Multiple Pages

30/06/2011

Peta Medan Pertempuran. Ambiga Minta Laluan Istimewa Kerana Takut Bertembung Dengan Pemuda Dan Perkasa.

Oleh : HHalem
Pak Samad Senantiasa Di Sisi Ambiga



1- Sketch diatas ialah laluan perjalanan perusuh Bersih nanti. Perkasa berkumpul di Stadium Merdeka, Masjid Negara dan Dataran Merdeka. Perkasa menunggu sebagai benteng pertahanan dan menghalang Bersih yang akan berkumpul di DBKL, Sogo dan Masjid Kg Baru.

2- Risau dengan pertempuran di atas, Ambiga bertemu dengan Ketua Polis Negara, TS Ismail Omar di Bukit Aman, dan memohon supaya diberi laluan istimewa dan khas kepada Rusuhan Bersih untuk menuju ke Istana Yang Di Pertuan Agong supaya memorandum dapat di sampaikan. Ini kata Ambiga;

"Kami maklumkan kepada beliau, kami akan melakukan sedaya upaya bagi memastikan perhimpunan itu adalah aman... Sebab itu, kami cadangkan kepada polis untuk memutuskan jalan yang patut kita lalui dan kita akan ikut semua arahan mereka,”

"Kami buat cadangan dan minta polis mempertimbangkannya.
“Kami minta mereka, polis... Awak pilih satu lokasi di KL ke Taman Jaya atau mana-mana. Awak pilih, kita akan patuhi.” Malaysiakini>

3- Lihat putar belit Ambiga, kerana beliau sebagai orang yang arif undang-undang cuba memutar belit. Beliau tahu pihak polis lah yang bertanggung jawab sepenuh nya keamanan negara. Bagaimana beliau sebagai orang awam akan ‘memastikan perhimpunan itu adalah aman?’. Ini muslihat kurang akal Ambiga.

4- Kebarangkalian polis bersetuju itu ada, tetapi ia sangat lah mustahil polis akan melayan Ambiga. Jika pihak polis bersetuju bermakna Kementerian Dalam Negeri merestui rusuhan Bersih dan pemerintahan DS Najib akan menerima bencananya nanti.

5- Yang paling mustahak sekali ialah adakah Agong akan menerima memorandum tu nanti kerana kita tahu bahawa hendak berjumpa Agong memerlukan protokol yang tinggi dan temu janji awal harus di atur terlebih dahulu untuk dibuat briefing isi kandungan memorandum Bersih. Ambiga dan paria-paria mereka tahu hal ini. Nampak gaya nya memorandum akan diserah kepada Pak Guard di pintu besi di luar Istana. Jadi motif sebenar adalah kucar-kacir kan negara dan memalukan Agong di seluruh negara seolah-olah Agong diminta turun tahkta.

6- Fikir kiri dan fikir kanan, semuanya tidak masuk akal apa yang hendak dilakukan oleh perusuh-perusuh yang hanya niat satu iaitu untuk menghuru-harakan negara ala-ala Mesir. Jika mereka berkuasa mereka tidak akan ragu-ragu menuntut supaya Agong dihapuskan sama sekali hasil batu-api Dap-Pkr-Pas.

6 comments:

  1. Rakyat yg cintakan keamanan minta sangat polis tidak berkompromi dalam hal ini. Walau laluan semut sekali pun JANGAN diberi. Kalau hendak buat juga, suruh mereka buat di mana2 dewan di negeri pembangkang. Memorandum tu pun sorang je boleh pergi hantar tak perlu ramai2.

    ReplyDelete
  2. sepatutnya setiap permulaan kelompok bersih di sogo,kg.baru dan dbkl tu tu seharusnya dah ada satu sekatan dari polis. kenapa perlu menunggu puak2 ni berarak sampai bertemu dgn kelompok bersih yg lain. jgn bagi berarak langsung,kasi kerat separuh jalan.

    ReplyDelete
  3. sampai bila orang melayu nak jadi hamba kepada perosak bangsa, guna otak yang tuhan bagi,insaflah semuga tuhan memberikan peluang untuk berfikir

    ReplyDelete
  4. Salam HH,
    Kawan cadangkan agar Polis luluskan satu permit agar BERSIH berkumpul di Pulau Terumbu Layang-Layang. Tengok sanggup tak Si Ambiga tu meneruskan perjuangannya. Bagi le permit untuk sebulan ke dua bulan.

    ReplyDelete
  5. Tuan Enal:-)

    Pulau Madagaskar pun OK. Boleh jumpa geng2 Hang Tuah dan MaharajaLela di sana.

    ReplyDelete
  6. Lebih elok kakau dia buat Demo kat Sri Langka ... cepat sikit kena letup macam konco-konco dia orang dulu kat sana...

    ReplyDelete