Multiple Pages

16/06/2011

Kartun Kekeliruan Kes Rogol Di Tafsir Menghina Islam. Lawak Malam Pagi.

Oleh : HHalem


1-  Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir , Yang Dipertua , Persatuan Ulama Malaysia (PUM)  telah meminta pihak berkuasa  mengambil tindakan kepada pelukis kartun bertajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' lukisan ‘Miko’ yang disiarkan di Utusan Malaysia hari ini supaya diheret ke mahkamah kerana menghina Islam.

“Kita syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini didakwa atas penghinaan ke atas Islam,"

2- Jika Sheikh Halim menyatakan kartun tersebut menghina Islam, ini bermakna orang yang asal mengeluarkan ungkapan tersebut telah juga menghina Islam. Ia pertama kali diucapkan oleh Hadi Awang, maka Hadi Awang harus juga di dakwa.

3- Pelukis ‘Miko’ dan bloger-bloger yang lain hanya mengulangi ungkapan yang di ucapkan oleh Hadi sebelum ini. Ia berasal dari Hadi maka Hadi sendiri perlu diseret ke mahkamah dan meminta maaf kepada orang ramai. Antara dialog yang dikatakan menghina Islam yang berasal dari Hadi ialah;

“Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya Besi.”

4- Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Aizat Baharuddin memang benar apabila beliau sendiri merumuskan bahawa;

“Kartun tersebut juga menggambarkan bahawa golongan agamawan begitu jahil dan tidak serius berbanding pihak polis,"

Ungkapan Aizat di atas rata-rata mengambarkan kebenaran dan anggapan orang-orang Pas sendiri terhadap golongan agamawan Pas yang sememangnya jahil dan pandang ringan apa yang keluar dari mulut mereka tanpa berfikir panjang. Kegemaran ulama Pas ialah bercakap suka hati dan kemudian mengharapkan orang ramai menerimanya bulat-bulat.
Sumber utama Malaysiakini>


Bandingkan dengan Kartun ini oleh Zunar Kartunis Pas di perolehi dari GAP> yang di rujuk oleh Anon 02:01.


MAHATHIR 'MUHAMMAD' dan ABDUL 'LAH' BADAWI

12 comments:

  1. Kalau utusan cepat je nak ambik tindakan. Kartun si Zunar kesayangan Haramkah tu tak pernah pulak dipertikaikan?

    ReplyDelete
  2. nak wak macamana... paku dulang serpih niee... try belek post GAP yang april 2011 : http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2011/04/kartunis-zunar-kalimah-allah-dan.html

    ReplyDelete
  3. Aku tak nampak kat mana dia hina Islam. Yang aku nampak kartunis tu hina Hadi. Dia hina Hadi tak salah, fasal Hadipun selalu hina orang. Atau YDP PUM tu sedara Hadi tak?

    ReplyDelete
  4. nak bagi persatuan ulamak ni pikir balik hal 4 saksi ni senang. Tanya balik,

    kalau tetiba bini, anak2 atau cucu2 perempuan ulamak2 ni tgh elok2 pergi pasar, pergi kuliah, tetiba dicolek dan dirogol, divideokan serta menjadi tatapan umum (Naudzubillah), adakah mereka akan berpegang pada 4 saksi juga untuk menghukum perogol ?

    Tak harus sesiapa pertikai kewujudan isu 4 saksi, tetapi jika berlaku perkara di atas (Naudzubillah), penggunaan 4 saksi walaupun benar tetapi tidak mendatangkan efisien.

    ReplyDelete
  5. dalam islam kalau berzina kena ada 4saksi..saksi tu kena yg boleh dipercayai..jgn supo puak2 mu..Allah tu ada..dia buat kuar dalil...Dia Maha Mengetahui

    ReplyDelete
  6. Dalam hukum Islam sebenar, jika tidak ada 4 saksi, mesti ada Qarinah yakni bukti2 lain seperti air mani, bulu. Rakaman video juga termasuk dalam kategori Qarinah.

    MORAL: HUDUD PAS BUKAN HUDUD ISLAM SEBENAR. PAS HANYA AMBIL HUKUM & HADITH SEKERAT-SEKERAT YANG HANYA SESUAI DGN KEPENTINGAN DIRI SEMATA_MATA.

    ReplyDelete
  7. Puak2 PASberg ni mmg begitu, terang2 Hj.Hadi kata cam tu. Nak samakan ngan Zunar yg jauh dah sombong dan terpesong.

    ReplyDelete
  8. korang ni semua mangsa2 yang terkeliru dgn kartun tu. Apa yang YDP Ulama tu takutkan dah terjadi.

    ReplyDelete
  9. masalahnya skrg kartunis ni menghina hukum hudud atau undang2 syariah islam. hukum hudud ini didatangi sumbernya dari alqurannulkarim iaitu kalam allah iaitu dr perintah dan ajaran allah itu sendiri.

    ReplyDelete
  10. hehehe...sngaja mnimbulkn isu2 yg kdg2 klakar didengar..tp x pa,ni tidk lain Allah nk bg rkyt mlysia sedar yg hukum2 ISLAM sprti hudud dll ad trmktub dlm al-quran..inilah hikmah disebalik pristiwa2 ini...hehehe..buat r lagi wahai UMNO/BN,,smga sume rkyt mlaysia lebih mmahami islam..tkut la tu ISLAM dh nk naik d mlysia..tnggu je la...-brsama menyokong ulama',smoga Allah slamtkn pimpinan PAS..drpd pnyokng PAS..

    ReplyDelete
  11. pandangan pelajar azhar

    "Bahkan kefahaman pelukis yang bertanggungjawab atas karikatur tersebut dengan agama Islam ternyata amat dangkal. Beliau keliru antara pensabitan jenayah zina dan jenayah rogol. Zina tiada unsur paksaan manakala rogol pula sebaliknya. Islam telah memperuntukkan jenayah rogol dengan cara pensabitan yang cukup berbeza dengan jenayah zina. Rogol tidak memerlukan empat orang saksi yang adil sebagaimana zina. Sebaliknya jenayah rogol hanya memerlukan qarinah untuk sabit kesalahan ke atas pesalah"

    ReplyDelete
  12. bongok punyerr kartunis dan blogger ni...zina ngan rogol pun tak boleh beza ke...rogol mane ade nak kene kemuka 4 orang saksi...ader pikir ke kalau 4 saksi soleh nak biar jer perempuan kene rogol macam tu....

    ReplyDelete