Multiple Pages

12/05/2011

Wan Azizah Tertekan Batin. Perlu Rawatan Pakar Segera

Oleh : HHalem

 Hidup Seperti Dalam Penjara

1- DS Wan Azizah mengaku tidak sanggup lagi berhadapan dengan fitnah yang menimpa suami beliau dan keluarganya.  Beliau tidak sanggup lagi menahan tekanan ekoran pelbagai tohmahan dan cercaan yang dilemparkan terhadap Anwar sehingga menyebabkan anak-anaknya juga terpaksa menanggung derita.

“Sudah, sudahlah memfitnah suami saya. Kami sekeluarga cukup terseksa dengan apa yang berlaku. Sudah sekian lama ia berlarutan hingga satu persatu dugaan muncul. Dari anak-anak kecil hinggalah besar.

“Walau apa sekalipun, kami tetap terima sebagai ujian Allah. Memang saya berasa sungguh sedih. Kalau hendak attack (serang), janganlah attack saya atau anak-anak. Sebaliknya lawan melalui isu, bukan menyerang secara peribadi.

“Apapun berlaku kita sebagai wanita dan isteri tetap kena bela suami. Ia satu pahala yang sangat besar ganjarannya. Bila kita difitnah, kita dapat pahala,” katanya.

2- Pada mulanya Wan Azizah berasa sebak, sedih, hiba, sayu dan tidak sanggup lagi menahan tekanan, tetapi kemudian bertukar aggresif ketahap garang dengan berkata,

“Memang saya rasa sedih dan sebak tetapi kenapa saya nak bersedih pasal kenyataan orang lain. Anwar suami saya. Saya lebih kenal dia siapa kerana kami telah hidup bersama berpuluh tahun lamanya,” 

3- Jelas fikiran Wan Azizah sudah bercelaru dan berkecamuk dan mengalami sakit ‘split personality’ atau ‘Dissociative Identity Disorder (DID)’ yang boleh di anggap kronik. Sila tanya Pakcik Google maksud DID. Beliau telah bercelaru didalam setiap ucapan beliau diantara pertimbangan disebagai seorang ibu, seorang isteri, seorang Presiden PKR. Juga bercampur aduk dengan Anwar Pandi Kutty sebagai Penasihat PKR, sebagai suami dan sebagai bapa. Wan Azizah cukup-cukup bercelaru semenjak pulang dari Serawak.

4- Wan Azizah turut celaru dengan mengajak pengkritik Anwar (suami, bapa, penasihat beliau), “lawan melalui isu, bukan menyerang secara peribadi”

5- Wan Azizah lupa bahawa ‘peribadi’ yang beliau sanjung itu lah bakal menjadi President Republik Rakyat (Islam) Malaysia. ‘Individu’ ini telah dimilik negarakan oleh rakyat, maka hal peribadi beliau mencerminkan peribadi rakyat.

“Adakah kita mahu Malaysia menjadi ‘Gay Hub’ di rantau Asia”

Sumber utama dari Sinar Harian