Multiple Pages

22/06/2011

Penggodam-Hacker Di Tangkap Di Essex England

Oleh : HHalem

1- Berita terkini telah dilaporkan oleh AFP mengenai penggodam Lulz Security dimana salah seorang mereka telah dapat ditahan oleh FBI Amerika di Wickford, Essex England.  Berita tersebut di muatkan kedalam laman KL Boyz Channel seperti di perturunkan di bawah sekali.

2- Penulis menerima berita tersebut dengan hati terbuka berdasarkan apa yang Lulz Security lakukan terhadap laman SKMM dan Marine di mana mereka telah mendedahkan bahawa ada pegawai kerajaan melayari laman web porno mengunakan email, masa dan kemudahan kerajaan yang tidak sepatutnya berlaku. Ia seperti dilaporkan di sini> dan di sini>.

3- Hikmah dari hasil godaman Lulz Security di laman web kerajaan Malaysia kita dapat mengetahui bahawa;

1- Laman web kerajaan amat mudah di noda dan data-data sulit kerajaan dapat di bolos dan di curi dengan begitu mudah. Ujian sebenar dari luar oleh Lulz Security telah membuktikan segala-gala nya.

2- Pertahanan laman web kerajaan begitu lemah dan tidak kuat seperti yang di gah-gah kan oleh Pak Menteri. Ia mudah diserang oleh hacker-hacker ternama di Malaysia. Maka ia perlu di perbaiki dengan ‘firewall dan guardwall’ yang terbaik.

3- Sistem komputer yang melibatkan pertahanan negara juga akan terbukti amat lemah dan mudah untuk agen-agen luar bolosi.

4-  Ada Pegawai kerajaan yang menyalah gunakan kemudahan yang disediakan oleh wang rakyat.

5- Pak Menteri terbabit akan senantiasa sibuk dengan Hackers dan tidak membenci dan bermusuhan dengan Bloggers Bebas Jalanan yang banyak membantu Umno-BN.

6- Pak Menteri terbabit perlu mengupah Hackers Bebas Umno-BN untuk membantu membenteras Hackers Bebas Pkr-Pas-Dap, dan tidak membenci mereka.

4- Seperti kata ‘Orang Tua-tua Waras’; ‘sepandai-pandai tupai melompat, ada lagi tupai yang boleh terbang’. Oleh itu ilmu godam mengodam ini perlu di halusi lagi supaya apabila melompat ia tidak akan jatuh ke tanah tetapi boleh terlepas seperti tupai-terbang.

5- Julai 4hb ini akan berlaku lagi satu serangan. Nasib tidak baik, sistem komputer Bukit Aman, KDN dan Tentera akan di godam dengan teruk sempena Rusuhan Bersih 2.0 untuk melumpuhkan negara. Serangan nampak gaya nya berperingkat-peringkat.


....Berita AFP petikan KL Boyz Channel.....

Polis Britain menahan seorang remaja berusia 19 tahun kerana disyaki terbabit dengan kumpulan penggodam Lulz Security yang menceroboh laman web Agensi Perisikan Pusat (CIA), Senat Amerika Sayrikat (AS), Sony dan lain-lain.

Remaja yang dikenali sebagai Ryan Cleary, telah ditahan dengan kerjasama Biro Siasatan Persekutuan (FBI ) pada malam Isnin lalu di sebuah rumah pekan Wickford di Essex, tenggara England, atas tuduhan penipuan dan penyalahgunaan komputer.

Dia kini disoal siasat di balai polis di London.

Sumber polis berkata, penahanan mempunyai kaitan dengan serangan Lulz Security dan dipercayai menjadi penahanan yang penting. – AFP

Di petik dari KL Boyz Channel >

2 comments:

  1. Salam. Buat malu kaum je bila laman web kerajaan semua digodam. Nampak sangat sapa yang mengendalikannya tu bodoh!

    ReplyDelete
  2. Salam HH,
    Laman Web kerajaan, bomoh siam yang jaga!!! Tu sebab tak pakai firewall.

    ReplyDelete