruntkan daripada kerajaan Pusat, wang tersebut sudah bercampur dengan wang sedia ada disebabkan Kedah tidak mempunyai akaun lain untuk membolehkan peruntukan tersebut diasingkan”

“Kerajaan Negeri membelanjakan bermacam-macam perkara sepanjang tahun, maka amat sukar untuk memastikan bahawa peruntukan tersebut digunakan untuk menyelenggara jalan negeri”

4- Sekali lagi Phahrolrazi terlupa bahawa beliau mempengerusikan Jkuasa Kerja Raya Kedah, maka beliau bertanggungjawab memberi arahan-arahan permintaan dan keutamaan pembinaan jalan di kampong-kampong. Samada kampong penghuni Pas atau kampong penghuni Umno akan di utamakan. 

5- Arahan berbunyi seperti, ‘jika tak cukup duit nak bina jalan baru, pakai dulu mana-mana duit yang ada, datang duit lain kita akan ganti’, selalu digunapakai. Itu adalah arahan standard yang digunapakai di mana-mana jabatan negeri atau pusat.

“Pas tidak bijak mengurus, akhirnya terperangkap”
"Boss JKR Kedah berada di JKR Pusat, mana Pas mau tipu"



2 comments:

  1. tak pe tipu je, tak pun belit je, lama-lama lidah terbelit kat leher baru tau langit tinggi ke rendah.

    ReplyDelete
  2. Siakap senohong,
    Ikan gelama berduri.......

    ReplyDelete