Multiple Pages

22/05/2011

PAS Cukup Bengang Di Perangkap Anwar. PAS Kena Kencing


Oleh : HHalem

1- Anwar Ibrahim sekali lagi memerangkap sahabat-sahabat beliau yang lalai untuk kepentingan peribadi politik beliau. Kali ini giliran Pas sekali lagi diperdayakan oleh Anwar didalam isu lesbian, gay, biseksual serta kecelaruan gender apabila bercakap bagi pihak Pas dan ‘menjual dan mempergunakan’ nama Pas dalam isu tersebut. 

2- Beliau mendakwa Pas yang selama ini memperjuangkan Islam tidak akan mendiskriminasi golongan songsang itu walaupun jelas gaya hidup sedemikian diharamkan oleh Islam. 

3- Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan editor Yahoo! Malaysia semasa muncul sebagai panel untuk segmen interaktif Yahoo! Malaysia ‘Question Time’ menerusi platform ‘Cover It Live’. 


4- Dibawah ialah soalan dari Yahoo Newsroom Malaysia

15- (Yahoo! Newsroom (Malaysia)

Lesbian, Gay, Bi-Sexual dan Transgenders (LGBTs). Adakah golongan ini tidak akan ditindas – hanya golongan ini dan bukan golongan minoriti yang lain – jika Pakatan akan mengambil alih Putrajaya? Adakah perkara ini akan berlaku jika PAS adalah sebahagian daripada kerajaan persekutuan?

Anwar Ibrahim: Kami ambil berat terhadap institusi keluarga dan perkahwinan. Namun, kami tidak sepatutnya mendiskriminasi mereka. Jawapan adalah menerusi pembelajaran dan PAS menyetujui pandangan ini.

5- Lihat bagaimana Anwar ‘menjual dan mempergunakan nama Pas’ dengan sewenang-wenangnya untuk menghalalkan Lesbian, Gay, Bi-Sexual dan Transgenders; dan untuk memperkukuhkan dan memberi keyakinan kepada pengikut beliau. 

6- Jika kita masih ingat Anwar juga tidak ragu-ragu menyebut nama ulama-ulama terkenal seperti Dr Asri, Dr Wahbah dan Syeikh Yusof Qardawi untuk menghalalkan perbuatan liwat, video bogel dan pluralisme agama beliau. Lihat Chat beliau seperti di bawah. 

47- Comment From PK 

Adakah betul dakwaan yang mengatakan Dato seri bersetuju dengan fahaman pluralisme dan bersetuju dengan tindakan Lina joy untuk keluar Islam ats nama kebebasan beragama??


Anwar Ibrahim:Percubaan juak UMNO untuk memfitnah termasuk menteri agama. Syeikh Yusuf Qardawi sedia jadi saksi seandainya saya didakwa dalam isu ini. Kita tidak menggalakkan atau meremehkan soal aqidah tetapi kita juga tidak boleh memaksa.


7- Selain itu kita juga pernah disajikan bagaimana Anwar mengarah pertemuan dengan Arwah Tun Ghafar Baba pada Hari Raya di rumah beliau di Melaka. Kemudian nya ‘pukul canang membohong’ dan heboh se Malaysia bahawa Tun Ghafar ingin berjumpa Anwar untuk meminta maaf kepada beliau. 

8- Banyak kisah-kisah bagaimana Anwar mempergunakan dan menjual nama Tun Mahathir. Terbaru kita di maklumkan oleh TS Rahim Thamby Chik bagaimana Anwar mengarah beliau untuk berhenti dari jawatan Ketua Menteri Melaka, konon nya di atas arahan Tun Mahathir. Setelah TS Rahim berjumpa Tun Mahathir untuk pengesahan maka ternyata bahawa ia adalah tipu helah Anwar. Tetapi ia telah terlambat. 

9- Berbalik kepada Pas telah menyetujui pandangan Anwar terhadap menghalalkan Lesbian, Gay, Bi-Sexual dan Transgenders; di beritakan banyak pihak didalam Pas telah bengang dengan kenyataan Anwar itu. Lihat tulisan Duke of Umno >

3 comments:

  1. elok sangat la tu dulu karpal pusing cakap langkah mayat dia dlu sekiranya pas nak jadikan negera islam sekarang anwar pulak kencing atas kubur PAS,memang 3some punya pakatan

    ReplyDelete
  2. tiada paksaan dlm beragama. itu sudah cukup jelas dan mudah. Islam itu mudah. kenapa kita nak merumitkannya.

    saya bukan lah peminat dsai, tapi urusan agama ni memang tiada paksaan. kita berserahlah kepada TUhan. adakah kita tidak yakin dgn NYA?

    ada yang kita boleh urus, ada yang tak mampu kita urus. kita jgn bercakap seolah olah Tuhan itu perlu kita pertahankan? sebenarnya Tuhan itu mahakuasa dan dialah yang mempertahankan kita.

    ReplyDelete
  3. betul tiada paksaan dalam agama islam, tetapi kita wajib mempertahankan kesucian islam... mahukah anda mengaku bahawa agama islam adalah sama seperti agama yang lain... yang sebenarnya islam menggalakkan kita menghormati agama lain tetapi jangan sampai agama kita disamakan dengan agama lain... jangan bawa fahaman liberal/plural anda itu didalam kehidupan kita.. dan disebabkan yakin padaNya lah kita wajib mempertahankan segala yang wajib keatas kita sbg muslim... habis, kenapa turunnya Al quran jika saudara jika saudara berkata saudara berkata seperti kita tidak perlu mempertahankan Allah dan islam?

    ReplyDelete