Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

26/09/2012

AIR - Khalid Membentangkan 6 Pihak Yang Salah. Kecuali Beliau Sendiri.


Oleh: HHalem.
Salah orang itu-orang ini. Berbalas surat dengan Muhyiddin sana-sini.
Sudah kesuntukan masa sebab Pru13 sudah hampir.
Mungkin Khalid masih ada peluang lagi jika Pru Negeri ditangguhkan.

Setelah puas mengugut Kerajaan Pusat dengan pelbagai akta sana sini dan mengugut untuk mensabotaj projek pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat (Langat 2) yang akan diteruskan oleh Kerajaan Pusat, Khalid Ibrahim melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor akhirnya mengambil langkah untuk menjemput Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yasin untuk berbincang.

"Jemputan tersebut akan dinyatakan dalam surat balasan saya kepada Tan Sri Muhyiddin yang akan dihantar kepada beliau dalam masa terdekat ini," - kata Menteri Besar, TS Khalid.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

Pendedahan TV3. Mansur Timbalan KM Penang, Semakin Kuat Dan Di Sanjung Kerana Di Tangkap Menipu. (Video).


Oleh: HHalem.

Mendengar pendedahan audio menerusi Buletin Utama TV3 yang dirakam secara sulit, suara dan keluhan Mansor Othman terhadap DAP yang didakwa semakin bongkak dan angkuh disebabkan telah menang banyak kerusi dalam pilihan raya umum 2008, ramai orang Penang telah menyedari bertapa dusta dan autanya Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 Datuk Mansor Othman.

Mansur dilihat menjerat dirinya sendiri apabila rakaman percakapannya yang menggelarkan Ketua Menteri sebagai 'sombong dan angkuh' didedahkan.

Mansor membuat kenyataan mengina Lim Guan Eng apabila ditanya berhubung tuntutan DAP terhadap kawasan yang ditandingi PKR pada Mesyuarat Strategik parti April lalu.

Lihat kenyataan Mansor yang dipetik dari mStar seperti dalam TV3 :-

"Tidak tentu...belum finalized, dia very arrogant I tell you...
Cocky and arrogant. It's not easy. Now more arrogant.
Because dia menang banyak.
They are sure of winning 19 and they want more.”

"Because by two more they can form their own government
and they can, any two from us to be on their side
and abandon us out,"

Comments / Pandangan Melalui Facebook

24/09/2012

Ajaran Sesat Juruzon Mengorbankan 16 Anak Yatim Di Madrasah Al-Taqwa.


Oleh: HHalem.
Akibat Juruzon, 16 anak-anak yatim terkorban.

Agak memeranjatkan dan tidak terlintas langsung difikiran kita bahawa kisah tragedi tanah runtuh di Batu 14, Hulu Langat, Selangor pada 21 Mei 2011, tahun lalu, yang turut mengorbankan 16 orang anak yatim Madrasah Al-Taqwa, adalah merupakan pusat ajaran sesat.

Ini disahkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melalui penyiasatan mereka dan ajaran sesat tersebut dikenali sebagai ‘Ajaran Juruzon’.

Pengasas Madrasah Al-Taqwa adalah ketua ajaran sesat itu sendiri yang bernama Juruzon Bin Abd. Latif.

Laman rasmi JAIS telah menyiarkan kutbah Jumaat dimana sebahagiannya seperti berikut.:-

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah,

Comments / Pandangan Melalui Facebook

23/09/2012

Tun Mahathir – Soros Mahu Regime Change, Jatuhkan Najib dan Lantik Anwar Sebagai PM


Oleh: HHalem.
Malaysia perlu mengikut contoh Mesir dan menutup segera NGO/Suaram/Malaysiakini sebelum terlambat.
Tun Mahathir - "Kerajaan interim Mesir telah pun menghentikan kegiatan sesetengah NGO ini yang datang dari Amerika. Mereka ini sebenarnya dibiayai oleh kerajaan (Amerika), mereka pergi ke Mesir dan cuba mempengaruhi orang Mesir dan siapa-siapa yang hendak menghadapi pilihan raya. Mesir telah menghalang mereka daripada masuk campur (PRU)”

 ...................... 
Tun Mahathir telah diminta mengulas mengenai penyaluran dana asing kepada Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dari pertubuhan yang diasaskan oleh penyangak mata wang George Soros, iaitu :-

a- RM1.6 juta dari National Endowment for Democracy (NED) dan
b- RM845,835 dari Open Society Institute (OSI),

Ikuti apa kata Tun dibawah :-

Comments / Pandangan Melalui Facebook

Tunku Aziz - "Rasuah dalam DAP cukup teruk, fitnah tersangat kuat”. Datuk Ariff Sabri Bila Nak Keluar DAP.


Oleh: HHalem.


Siri jelajah Tunku Aziz bertajuk “The Days When We Were in DAP”.

Rasuah dalam DAP cukup teruk, serta fitnah juga tersangat kuat :-
DAP adalah pengamal rasuah paling dahsyat dan diakui oleh empat bekas ahlinya apabila mengambil keputusan untuk melancarkan siri ceramah bagi menjelaskan alasan mereka keluar dari DAP.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, rasuah adalah amalan yang diamalkan di dalam parti itu sedangkan pemimpin DAP sendiri asyik memperjuangkan anti rasuah.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

22/09/2012

Tunku Aziz - “DAP Bersifat Anti-Islam. Sungguh Biadap Mereka Ini”


Oleh: HHalem.
Ada hikmahnya Tunku Aziz berani masuk & keluar DAP.

Kita mungkin melihat DAP dari luar dan mengetahui keburukan DAP, tiada langsung kebaikan, hasil dari pembacaan dan sejarah-sejarah silam DAP yang tidak langsung membawa manafaat kepada orang-orang Melayu dan Islam. Ini adalah dari satu sudut pandangan.

Jika dari sudut lain, contohnya Malaysian Malaysia yang dianjurkan oleh DAP, mungkin anda tergila-gilakan DAP kerana terbayang-bayang manafaat besar darinya. Manafaat dimana penaklukan sepenuhnya terhadap kebudayaan Melayu dimana hak kesamarataan hak menjadi idaman.

Bagi Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim pula, beliau seorang yang cukup berani kerana sanggup dan bersedia melihat DAP dari dalam yang mana kita bukan sahaja tidak mampu lakukan malahan tidak akan melakukannya sama sekali.

Sebelum ini, Tungku Aziz telah diberi jawatan boneka politik yang cukup menarik iaitu Naib Pengerusi DAP sebagai umpan denak untuk menarik orang-orang Melayu menyertai DAP.

Betul bagai dikata, berdasarkan sejarah silam, kesudahannya Tunku Aziz menemui ranjau dan duri didalam rumah DAP dan akhirnya lari keluar.

Akhirnya selepas tersedar, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz bersedia menjelajah ke seluruh negara bagi membuka minda rakyat, khususnya penyokong pembangkang supaya membuat keputusan tepat pada PRU-13 nanti.

Lihat apa kata Tunku Aziz dibawah mengenai DAP.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

21/09/2012

Pengerusi SPR :- Setiausaha Agung PKR Saifuddin Penipu Besar. SPR Ada Bukti Kukuh.


Oleh: HHalem.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) TS Abdul Aziz Mohd Yusof berjaya membuktikan bahawa Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution, adalah seorang penipu besar kerana telah memalukan SPR.

Menurut Aziz, SPR rasa seperti diperbodohkan pembangkang.

Saifuddin telah menggunakan sekeping gambar dan alamat surat-menyurat sebuah pondok di Kampung Sungai Pusu, Gombak sebagai bukti untuk menyokong tuduhan melulu beliau bahawa terdapat 13 pengundi meragukan yang berdaftar menggunakan satu alamat yang sama.

"Saya mengarahkan beberapa pegawai saya untuk memeriksa kawasan tersebut dan sebenarnya kawasan itu luas dan dikelilingi rumah. Gambar itu hanya fokus kepada pondok tersebut tetapi anda tidak melihat rumah kediaman”

"Pondok itu hanya digunakan oleh penduduk di kawasan itu untuk meletakkan motosikal dan terdapat kedai kopi di sana yang menggunakan alamat surat-menyurat itu.”

"Rumah-rumah tersebut terletak di bukit sekitarnya dan dilindungi pokok. Sebab mengapa mereka menggunakan alamat sama adalah kerana ia terletak di atas tanah rata dan memudahkan posmen untuk menghantar surat.”

"Ini tidak unik...terdapat banyak kes di mana orang ramai menggunakan alamat sama atas sebab-sebab serupa. Ia tidak bermaksud pengundi-pengundi ini tinggal di pondok tersebut,"

Jika Aziz menyatakan SPR sudah dipermalukan dan diperbodohkan oleh Saifudin PKR dan terdapat bukti-bukti bergambar kukuh, maka SPR perlu mengambil tindakan terhadap Saifudin. Ini sebagai pengajaran kepada yang lain-lain didalam PKR supaya tidak membudayakan fitnah.


Sumber mStar
Comments / Pandangan Melalui Facebook

Surat Balas - Muhyiddin Membelasah Khalid Bab Swasta Air Selangor.


Oleh: HHalem.

Khalid - Permainan silap mata dan percaturan koporate bercampur aduk politik:-

Atas nama rakyat dan cubaan mengabui mata rakyat Selangor, maka Khalid Ibrahim cuba sekali lagi teknik terbaru selepas teknik lama mengugut hendak sabotaj projek Langat 2 tidak berjaya. Malahan ia telah back-fire dan memburukkan lagi imej Pakatan Pembangkang.

Pendekatan Khalid agak berbeza sekali ini

“Kita pertahankan rakyat, sebab itulah kita buat penyusunan semula itu, sebab rakyat Selangor tidak akan mendapat manfaat daripada penswastaan ini

Comments / Pandangan Melalui Facebook

20/09/2012

Gabungan Protes Bersama Di Batalkan. Ikuti Penjelasan Khairi. Salah Siapa?.


Oleh: HHalem.

Satu keputusan yang paling bijak oleh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Pemuda Pas Nasrudin Hassan apabila membatalkan rancangan bergabung protes bersama pada hari Jumaat esok, bagi tujuan mengecam filem “Innocence of Muslims”.

Apabila mereka berdua, pada mulanya, setuju untuk bergabung protes bersama, kita berpandangan bahawa ia sudah cukup bagus dan pertanda baik kerana Pemuda Umno dan Pas dilihat bersatu hati untuk mencapai objektif bersama. Ini dilihat sebagai langkah permulaan bersatunya Umno-Pas di bawah satu payung oleh anak-anak muda.

Kemudian mereka berdua bersetuju untuk membatalkan protes bersama di atas sebab-sebab keselamatan.

"Pada mulanya, memang Pemuda Umno berhasrat untuk bergabung dengan pemuda Pas dan kami terbuka untuk bergabung.”

"Tetapi selepas berbincang dan memikirkan faktor keselamatan dan logistik, kami buat keputusan yang himpunan aman dibuat secara berasingan," - Khairy.

Pemuda Pas dan NGO Pembangkang dan parti pembangkang akan berprotes di Kedutaan Amerika, Jalan Tun Razak. Di mana kita tahu bahawa di Kedutaan Amerika lah pusat menimbulkan segala kemarahan. 

Bayangkan huru-hara yang akan berlaku berdasarkan sejarah-sejarah protes pembangkang yang lepas-lepas?

Disebaliknya, Pemuda Umno akan berhimpun protes di pekarangan Masjid Kampung Baru selepas solat Jumaat.

Sebanyak 13 pertubuhan NGO dan parti politik akan turut serta seperti seperti Pemuda dan Puteri Umno, parti MIC dan MCA, Belia 4B, Perkasa, Pekida, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Persatuan India Muslim.

Adakah huru-hara, pecah memecah akan berlaku di kawasan Masjid? Pembaca tentu dapat memberi jawapan kerana ia dihadiri juga oleh MCA-MIC.

Wahal, jika protes bersama dilakukan di Kedutaan Amerika dan jika berlaku apa-apa trajedi, maka akan berlakulah tuduh menuduh antara Pembangkang dan Umno-BN. Tuduhan siapa yang membuat provokasi dan huru-hara terlebih dahulu. Ini akan menimbulkan perbalahan yang amat sengit.

Oleh itu, penulis berfahaman bahawa protes bersama dibatalkan hanya kerana Ketua Pemuda dan Pas tidak bersetuju dengan lokasi protes.

Nampak sahaja umat Melayu/Islam bersatu hati, tetapi mereka tidak akan bergabung walaupun agama Islam terancam demi politik

Comments / Pandangan Melalui Facebook

19/09/2012

Harusani - Haram Dari Hukum Syarak Mengundi Ngeh DAP Yang Menghina Rasullullah. PAS Pula Buat Pekak Badak.


Oleh: HHalem.
Cakap lah apa pun, PAS tetap buat pekak badak.

Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Haji Zakaria, menyeru dan mengingati semua umat Islam yang akan mengundi atau menyokong pemimpin  atau wakil-wakil rakyat supaya berhenti menyokong mereka yang terang-terang dan terbukti menghina agama Islam dan Rasullullah, Nabi Muhammad SAW.

Malahan Harussani berkata adalah haram hukumnya mengundi dan menyokong wakil rakyat yang menghina nabi Muhammad SAW dan agama Islam pada Pru13 nanti.

Selepas menghadiri Forum Pendermaan Organ di Kompleks Rawatan harian, Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh Rabu, Harussani ditanya mengenai tweet Pengerusi Dap Negeri Ngeh Koo Ham yang telah menghina Nabi Muhammad.

Ini jawapan Harussani.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog archive