Oleh : HHalem
1- CyberSecurity Malaysia iaitu badan pemantau
keselamatan siber mengesahkan ancaman
seperti video di atas. Jika benar adakah sistem pengkomputeran laman web Kerajaan> akan lumpuh. Pengodam-pengodam ‘Operation
Malaysia’ naik bengang dengan Kerajaan Malaysia kerana telah menutup 10 website
popular di Malaysia.
2- Nama-nama laman web yang SKMM memohon
supaya kesemua ISPP mem-block adalah seperti berikut kerana Ministry of
Domestic Trade, Co-Operative & Consumerism (KPDNKK) mendapati mereka telah melanggar
undang-undang Section 41 of the Copyright Act 1987.
1-Warez-BB.org
2-ThePirateBay.org
3-Movie2k.to
4-MegaVideo.com
5-PutLocker.com
6-DepositFiles.com
7-DuckLoad.com
8-FileServe.com
9-FilesTube.com
10-MegaUpload.com
3- Surat arahan oleh SKMM kepada semua ISPP
diperturunkan dibawah sekali.
......................................................................
Pengesahan oleh Kerajaan, sila
baca petikan dari Mstar.com.my
seperti berikut.
CyberSecurity Sahkan Wujud Ancaman
Godam Laman Web Kerajaan
PETALING JAYA: Pemantau keselamatan siber,
CyberSecurity Malaysia mengesahkan wujudnya ancaman sekumpulan penggodam untuk
menyerang laman web kerajaan,www.malaysia.gov.my.
Ancaman itu diposkan dalam bentuk
grafik melalui di http://i.imgur.com/PTFWh.png itu bukan palsu
dan CyberSecurity telah bersiap sedia berdepan tindakan penggodam terbabit
secara serius.
Ketua Pegawai Eksekutif
CyberSecurity Malaysia, Leftenan Kolonel Datuk Husin Jazri menegaskan, pihaknya
telah mengambil langkah berjaga-jaga termasuk memaklumkan kepada semua pihak
berkaitan dan agensi kerajaan supaya bersiap sedia dengan ancaman tersebut.
Katanya, pihak terbabit akan
mengeluarkan kenyataan media masing-masing berhubung perkara berkenaan.
"Semua ancaman siber akan
ditangani secara serius kerana sifat-sifat persekitaran siber yang saling
berkait rapat sejajar dengan namanya, 'world wide web' dan 'Internet',"
katanya dalam emel kepada mStar Online di sini, Selasa.
Kumpulan yang menggelar diri
mereka, Anonymous berkata, mereka akan menyerang laman web kerajaan pada pukul
7.30 malam GMT, Rabu (3.30 pagi waktu Malaysia) dengan menamakannya sebagai
'Operasi Malaysia'.
Ketua Pegawai Penyelidikan F-Secure
Corporation, Mikko Hypponen dalam tweetmemaklumkan mengenai ancaman
pada pukul 4.42 pagi.
Sementara itu, kumpulan itu pada
petang Selasa menjelaskan di laman web Pastebin, mereka merancang mahu berbuat
demikian kerana mendakwa tindakan kerajaan Malaysia melakukan pelbagai sekatan
di laman siber termasuk yang terkini melibatkan laman perkongsian fail seperti
Pirate Bay.
Anonymous juga menuduh kerajaan
melarang tayangan filem dan televisyen selain mengehadkan Internet yang bagi
kumpulan itu ia adalah hak asasi manusia yang asas.
“Kami bimbang tindakan anda akan
merampas terus kebebasan manusia, maka kami rasa bertanggungjawab untuk
bertindak tanpa belas kasihan,” menurut kenyataan kumpulan itu.
............................................................................
takkan skmm xde pakar dlam hal mcm ni.
ReplyDeleteaku rasa cybersecurity malaysia lagi pakar...depa nih memang terlatih dan ada pengalaman..IT dept depa pun diketuai oleh ex hacker
ReplyDelete