Multiple Pages

16/06/2011

Prof Samsul Adabi Mamat Amat Bacul, Jika Tidak Saman Suara Keadilan

Oleh : HHalem
1- Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat, amat kesal, kecewa dan sedih kerana beliau telah di fitnah oleh akhbar Suara Keadilan.

2- Bukan sahaja beliau amat kesal, malah Prof akan di anggap amat bacul jika tidak mengambil tindakan mahkamah jika terdapat segala bukti-bukti kukuh.

3- Ikuti jejak Ummi Hafilda yang menyaman Malaysiakini RM100 juta kerana memfitnah. Baginda Minda yang turut di saman oleh Ummi pula dah lari masuk lubang cacing kerana sehingga kini tidak dapat dikesan.

4- Saman Suara Keadilan sehingga terlondeh seluar.
  
  
PUTRAJAYA, 15 Jun – Seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah di sini hari ini kerana mendakwa akhbar Suara Keadilan memutar belit kenyataan beliau dalam penerbitan bertarikh 7 Jun.

Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata beliau membuat laporan polis itu untuk membersihkan namanya memandangkan beliau tidak mengeluarkan kenyataan seperti yang dilaporkan oleh lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau merujuk kepada laporan di muka dua akhbar berkenaan, bertajuk ‘Kerajaan Perpaduan Berkubur – Prof Samsul Adabi’ dan laporan muka depan bertajuk ‘Umno Putih Mata’.

Samsul Adabi berkata ketika mengulas mengenai pemilihan jawatan dalam PAS baru-baru ini, beliau membuat kesimpulan bahawa parti itu telah dikuasai oleh PKR daripada segi barisan baru penjawat jawatan dan ini menandakan kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Umno tidak akan menjadi kenyataan.

Ditanya tentang apa sebenarnya yang beliau katakan tentang Barisan Nasional (BN), Samsul Adabi berkata beliau percaya BN masih boleh menang besar dan selesa dalam pilihan raya akan datang sungguhpun tanpa sokongan PAS bagi menubuhkan kerajaan perpaduan itu.

“Bagaimanapun, apa yang dilaporkan adalah sebaliknya. Kenyataan seperti Umno putih mata dan akan berdepan kesukaran dalam pilihan raya umum ke-13… saya tidak kata begitu.

“Kenyataan saya telah dimanipulasi bagi menyokong ideologi mereka. Saya berasa kecewa dan sedih. Tidak wajar bagi sesebuah akhbar untuk berbuat begini kepada sesiapapun, terutamanya ahli akademik seperti saya,” katanya.

Mengenai sama ada beliau mahu akhbar terbabit memohon maaf, menarik balik artikel itu atau membuat pembetulan, beliau berkata setakat ini, beliau masih memikirkan langkah seterusnya yang akan diambil – bernama

No comments:

Post a Comment