Multiple Pages

18/05/2011

Video:- Komplot DAP Penang. Setelah DAP BM Akui Kebenaran. Akhirnya DS Hisham Berfikiran Waras

Oleh : HHalem


  

Mark 00:50 – Isu Komplot DAP Penang
Oleh kerana DS Hisham telah berfikiran waras dan sudah tidak beremosi, maka diminta lain-lain penguatkuasa kerajaan juga jangan terburu-buru mengambil tindakan kepada ke dua-dua blog dan Utusan > yang telah menolong mendedahkan kerja-kerja bawah-tanah DAP di Pulau Pinang.

Kerja-kerja pendedahan rumit ini telah dilakukan sendiri oleh bloggers bagi pihak polis dan KDN yang senantiasa sebuk dan tidak dapat mengesan kerja-kerja licik bawah tanah DAP.

Ahli DAP Bukit Mertajam sendiri berkata perkara ini benar (Mark 01:00)

Penang adalah “Underground Hub” atau 
“Pusat Kegiatan Bawah Tanah DAP”


....Petikan Bernama....


Kerajaan Tidak Boleh Terburu-buru Tangani Isu Manipulasi Agama


SELAMA, 17 Mei (Bernama) -- Kerajaan tidak boleh terburu-buru menangani isu manipulasi agama bagi mengelak berlakunya implikasi yang lebih besar, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata kerajaan perlu berhati-hati supaya tidak terperangkap dalam 'permainan jahat' pihak tidak bertanggungjawab.

"Kerajaan tidak boleh terburu-buru, sebaliknya perlu mengikut segala prosedur bagi mengelak implikasi yang lebih besar...kita tidak menghadapi masalah untuk membuat tangkapan tetapi perkara ini perlu dilihat secara menyeluruh,"

Katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Larut di sini.

Beliau berkata pihaknya perlu berhati-hati kerana tindakan penahanan pihak berkuasa merupakan strategi mereka untuk menimbulkan simpati rakyat.

Pada sidang media selepas itu, beliau meminta supaya semua pihak tidak terlampau beremosi dalam membincangkan isu mencabar kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara seperti diperuntukkan Perlembagaan negara.

Hishammuddin berkata daripada laporan polis yang diterima, setakat ini masih sukar menentukan siapa yang benar atau sebaliknya dalam perkara terbabit.

-- BERNAMA

2 comments:

  1. Aku konpius dgn polis yang bukan melayu, lebih2 lagi cha ya nun alif. sbb aku dpt info diorg tak bg maklumat tepat berkaitan organisasi bangsa diorg.. betul ke?

    ReplyDelete
  2. Itu sbb Orang Keturunan Pendatang beruniform di curigai tentang ketaatan mereka.

    Benar atau tidak?

    Simple saja.

    Adakah Petugas Beruniform Melayu akan mendedahkan perancangan orang melayu kepada Bangsa Lain.

    ReplyDelete