Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

17/06/2011

Khairi Akan Di Tangkap Dan Di ISA Pada 9 Julai. KJ Menempah Maut.

Oleh : HHalem

1- Perkembangan yang cukup menarik telah berlaku mengenai perhimpunan haram Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai depan. Setelah berlaku cabar mencabar antara Mat Sabu Pas dan Ibrahim Ali Perkasa, kini muncul pula Ketua Pemuda Umno yang turut mencabar dan tidak mahu ketinggalan didalam perlumbaan.


2- Timbalan Ketua Polis Negara, DS Khalid Abu Bakar, telah memberi amaran akan membuat tangkapan pencegahan sebelum dan semasa perhimpunan BERSIH 2.0, tidak kira dari Perkasa, NGO atau Pas-Pkr-Dap, kerana ia akan mengganggu keamanan dan mencetuskan kekacauan. Permit perhimpunan tidak akan dikeluarkan sama sekali kepada mana-mana pihak sekali pun.

“Kita akan buat tangkapan pencegahan sebelum dan ketika perhimpunan itu jika mereka ingkar arahan polis (dan) meneruskan rancangan itu”

“Kita amat khuatir dengan keselamatan dan ketenteraman awam yang akan tergugat, dan aktiviti perniagaan terpaksa dihentikan ekoran daripada perhimpunan itu...Ini mengundang kebimbangan sekiranya berlaku pertembungan antara dua kumpulan,”  Malaysiakini>

3- TPM Muhyidin turut memberi amaran berikut;

Bersih adalah satu perhimpunan haram dan bertentangan dengan undang-undang”
 
4- Yang tengah menjadi hangat sekarang ialah Khairi Jamaludin (KJ) Ketua Pemuda Umno yang nampaknya degil dan ingin menjadi juara dan bintang. Ini lah satu-satu nya peluang yang tinggal untuk beliau menyinar sebelum PRU 13. Kedegilan KJ untuk menyinar menyerlah sekali apabila beliau berkata;

 “Kita sanggup menerima apa saja tindakan daripada pihak berkuasa, kita bertanggungjawab, kita tahu sekiranya tidak dapat permit tapi semua Pemuda UMNO hari ini kata kita nak buat, kita akan buatlah”

“Kalau tak ada permit maka kita terimalah apa saja tindakan daripada polis, kita berfikiran matang jangan pula kita kena tindakan kita kata kita tak tahu, kita tahu dan kita buat,” Agenda Daily >

5- Seolah-olah tidak cukup dengan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hisahmuddin Hussein turut memberi amaran keras kepada Khairi.

“Tak kira sama ada saya (Hisham) bekas ketua pemuda atau tidak, Pemuda mesti bersedia menerima akibatnya seperti yang saya hadapi ketika menjadi ketua Pemuda,...Kerana ia menyalahi undang-undang.”

6- KJ terus menjawap beriya-iya dengan angkuh-berani-sombong;

“Hisham boleh beri sebanyak mana amaran yang beliau mahu. Ini Malaysia baru. Kami mempunyai hak untuk berhimpun, dijamin oleh perlembagaan. Pemuda Umno tetap berarak pada 9 Julai ini. Itu sahaja,”

7- Penulis berpandangan, biar lah KJ teruskan hajat beliau, jika beliau berdegil dan hendakan-sangat,  supaya pentas sandiwara tidak berhenti begitu sahaja tanpa ada apa-apa tangkapan dilakukan. Nampak gaya nya pentas sandiwara di monopoli oleh KJ sekarang dan tenggelam perwatakan Ambiga, Mat Sabu dan Ibrahim Ali.

8- Biarlah KJ menjadi umpan memprovokasi supaya Mat Sabu dan Ambiga ditangkap dan di ISA-kan. Lain-lain penghasut utama seperti Anwar dan Kitsiang terus menikus dan melihat dari jauh bagaimana Melayu dengan Melayu bertempor sesama sendiri.

8- Silap haribulan KJ juga turut di ISA-kan dan itu lah yang beliau kehendaki sebelum PRU 13. Tetapi amaran Ketua Polis, Muhyidin Yasin dan Hisham hanya kepada perhimpunan BERSIH 2.0 sahaja, tidak pada perarakan menyokong SPR. Mungkin KJ akan terlepas dengan amaran ringan dan KJ terus akan di julang dan menjadi wira dan hero bangsa kerana keberanian beliau. Beliau akan bertanding sekali lagi pada PRU 13, menang dan mesti dilantik menjadi Timbalan Menteri. Mungkin dilantik sebagai Menteri Amaran mengantikan Hisham. 
Comments / Pandangan Melalui Facebook

12 comments:

  1. Pakcu Rantau Panjang17/06/2011, 23:41

    Salam buat tuan.

    Biar apapun yang di perkatakan namun arah tuju demontrasi yang sedang dirancangkan oleh pihak PAKATAN atau sanggahan demo dari PEMUDA UMNO nanti mempunyai agenda yang tersendiri. Cuma puak-puak ni yang lebih tahu.Siapa betul siapa salah tak penting bila dua keadaan yang berbeza pendapat maka jalan keluar adalah mengadu kekuatan ..itulah yang akan berlaku nanti.Agaknya inilah cara demokrasi moden....?

    Dan ramalan tepat tentunya menyusahkan semua orang dan perjalanan harian umun terganggu seperti peniaga,budak sekolah, pejabat dan sebagainya.

    Bila kerugian lebih banyak dari untung maka nyatalah bahawa tindakan yang dibuat nanti adalah satu perkara yang perlu difikirkan bersama.

    Cetusan demo kearah kerosakan biar apa fatwa sekalipun tentunya membawa keburukan.Maka kalau demo ini dibuat dari mana-mana parti politik maka tentunya ia adalah merupakan satu hasutan yang tentunya memberi lampu hijau kepada pihak keselamatn untuk bertindak. Jangan salahkan polis atau tentera jika itu yang tuan-tuan kehendaki.

    Pakcu pernah mengalami MAGERAN di Kelantan dan tahu kesan baik buruk selapas demo.
    Kalau tuan-tuan nak cuba juga terserahlah.....walahualam.

    ReplyDelete
  2. Kawan sokong KJ dan Ambiga di ISAkan. Tetapi sebelum tu simpan dua orang ni dalam satu bilik lokap yang sama untuk 2-3 hari. Amacam?

    Patut KJ desak Hisham tangkap dan ISAkan orang-orang yang nak buat perhimpunan tu, ni dia pulak nak ajak Pemuda UMNO jadi badut sarkis dia.

    KJ...lu patut pencen la, jadi dreber Pak Lah aje.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Pakcu.:-)

    Pandangan Pakcu yg sungguh bernas yg membenci rusuhan/demo/perarakan/serah memo.

    Penulis dibesarkan dgn pelbagai rusuhan. Tiada satu pun yg berfaedah.

    ReplyDelete
  4. Tuan Enal,:-)

    Benci benoo kamu dgn KJ.

    ReplyDelete
  5. Selama ini aku cukup meluat dgn KJ tatapi hari ini sebagai org lama Umno aku cukup berbangga dgn keberanian & semangatnya, ayuh KJ kalau pembangkang sudah menjual apa kita tunggulagi,dah lama dah orang Umno bersabar,tunjuk dkt depa kitapun ada teloq juga.

    ReplyDelete
  6. HH,
    Bukan benci...patut dia cari jalan macam mana supaya perhimpunan tu digagalkan diperingkat promosi lagi. Nanti kalau dah berlaku pertembungan tu yang bertembung Ahmad A dengan Ahmad B, Halem dengan Halim, kan ke sedih.

    ReplyDelete
  7. itu sifat berani pemuda umno..

    sikap ini akan menjadi dalam lipatan sejarah jika kj dipenjarakan...

    teruskan berjuang melayu...

    kita dari zaman british pantang di cabar...

    ReplyDelete
  8. Patutnya Menteri Amaran ni jangan tunjuk pondan sangat la. Sehari sebelum 9 Julai nanti, pi la tangkap sumbat bawah ISA semua yang akan sertai Bersih yang kotor bergelumang najis tu.

    ReplyDelete
  9. bro
    sebagai ketua pemuda......kene berani la....pemuda pon ada telor jugak.....sayap depan umno mesti berani......nak takut ape dgn isa...... duduk jail je kan......lead the group... make sure all pemuda bersikap cool je....
    kj will be fine......

    ReplyDelete
  10. Bila lagi Pemuda UMNO nak beraksi kalau bukan sbb isu ni? Kalau tak bertindak, nanti org kata KJ tak ada telurlah, kecutlah.
    Nak demo sanggah pun salah jugak..eh eh eh eh takdak yg kena langsung.

    For the first time aku sokong KJ. Sepatutnya demo sanggah ni nak kena selalu buat ikut mana puak2 PR buat.

    ReplyDelete
  11. Apa tujuan KJ sebenarnya? Nak membela & menyebelahi perjuangan Anu ke? Nak mess around with problem juga, your leader dah kata JANGAN, JANGAN lah!!! Banyak pencegahan cara lain boleh buat pe, prevention action is best!!! U cannot hide your hidden agenda KJ, looking very obvious lately on PRO-ANU. Turning your self sooo unfofular lah!!

    ReplyDelete
  12. Melayu memang selalu dikudakan oleh cindia.....

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog archive